Luahan Sang Lelaki Yang Gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin sekiranya sudi menyiarkan kisah saya yang tidak seberapa ini dan kisah ini agak panjang.

Mungkin ada dikalangan pembaca-pembaca diluar sana merasakan yang kisah saya ini adalah tipikal dan kebiasaan yang berlaku. Kisah ini berlaku antara saya dan bekas kekasih saya.

Sebagai perkenalkan, saya namakan diri saya sebagai Z dan juga bekas kekasih saya sebagai N.

Kisahnya bermula pada awal tahun 2018, di mana saya berurusan dengan seorang pegawai bank untuk menguruskan permohonan loan kereta saya. Seorang pegawai bank perempuan, agak peramah juga. Saya namakan beliau sebagai D.

D yang membantu saya daripada mulanya permohonan sehingganya selesainya urusan pinjaman loan untuk kereta.

Jadi bergayalah saya ketika itu dengan kereta baru saya, walaupun hanya buatan tempatan tapi masih lagi bangga kerana ianya dibayar oleh hasil gaji saya sendiri.

Lebih kurang 3-4 bulan kemudian, saya mendapat panggilan daripada D, mengatakan yang beliau ingin berjumpa dengan saya.

D menyatakan bahawa beliau sudah berhenti daripada bekerja sebagai pegawai dan sekarang menjadi agen insurans pula.

Atas sebab mengenangkan jasa, budi beliau yang membantu menguruskan pinjaman jadi saya telah setuju untuk mengambil salah satu pakej insurans beliau.

Selesai urusan tanda tangan semua, D telah menawarkan pertolongan untuk mencarikan saya pasangan. D mengatakan yang terdapat ramai agen-agen yang masih muda dan single.

Maka satu persatu gambar yang beliau tunjukan sehingga la saya tertangkap pada seorang gadis yang cantik dan comel. Yes, itulah N.

D telah berikan nombor N kepada saya, dan berusahalah saya untuk cuba berkenalan dengan N. Perkenalan kami berjalan dengan lancar (itu yang saya fikirkan). Selepas itu kami telah bersetuju untuk berjumpa di salah satu Mall di kota Kuala Lumpur.

Pertama kali berjumpa secara berdepan saya amat menyukai N. Kami makan di McD sahaja. Kemudian terus menonton wayang. Pertemuan pertama kali kami normal sahaja. Pada masa ini saya tidak mengesyaki sebarang masalah.

Seminggu selepas itu, N menyatakan beliau terpaksa pulang ke kampung halamannya. Ayahnya telah sakit jantung dan dia mungkin tidak akan kembali kerana harus menjaga ayahnya.

Saya tiada masalah untuk berhubungan jarak jauh. Kita masih boleh berhubungan melalui WhatsApp atau Instagram.

3 bulan kami berbual dalam app WhatsApp. N ada juga mengajak saya menghadiri majlis konvokasi dia di salah satu negeri di pantai timur. Tetapi oleh kerana kesibukan bekerja saya tidak dapat menghadirinya.Saya telah meminta maaf kepadanya.

Selang seminggu selepas majlis itu, saya terus sahaja diblok oleh N. Saya tidak dapat menghubungi lagi tak kira lah melalui platform apa.

Agak terkilan juga lah apabila diperlakukan begitu. Beratus percubaan panggilan telah saya lakukan dan berpuluh juga SMS telah saya hantar, masih tiada respon.

Saya mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan menenangkan diri. Tiba-tiba N telah terlintas dalam ingatan saya pada suatu hari.

Saya cuba check adakah saya masih diblok. Jawapannya ya, saya masih diblok oleh N. Kemudian saya telah membuat satu akaun baru dan cuba mesej N melalui Instragram.

Selagi saya tidak mendapatkan penjelasan daripada mulutnya sendiri kenapa dia telah blok saya selagi itu saya tidak berpuas hati. Alhamdulillah, N telah balas mesej saya. Dia katakan kepada saya yang jika jawapan yang saya perlukan maka saya harus berjumpa dengannya.

Saya agak terkejut dan tidak menyangka yang dia telah kembali ke kota Kuala Lumpur ini. Maka dengan lajunya saya telah bersetuju untuk berjumpa dengannya.

Sepanjangan perjumpaan tersebut tiada satu pun jawapan atau perbualan mengenai kisah kenapa dia telah blok saya, kami bualkan. Bahkan kami berbual seperti kawan lama yang tidak pernah berpisah dan terus sahaja menonton wayang.

Sesampai di rumah, saya yang masih tidak berpuas hati terus bertanyakan lagi kepada N. Akhirnya dia berikan jawapan. Ya dia mengatakan semasa saya kesibukan dia terasa terabai dan merasakan saya bukan takdir dia.

N kembali ke sini untuk mencari kerja dan berharap menjamin masa depannya dengan perkerjaan yang hebat. Ketika itu N tinggal di kota Pudu dan saya pula menetap di Klang bersama ibu dan abang OKU saya.

Selepas itu kami kembali menyambung hubungan kami yang putus seketika sehingga merancang untuk berkahwin suatu hari nanti. Seperti pasangan kekasih yang lain, hubungan kami ada pasang surutnya.

N telah mendapat perkejaan di salah sebuah pasaraya di kedai makan. Daripada dia tidak membuat apa-apa di rumah agak wajarlah dia bekerja sementara walaupun sebagai pelayan di kedai makan.

Dan ketika N bekerja disitu ada seorang lelaki yang bekerja sebagai pegawai bank telah cuba untuk berkenalan dengannya. Beliau telah menghantar makanan hampir setiap hari kepada N.

Dan pada satu hari ketika kami sedang ber-dating, saya telah ternampak N memakai satu gelang yang saya tidak pernah nampak sebelum ini.

Maka saya bertanya kepadanya. N menyatakan bahawa gelang itu datang sekali bersama makanan-makanan yang dia selalu dapat.

Saya berkata kepadanya supaya jangan dilayan dan tidak memakai gelang tersebut. Sebagai lelaki normal lah saya katakan ego kami agak tinggi lebih-lebih lagi jika ada orang cuba merampas pasangan kita.

Dengan berbekalkan gaji yang tidak seberapa ini, saya telah cuba sehabis baik saya untuk membahagiakan N.

Ketika N masih lagi tiada kerja dan tiada duit makan saya telah bantu dia. Membelikan apa sahaja yang dipintakannya walaupun ketika itu saya sendiri pun tidak makan.

Tapi kerana terlalu sayang pada N saya sanggup berhabis dan mengikat perut. Saya sanggup mengambil sehingga 3 pinjaman peribadi yang berjumlah RM32,000.00 keseluruhannya hanya untuk membahagiakannya sahaja.

Pasti ramai tertanya-tanya takkanlah sebanyak itu? Ya tuan-tuan, puan-puan. Saya tidak tipu. Kesemua duit ini hanya habis untuk N sahaja.

Turun naik dari Klang ke Pudu setiap hari, melalui jalan bertol (kalau lambat akan dimarahnya dengan jalan jam lagi) dan juga duit petrol kereta termasuklah maintenance (kereta saya baru masuk tahun ke-2 tetapi mileagenya sudah masuk 80,000km)

Ya, pasti ramai mengatakan yang saya amat bodoh sebab sanggup susahkan diri. Baki gaji sehingga ke hari ini tidak cecah RM50 pun, selepas membayar kesemua pinjaman dan komitmen.

Sambung kembali kisah N, disebabkan terlalu paranoid takutkan N dirampas maka saya telah pun belikan N sebentuk cincin emas sebagai tanda yang saya serius dengan dia.

Saya juga telah membawa dia berjumpa dengan ahli keluarga serta sanak saudara saya (ketika majlis perkahwinan adik saya pada akhir tahun lepas)

Setelah saya lakukan kesemua ini adakah saya masih lagi dicop sebagai tidak serius? N ada menyuruh saya membawa keluarga saya ke kampung halaman beliau. Saya telah bersetuju dan akan membawa keluarga saya pada hari raya (tahun ini).

Akan tetapi Tuhan telah menetapkan berlakunya ujian covid-19 diseluruh dunia ini. Jadi, segala perancangan kami terpaksa ditangguh. Sehingga lah ke bulan ramadhan tahun ini saya tidak mengesyaki apa-apa terhadap N.

Semasa PKPB saya sempt berjumpa dengan N dan mengajaknya keluar bersama setelah lama tidak berjumpa dengannya akibat covid-19. Semasa kami keluar bersama N ada buka topik mengenai hantaran. Saya yang riang ria menyatakan apa yang saya suka dan sebagainya.

Beberapa hari sebelum berjumpa, N menyatakan yang dia keseorangan dan ingin pulang ke kampung dan menyambut raya bersama keluarganya.

Walau dalam keadaan kewangan yang sempit pun saya masih sanggup membelikan tiket bas (seperti sebelum ini setiap kali dia mahu pulang ke kampung).

Tetapi petang itu beliau menyatakan yang beliau mahu pulang pula dengan sahabat baik beliau yang kebetulan datang ke kota Kuala Lumpur dan mahu pulang ke kampung yang sama. Maka hangus sahaja tiket bas tersebut.

Sepanjang perjalanan N dari Kuala Lumpur ke kampungnya tiada satu mesej pun dia kirimkan pada saya walaupun berpuluh mesej saya telah hantar. Saya yang masih bodoh tidak mengesyaki apa-apa.

Di pertengahan bulan ramadhan lagi sekali N telah memblok saya tanpa sebarangana penjelasan. Seperti sebelum ini segala usaha saya untuk menjejaki dia gagal segagalnya.

Hanya sebuah SMS yang masuk menyatakan yang bahawa dia sangat menyintai seseorang lain dan merancang untuk berkahwin pada akhir tahun ini.

Sekarang kesemua perkara pelik yang pernah terlintas dalam minda saya kembali menyerang. Saya menyambungkan setiap perkara tersebut dan akhirnya baru lah saya sedar. Saya telah ditipu hidup-hidup selama setahun.

Gadis yang saya tatang bagai minyak yang penuh rupanya seorang penipu. Seorang gadis yang cantik dan lemah lembu persis model rupanya adalah seorang penipu. Saya sanggup menyempitkan hidup saya demi membahagiakan dia. Terkilan, amat terkilan kerana saya diperlakukan begini.

Tiada apa perkara logik lagi yang mampu saya fikirkan. Tiada perkara positif yang mampu saya gambarkan untuk tidak menjahatkan lagi watak dia.

Selama ini saya menyandung tinggi semua gadis-gadis dan wanita-wanita di dunia ini. Tapi saya salah! Tak semua wanita itu baik. Ada juga yang sangat pentingkan diri sendiri dan tidak endahkan orang lain.

Nasihat saya kepada lelaki di luar, sayang jangan terlalu sayang, Percaya jangan terlalu percaya.

Kepada wanita-wanita yang baik, tolonglah kekalkan kebaikkan kamu sejahat mana lelaki yang pernah ada dalam hidup kamu, janganlah kerana seorang lelaki kamu menjahanamkan kepercayaan lelaki-lelaki baik yang tidak bersalah.

Sekian cerita saya yang kelam kabut dan panjang berjela ni. Terima kasih kerana sudi membaca.

– R3D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *