Luahan Seorang Anak

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua. Hari ni aku tulis confession ni sekadar untuk meluahkan beban yang telah lama aku simpan dalam hati. Semua orang inginkan keluarga bahagia, aku juga teringin sangat. Tetapi rezeki setiap manusia tidak sama.

Nama aku Melissa (bukan nama sebenar) aku berumur 34 tahun. Sebenarnya apa yang ingin aku luahkan hari ni, adalah perasaan yang memukul hati aku, setiap kali tiba hari perayaan.

Rezeki aku, aku datang dari keluarga yang bermasalah. Aku tak salahkan takdir tapi kenyataan tu buat aku tertekan dan sangat sedih.

Ceritanya bermula semasa aku berumur darjah 1, ayah aku telah berkahwin dengan seorang wanita melayu di negara jiran. Awalnya, keluarga kami sangat bahagia sehinggalah mak aku jumpa sijil nikah ayah aku.

Bayangkan bagaimana kecewanya mak aku bila nampak suami tersayang berkahwin dengan perempuan lain. Aku waktu tu memang belum mengerti tapi aku nampak mak dan ayah aku bergaduh, dan ayah sepak mak aku sampai mak aku jatuh.

Mak aku tanya ayah aku kenapa dia memilih untuk menduakan dia, jawapan ayah aku mudah saja, sebabkan mak aku sudah tidak boleh mengandung lagi.

Takdir Allah itu maha kuasa mak aku buktikan yang dia boleh mengandung dan pada waktu tu usia aku 8 tahun. Lepas tahu berita tu, ayah aku terus duduk bilik berasingan dengan mak aku. Ayah aku, guna alasan paling bodoh pernah aku dengar.

Kalau mak aku tak boleh mengandung kenapa aku boleh lahir? Aku bukan anak tunggal tapi anak ke empat. Aku ada seorang kakak dan dua orang abang.

Kehidupan kami yang senang, mula musnah apabila ayah dibuang kerja kerana sikap ayah yang sentiasa cuti dan kian berubah sejak berkahwin baru.

Rumah kami dilelong. Emak aku tak nak bercerai alasan kerana anak, tetapi aku sebagai anak sangat terseksa hidup dalam keluarga yang selalu bergaduh, tidak bahagia seperti orang lain.

Emak aku berkata dia redha, tapi sebenarnya tidak. Dia mula merungut dan menjadikan saudara maranya tempat dia meluah perasaan.

Kekecewaan yang dialami menjadikan dia seolah-olah wanita yang suci menerima semuanya. Cerita ayah jadi mulut saudara mara membuatkan ayah semakin segan untuk keluar rumah.

Setiap kali berkunjung ke rumah saudara mak, ayah menjadi bahan ejekan mak cik- mak cik. Lagi teruk apabila ayah mula tidak bekerja.

Kehidupan aku berlanjutan setiap hari melihat mereka bergaduh, dan tiada gurau senda dalam keluarga. Kakak dan abang aku memilih untuk keluar ke sekolah asrama, maka terpaksalah aku hadap benda ni dengan adik aku.

Disebabkan faktor kewangan, mak aku sambung belajar untuk mendapatkan gred gaji yang lebih tinggi, jadi aku ditinggalkan dirumah dengan adik dan ayah. di usia darjah 5 aku dah belajar cara memasak dan mengemas rumah.

Pernah emak memberi rm 50 untuk barang dapur sepanjang tempoh dua minggu, tetapi ayah aku dengan selambanya guna duit tu untuk belanja kawan dia minum, dengan alasan untuk perniagaan.

Masa tu aku sangat terkesan dan terasa, aku terpaksa cari ikan sungai dan pucuk paku di sekitar rumah aku untuk bertahan hidup sementara tunggu 2 minggu.

Kehidupan kami yang awalnya senang berubah sekelip mata. Semasa ayah bekerja ayah mampu untuk mengupah orang gaji, tetapi bila dah dibuang kerja semuanya hilang sekelip mata.

Ayah tak nak bekerja sebagai pekerja biasa sebab dia kata, dia mempunyai ijazah dan pekerjaan sebelumnya adalah pengurus.

Kawan-kawan dia yang diberhentikan dapat memohon sebagai pensyarah namun faktor usia ayah tak layak memohon. Jadi ayah hanya mengambil upah membuat kertas kerja. Dan sentiasa berada dalam bilik dia.

Cita-cita ayah tinggi suka terpengaruh dengan skim cepat kaya, hidup penuh angan-angan dan yakin dia mampu untuk dapat balik kehidupan yang lama. Emak aku ni memang tak dinafikan pada orang luar dia sangat baik. Dia sangat lembut, dan dia insan yang teraniaya.

Ya dia memang baik sebab dia usaha untuk sekolahkan aku adik beradik, jujur aku katakan hari ini kejayaan aku atas usaha mak aku, memang dari kecil mak aku yang tanggung aku.

Walaupun kadang aku hanya minum air paip dekat sekolah, wang sekolah kadang ada, kadang tak ada. Tapi mak aku memang nak anak dia berjaya, dia memang akan berusaha cukupkan keperluan sekolah anak-anak dia.

Mengenai ayah aku kahwin dua, dekat orang luar, dia cakap dia redha tetapi dia balas pada sikap dia, emak semakin berubah menjadi pemalas, dia malas untuk mengemas rumah. Alasan dia, dia tak pandai untuk mengemas rumah.

Kata kakak aku sebab mak tak biasa, dulu waktu senang semua orang gaji yang buat.

Tak apalah ada aku sebagai anak perempuan dalam rumah ni aku perlu kemas rumah, kalau tak Aku akan dipukul dengan teruk oleh abang aku sekiranya aku tidak mengemas rumah, (waktu ni abang aku yang ini belum masuk sekolah asrama).

Emak aku ada satu perangai, dia akan bawa pulang baju-baju yang orang sedekah dan penuhkan dalam rumah. Aku terima dan faham mungkin mak nak aku dan adik aku berpakaian baju yang cantik tetapi dia tak mampu.

Awalnya benda ni nampak tak bermasalah tetapi lama kelamaan rumah kami jadi penuh dengan barang, bila aku nak buang emak akan marah, dia maklum barang-barang tu mahal dan bukan murah.

Aku membesar dengan situasi ini, aku dah terbiasa, sehinggalah kakak aku berkahwin, sebelum kakak aku berkahwin dia akan sama-sama bantu aku kemaskan rumah bila dia balik kampung,

Apabila dia berkahwin waktu dia pulang semakin kurang jadi aku perlu buat semua benda sorang-sorang. Sehinggalah aku masuk universiti.

Oh lupa aku nak beritahu mak aku memang ada satu sikap anak lelaki jarang dia nak tegur, kalau anak perempuan memang kena kemas rumah, kena masak.

Macam dia layan ayah aku, mak aku layan ayah aku sampai tahap duit gaji pun dia bagi pada ayah aku(sebelum ayah aku kahwin lain).

Makanan atas meja tak boleh usik sebelum ayah aku makan, lepas makan ayah tinggal atas meja mak aku akan kutip dan basuh, nak makan pun sama mak aku akan hidangkan ayah, akan tunggu ayah pilih dulu lauk baru kami boleh pilih.

Bila aku masuk universiti, aku ingat hal kat rumah lebih baik, tapi setiap kali cuti sem rumah aku akan bersepah sangat teruk. Jadi aku perlu mengemas rumah dan makan masa berhari-hari.

Pernah satu hari tu aku baru balik dari universiti kakak dan abang ipar aku akan pulang esoknya, tapi mak aku ajak aku pergi rumah mak saudara aku untuk bantu kenduri, padahal mak aku tahu aku nak balik mengemas rumah sebab kakak aku nak balik esok,

Tapi dia biar je aku jadi bahan ejekan saudara mara aku, diorang cakap aku ni pemalas tak nak bantu, nak balik cepat dan macam-macam lagi.

Sampai malam tu, aku tak tidur semata-mata duduk mengemas rumah, dah lah sebelum tu aku dah basuh pinggan berbakul-bakul dekat rumah mak saudara aku.

Macam aku cakap mak aku akan mengadu semua benda dekat saudara mara dia mengenai kami satu keluarga, dan yang aku pelik emak tak pernah nak pertahankan kami adik beradik dia just senyum je bila kami jadi bahan ejekan, kadang mak akan tambah sekali.

Emak aku tak suka orang tahu yang rumah kami bersepah. Bila ada orang nak datang rumah mak akan ajak orang jumpa dekat luar alasan dia, dia malu dengan ayah aku yang pemalas. Padahal dia malu orang datang ke rumah tengok rumah kami yang bersepah.

Dia memang tak akan beritahu kelemahan dia tapi dia akan burukkan orang lain. Bila ayah aku segan nak berkunjung rumah saudara mara dia, lagi banyak yang mak akan bercakap mengenai ayah.

Mesti korang nak tahu kan rumah aku ni bersepah macam mana, pernah tengok kan gambar-gambar viral rumah yang penyewa bersepah tu. ya macam tu lah keadaan rumah aku, walaupun rumah yang viral tu bukan rumah mak aku tapi lebih kurang tu lah keadaan dia.

Pernah aku baru balik dari universiti, dan masa tu ada seorang lelaki ni, dia suka dengan aku. jadi dia buat kejutan, sanggup dia memandu 500km++ dari rumah dia ke rumah aku.

Tak sangka dari alamat rumah dan gambar aku bergambar depan rumah yang aku kongsi dekat laman muka buku, dia dapat teka rumah aku dengan betul. Tapi bila sampai, aku tak buka pintu pun.

Bukan aku sengaja tapi sebab aku sangat malu kalau dia tengok dalam rumah aku, aku takut dia tolak aku. tapi rupanya sebab sikap aku yang tak buka pintu, dia memang tolak aku sebab alasan aku sombong dan jahat.

Terus dia block aku, tak mengapalah aku anggap dia bukan jodoh aku, kalau awak baca confession ni saya minta maaf sangat. Perkara ni berlanjutan sehingga aku ingin berkahwin,

Alhamdulillah aku dapat mengenali seorang lelaki yang baik, sebelum aku kahwin, memang aku ceritakan dari A sampai Z kepada dia, dan dia mampu terimanya.

Tapi siapa sangka kan, kalau kita tak duduk dalam kasut orang tu kita tak akan tahu. kita mampu cakap boleh terima, tapi setelah kita bersama baru kita tahu yang sebenarnya.

Tahun pertama kahwin suami aku memang sangat terkejut dengan situasi dalam rumah aku, walaupun sudah di ceritakan berkali-kali sebelum kahwin tapi yang dia bayangkan tidak seteruk yang aku ceritakan. Gaya keluarga suami aku dengan aku berbeza sepenuhnya.

Suami aku memang keluarga yang bahagia, mak ayah mertua aku memang pasangan yang romantis, selalu bergurau, pergi masjid sama-sama, mengaji sama. Tapi dalam rumah aku, berbeza ayah aku akan berada dalam bilik dia saja, mak aku aku keluar ke sana sini.

Rumah saudara mara kami dalam kampung tu dan juga mencari ilmu agama, Sedangkan rumah sangat-sangat teruk. keluarga suami seorang yang sangat pembersih dan suami sendiri memang seorang yang tak boleh bersepah, nasib dia dapat isteri yang macam ni.

Dia terpaksa terima, dan tak boleh salahkan aku, sebab aku memang sedia maklum pada dia sebelum kami kahwin. Tiap-tiap tahun walaupun dia tak suka, dia tetap balik rumah mak aku.

Cuma dia banyak kali suarakan nak duduk hotel, tapi aku menolak sebab alasan dia perlu terima dalam masa yang sama nak jaga hati keluarga, aku tahu suami aku ni sebenarnya dia kasihan dengan aku,

Bila dah kahwin dengan dia yang bekerja swasta cuti sangat susah, jadi untuk balik raya awal memang jarang dapat, biasa kami akan balik sehari sebelum raya, dengan menghadap jem berbelas jam balik terus kena kemas rumah sampai tak tidur sepanjang malam.

Dengan tempoh cuti yang pendek memang akan penat dan sakit badan bila balik. Bersepah rumah mak aku ni sampai tak dapat nak berjalan terlalu banyak barang, bilik tidur semua dipenuhi dengan barang.

Ya lah, bila aku dah kahwin memang jarang aku dapat balik sebab aku pun bekerja, jadi korang faham lah dengan sikap mak aku yang suka kumpul barang, apa berlaku dengan rumah?

Apabila dah ada anak setiap kali balik anak-anak wajib kena sengatan serangga berbisa seperti lipan, kala jengking dan semut.

Itu membuatkan suami aku lagi kurang berminat nak balik, sebab cuti kami tak banyak, bila balik wajib mengemas dengan teruk baru ada ruang nak tidur, kalau tak memang tak ada ruang untuk kami tidur,

Tambah-tambah lagi penerimaan mak ayah aku dengan cucu memang tak sama dengan datuk dan nenek yang lain, diorang tak bermain dengan cucu. mereka lebih tertumpu dengan rutin harian mereka.

Aku tahu semua ni terjadi sebab masalah yang diorang tanggung mematikan semangat untuk seperti itu, tapi kerana ini aku tersepit di tengah.

Ya, bila aku jarang balik lagilah saudara mara aku akan bersangka buruk, suami aku disalahkan sebagai punca aku tak ingat ibu bapa.

Mereka tak tahu apa yang aku tanggung, tahun ni suami dah cakap sebab balik raya rumah aku dua hari satu malam dan rumah dia dua hari satu malam jadi dia minta untuk duduk di hotel,

Tadi bila aku beritahu mak dia macam terasa hati. Jujur aku rasa bersalah tapi aku tak mampu, sebab kami akan pulang malam raya.

Pernah aku suarakan tak nak balik, tapi suami tegur aku dia cakap semasa mak ayah ada ni baliklah, cuma macam biasa setiap kali balik aku akan mendengar suami mengomel macam-macam tentang rumah mak aku,

Dia cakap aku tak boleh paksa dia terima sebab dia memang tak boleh terima keadaan tu, dia tak mampu.

Waktu tak ada anak-anak suami masih bertahan sekarang bila tiap-tiap tahun anak anak akan sakit dia mohon untuk aku dengar cakap dia.

Perkara ni sama berlaku pada kakak aku, tapi abang ipar aku tak boleh terima keadaan rumah aku sehinggakan waktu balik kampung dia memang akan tidur rumah keluarga dia memandangkan kakak aku kahwin dengan jiran negeri.

Dia sendiri maklum pada kakak aku yang dia geli nak berjalan dalam rumah aku.

Tapi suami aku tak boleh buat macam tu, jarak rumah mak aku dan dan rumah dia dekat 500km juga. Bukan kami tak pernah cakap benda ni dengan mak, tapi mak cepat terasa hati, dia akan fikir anak-anak dia derhaka.

Sebenarnya kalau nak cerita lagi buntu hidup ini. Orang yang tak duduk di tempat aku memang tak akan faham.

Mesti korang tertanya kan mak aku solat dekat mana, ayah aku solat dekat mana. Ayah aku solat dalam bilik dia, ayah aku dunia dia memang dalam bilik dia.

Dia hanya keluar untuk makan saja, dia akan balik jarang-jarang rumah isteri baru dia, sebab isteri baru memang tak suka jumpa ayah, dia ingatkan ayah ni banyak duit. ya lah dulu ayah naik kereta mewah lepas kahwin kena buang kerja kereta tak ada apa pun tak ada.

Mak aku pula dia memang akan solat di masjid, jadi ajk masjid itulah ketenangan bagi dia, tapi bila orang nak datang dekat rumah memang dia akan bagi seribu satu alasan.

Dulu pernah masa aku balik, rumah aku ni kalau nak betul-betul bersih seminggu kena kemas, tapi takdir hari tu aku baru berkemas 2 hari, saudara mara mak datang dia tengok rumah kami terkejut, dia kata,

“Allah anak dara balik bukan nak tolong kemas, pemalasnya”, sedangkan dia tak tahu yang rumah tu aku dah kemas dua hari, mak masa tu pesan suruh aku diam.

Diorang semua cop aku ni pemalas, mak aku macam biasalah dia akan diam dan senyum-senyum tanpa ada nak bela aku, bila semua orang balik dia akan datang dan pujuk cakap biarlah mell orang nak cakap apa, sabar ya ambil yang positif je. Itulah mak aku.

Entahlah bila nak dekat dengan raya ni, inilah dilema aku tiap tahun, aku doakan baik-baik saja untuk tahun ni, sebab tahun ni hanya aku dan adik aku je yang balik. Walaupun bila balik memang kena perli dengan saudara mara aku kena kuat. 

Terima kasih yang sudi membaca.

– Melissa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Saya rasa mak awk jd gitu sbb dia “stressed” dgn ayah awk n kehidupan yg terpaksa cari duit, ditambah dgn dia ‘tak biasa’ buat kerja rumah.. pernah tengok tak dlm utube tentang “hoarders”, di USA ada ‘berjuta’ org yg sebegini, kdg2 diorang beli je brg2, tp x pernah buka dari plastic or guna brg2 tu..! Ada agensi ‘pembersihan’ yg bole tlg kemas or buang, diorang akn tnya owner sbelum nk buang n bgi “advice” mcamne nk manage rumah dsb.. tp kos agak tinggi la, sbb diorng kerja ikut jam/hari, n lps kemas tu kna ada org yg ‘pantau’ supaya kekal bersih.. itu pon nsib baik ada jugak ank2 yg tolong, ada org tu kdg2 ank2 pon sama x nk kemas, w/pon duduk skali n x de kerja pon.. wallahu a’lam

    • untuk layan mak macam ni..hati kena kental…xjatuh derhaka la kalau buang je barang2 yg dia suka simpan..kne kemas…buang semua barag2 xperlu..hati kena kental..

  2. Hoaders spotted! tak tahu lah mind set dorg ni apa.. Barang makin hari makin banyak.. Sy pun naik stress bila baca..

  3. Aku plg menyampah bila xnak cerai alasan sbb anak. Padahal utk kepentingan diri sendiri je. Mak aku pom dulu xnak cerai bila bapak aku bt hal, alasan anak. Pastu skrg ade je benda mengungkit dan jd gaduh. Aku dgn adik2 mmg stress dok umah. Lg seronok x balik kg. Skrg mak aku bising2 aku sound je surug cerai. Terus mak aku diam. Sedara mara yg mulut longkang pom mmg sume aku sound. Xde nak baik2 dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *