Luahan Seorang An4k Bongsu

Assalamualaikum dan hai semua.

Saya tak tau akan ada yang baca atau tak luahan saya ni tapi saya cuma nak bercakap dengan someone yang saya tak kenal sebab kadang nasihat dari orang yang kita tak kenal ni lebih rasional.

Saya tak pandai untuk bermain dengan kata jadi sekiranya luahan ini terlalu panjang, maafkan saya.

Jadi ceritanya saya ni anak bongsu tapi macam sulung.

Dalam setahun akan ada beberapa kali saya dalam fasa yang saya rasa paling lemah dan penat,

Yang sampai air mata saya sangat murah dan boleh mengalir tiba tiba tanpa saya minta walaupun saya hanya duduk diam.

Masalah ni masalah yang saya tak boleh nak jauhkan diri atau abaikan sebab melibatkan keluarga terutamanya mak saya. Bila ibunda tercinta saya terlalu mengharapkan saya untuk buat semua benda.

Sebelum terlupa, saya masih seorang pelajar universiti.

Okay teruskan jadinya saya sampai dah tak mampu nak cakap tidak sebab saya tau pada akhirnya tetap saya yang akan buat semua tu.

Kadang saya rasa saya macam patung yang diarahkan untuk buat semuanya.

Saya baru sedar yang dalam hidup saya hanya satu sahaja keputusan yang saya buat demi diri sendiri iaitu course saya sekarang.

Tapi the path pon mak saya cuba aturkan kemana hala tujunya.

Adik beradik saya yang lain juga banyak minta tolong saya mungkin sebab saya susah untuk kata tidak.

Kalau berkaitan duit bila saya ada dan mereka memerlukan saya bagi tak pernah saya berkira walaupun kadang mereka lupa untuk bayar.

Saya faham mereka juga kesempitan jadi saya diam.

Bagi ibu saya, bila tiada siapa lagi yang dia boleh aturkan untuk buat sesuatu perkara jadi sayalah mangsanya untuk buat semuanya.

Sebelum ni saya rasa nak kahwin sebab nak keluar dari rumah ni sebabnya iyalah saya anak perempuan jadi apa sangatlah anak perempuan boleh buat untuk keluar dari rumah,

Dan tiada siapa dalam keluarga boleh aturkan saya lagi melainkan kalau dah ada sang suami kan.

Tapi bila fikir balik sebelum kahwin pon saya dah boleh dikatakan uruskan keluarga, nanti kahwin kena uruskan keluarga sendiri pula,

Ohhh saya belum bersedia saya takut saya penat sebelum berjuang demi keluarga kecil saya sendiri satu hari nanti.

Saya cuba untuk tenangkan diri dan hati agar terima dugaan ni tapi apakan daya saya hanya manusia biasa yang akan penat dan lelah apabila ujian yang sama datang menduga berkali kali.

Bila saya dah mula tenang menghadapi dugaan dengan manusia lain (orang luar), Allah makin kerap uji saya dengan orang yang paling saya sayang iaitu keluarga saya sendiri.

Kadang sampai saya terfikir tentang satu perkara ni dan tulis luahan ni dekat note saya,

“Ya Allah sesungguhnya hambamu ini menangis dan meratapi ujian yang telah Engkau berikan, adakah hamba tergolong dalam kalangan hambamu yang kufur nikmat Ya Allah?

Sedangkan telah Engkau kurniakan dan bentangkan kemanisan rezeki yang amat luas di depan mata tetapi tetap juga diri ini memandang kepahitan ujian mu Ya Allah.”

Apa yang keluarga saya minta saya buat biarlah saya sendiri yang tahu cukuplah sekadar anda tahu yang mereka terlalu mengharapkan saya.

Saya sedar ada salah saya bila saya susah untuk kata tidak tapi apakan daya bila orang tu keluarga dan ibu saya sendiri,

Manakan sanggup hati ni kata tidak dekat ibu yang mengandung 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan saya sehingga kini.

Selain tu mungkin juga sebab saya seringkali seperti mengejar masa (perasaan ni mungkin dirasai semua anak bongsu) sebab semakin saya besar,

Ibu bapa saya juga semakin tua dan kita tak tau sampai bila kita ada masa untuk berbakti kepada ibu bapa dan keluarga.

Pada akhirnya saya cuma boleh ingatkan dekat diri ini bahawa pelangi akan muncul buat orang yang banyak bersabar.

Ujian tu memang pahit. Tapi yang menambahkan rasa manis pada kepahitan tu adalah iman dan sabar.

Akhirnya walau saya nangis teruk mana sekali pon saya hanya mampu ajar diri untuk terus bersabar dan saya hanya ada diri sendiri untuk terus bangkit bersama secebis kekuatan yang Allah pinjamkan.

Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik kekuatan ni jadi saya mohon doakan lah agar saya terus dipinjam kekuatan ni.

Saya juga mendoakan agar semua yang membaca atau mendengar luahan ni agar terus kuat dan sabar dalam menghadapi ujian masing masing.

Satu pesanan saya, jangan merendahkan ujian orang lain yang mungkin nampak ringan bagi kita tapi cukup berat untuk bahu si penerima memikul,

Sehingga kadang hampir tersungkur menyembah bumi tetapi mereka cuba untuk terus bangkit dan terus berjalan di muka bumi Allah ini.

Setakat ini sahaja luahan saya maaf jika berterabur dan melalut atau terlalu panjang.

Saya tak sebut nama saya sebab taknak bagitau tapi cukuplah anda kenal saya dengan nama Daisy sebab saya suka bunga daisy.

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *