Akibat kerajaan lama tarik semua subsidi . Kau dengan menteri-menteri kau punca pengilang , pengeluar, pengedar dan peniaga yang tamak dapat point/ jalan naikkan harga barang sesuka hati . Gaji seribu pun tak cukup . Aku yang hari2 ot , time cuti pun pulun kerja , kurang2 baru dapat rm1800 . Habis aku takda family kawan2 ke apa ? Kalau mati kuburkan diri sendiri ? Mak ayah aku hidup sampai bila2 ? .Sekarang beli barang penuh satu troli maun sampai rm300lebih . Beras aku beli yg rm25 (jasmine) minyak rm22 ( sri murni ) , kicap rm8.00 , telur sepapan (gred A) rm9.00 . ikan bilis 1kilo rm50 . Benda basic gini pun dah dekat rm120 . Yang tanya balance gaji lebih tu buat apa , takkan ak nak tulis detail belanja aku sebulan ? Tolak lah susu , duit minyak, simpanan, duit belanja family etc. Apa benda kerajaan bantu aku ? Yang aku merasa pun klinik kesihatan. Selama bini aku checkup ni takpernah bayar lagi ( Alhamdulillah ). Tapi aku rasa kelebihan tu memang dari zaman Tun lagi kan .
GST , cukai pintu /tanah ( aku bayarkan untuk rumah mak aku ) cukai jalan . Senang cakap segala cukai yg diwajibkan aku bayar, aku bayar . Tak miss pun . Tapi perbelanjaan makin terbeban . Anjing berkeliaran jugak kt rumah ak ni . (dah report dekat majlis pun takda tindakan) , ada je rumah jiran kena rompak . Bayar cukai jalan , jalan macam haram jugak , nak2 kalau TNB , TELEKOM, syarikat air dan seangkatan dengannya dah korek jalan , tampal balik macam semua adsorber kereta kt Malaysia ni taraf merc . tayar stock2 michelin . nak terbarai enjin kete aku tau tak ? padahal taksilap setiap jalan kt malaysia ni , ada pegawai jkr yg jaga dan pantau . jalan bertol lagi tak payah cakap . sekarang kalau lalu plus , elite , duke , kesas , dah macam naik bot . kemain beralun lagi jalan (tapi takboleh lawan putrajaya, cyberjaya n sepang punya berombak) , air bertakung bila hujan nya lagi . apa guna bayar tol tp kualiti mcm jalan tu kau bg guna free ? setahun 3-4x dia tar balik . tp tiap kali dia tar , makin teruk jalan tu . Kalau barang kereta rosak , kemalangan ke , tak ke menganiaya orang namanya tu ?
Dengan gaji aku rm1800(max) tu , agak2 mampu tak aku nak berhutang beli rumah ? Aku nak pakai astro / wifi pun takut tak mampu nak bayar bulan2 tau . Jangan suruh aku buat 2kerja , aku kerja dari habis sekolah sebagai merchandiser , dah 12tahun keje angkat2 barang, pinggang , tulang belakang aku pun dah tak kuat (kes salah cara angkat stock barang) .Harap2 kerajaan baru dapat ringankan beban rakyat miskin macam aku ni . Ada yg suruh makan beras timbang , pakai minyak peket , bang , 12tahun lepas , aku kerja macam lembu jugak , hari2 pulun ot , dapat lah dalam rm1100 (max) gitu .Cukup bang untuk sebulan , siap mampu simpan duit muka untuk beli kereta lagi ( kete aku dulu buat hutang 4tahun je ) Alhamdulillah sempat habiskan hutang sebelum semua benda naik harga menggila . makan pun alhamdulillah , merasalah sikit sotong , udang , ikan tenggiri kembung , daging tiap2 bulan . Sekarang? yang aku mampu beli , ayam , ikan bilis , telur. bergilir makan makanan tu . nak mahal sikit , Seminggu sekali makan sardin . Bayangkan , kau bukan downgrade kerja , masih kerja kt tempat yang sama , gaji kau makin naik , tapi kau makin tak mampu . makin banyak kau kena catu . tak sedih ke camtu?
ps:// mak ayah aku dah lama pencen , adik2 aku masih belajar (diploma dan dgree uitm) . aku dan bini ak belajar setakat spm je . lepas habis pantang , insyaAllah bini aku nak bekerja balik sebab sekarang kesihatan tak mengizinkan . Dia rasa dia menyusahkan aku , aku pulak rasa gagal laksanakan tanggungjawab sebagai suami . nak bagi dia makan makanan berkhasiat pun tak mampu .
– Ahmad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit