Luahan Seorang Anak Bongsu

Asalamualaikum semua, thanks admin sebab siarkan. 

Hi semua, nama aku Tembikai, anak ke 5 dari 5 beradik, aku ada adik sebenarnya tapi meninggal sebab mak aku keguguran. Jadi title anak bongsu jatuh kepada aku. Jarak umur aku dengan adik beradik jauh. 

Aku tak rapat dengan abang and kakak aku, dalam family aku memang pendiam. Dulu aku seorang yang happy go lucky tapi bila aku makin dewasa aku jadi makin pendiam, tak banyak cakap macam dulu. Aku rasa macam terasing dari family aku.

Orang lain seronok je bila time family adik beradik semua berkumpul. Tapi lain pulak yang aku rasa, mungkin aku lah kot yang problem dalam family ni. 

Hampir aku lupa, abang and kakak aku semua dah kahwin dan semua ada kerjaya sendiri, jadi tinggal aku je yang masih single. Aku masih duduk dengan parents aku, so aku ambik keputusan untuk cari kerja dekat dengan rumah.

Alhamdulillah, aku dapat keje dekat klinik. Oklah tu kan, nak kerja jauh- jauh tak sampai hati pulak plus parents aku mesti bantah punya, risau sebab aku perempuan. 

Hidup aku berjalan lancar, kalau cuti je aku memang angkut mak aku pegi merendek (jalan- jalan). Bapak aku selalu takde sebab dia kerja. Jadi aku banyak luangkan masa dengan mak.

Boyfriend? Takde masa nak cari. Kawan? Ada tapi kitorang jarang jumpa, masing-masing ada life sendiri. Jadi, mak aku lah best friend aku. 

Setelah sekian lama merasa jadi anak tunggal dalam rumah ni. Sampai lah satu kejadian yang membuatkan kak ngah terpaksa pindah masuk rumah parents.

Kak ngah ada anak 4 orang 2 perempuan 2 lelaki. Kecik-kecik lagi sebab beranak rapat-rapat. Maklah orang yang paling seronok sangat. Dapat main dengan cuculah katakan. 

Kak ngah buat keputusan dia nak pjj dengan suami dia untuk sementara waktu.

Satu hari tu kebetulan aku baru balik keje. Nak masuk ke bilik. Kebetulan aku terdengar kak ngah berborak dengan mak. Kak ngah bagitahu yang dia nak kerja, dia dah dapat kerja balik office hours. Kak ngah mintak jagakan anak- anak dia.

Aku terus masuk bilik dan cakap pada kak ngah, “Takkanlah kak ngah nak bagi mak jaga semua 4 orang tu, kenapa kau tak bincang dengan laki kau hantar pengasuh ke, kalau 2 orang takpe ni 4 orang agak-agak lah ngah mak jaga sorang”

Mak mati-mati cakap yang dia boleh jaga cucu dia. Aku speechless, takpelah kalau itu yang mak aku nak. Tapi dalam masa yang sama aku masih risau dengan mak. Anak-anak kak ngah biasalah dalam umur yang macamtu mestilah tengah melasak lagi.

Sampai satu tahap aku terpaksa berhenti kerja untuk tolong mak jaga anak kak ngah sebab aku tengok sendiri mak memang tak boleh handle jaga sorang, tu belum lagi kak ngah yang suka buat ot nak cari duit lebih katanya.

Takpe aku faham dengan keadaan dia yang suami seolah-olah nak lepas tangan tentang tanggugjawab. 

Aku kesian dengan kak ngah. Tapi lama-lama aku rasa kak ngah cuba ambil kesempatan dekat mak dan aku. Kak ngah betul-betul macam bos dekat rumah ni.

Dia balik kerja terus masuk bilik hadap phone berbanding settlekan anak-anak dia.

Walaupun aku tak kerja tapi kerja rumah memang aku yang handle, yelah aku masih sedar diri aku ni tak kerja. Jadi aku cuba ringankan kerja mak. Aku lah yang settle kan anak- anak kak ngah. 

Bapak aku pernah je bising pasal benda ni. Tapi macam tu jelah. Takde apa-apa yang berubah paling-paling kak ngah tarik muka je.

Kadang aku terfikir sampai bila nak macam ni. Aku pun ada cita-cita and masa depan jugak yang perlu aku gapai. Bila aku bagitahu mak, mak mesti cakap yang mak masih larat lagi nak jaga cucu. Hakikatnya mak dah tak larat tapi apa pilihan yang mak ada.

Aku anak bongsu, aku lagi tahu apa yang mak rasa. Aku yang banyak hadap semua benda kat rumah berbanding adik beradik yang balik pun jarang- jarang. 

Aku yang tengok sendiri mak bapak gadai macam-macam nak masukkan abang dengan kakak ke universiti. Sepatutnya tugas diorang pulak yang balas jasa mak dengan bapak, bukan bagi lagi beban dekat mak bapak. 

Macam biasalah aku ni anak bongsu siapa je nak dengar pendapat aku. Cuma boleh aku pendamkan je di sudut paling dalam hati ni. 

Aku harap aku dapat berbakti dengan mak bapak aku. Aku nak tebus balik kesilapan yang abang dan kakak aku buat. Aku takkan jadi macam diorang. 

Sekian luahan seorang anak bongsu. 

– Tembikai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Dikk kenapa ko berhenti kerja, baik ko kerja and mintak mak ko bgtau kak ngah untuk hantar anak2 ke pengasuh. Atau mintak tolong along ko nasihat kak ngah tu

  2. Tembikai kena ingat yang tembikai akan hidup lama lagi. Nak hidup kena ada duit, nak duit kena kerja. Kalau lama tak kerja, nanti susah nak cari kerja balik. Nanti kalau dah tua, tak ada kerja, siapa nak bagi tembikai makan? Mak ayah dah tak ada masa tu, nak harap kak ngah?

    Jadi Tembikai patut segera cari kerja. Kalau mak tembikai tak mampu jaga cucu2, dia kena suruh kak ngah hantar anak ke pengasuh.

    Ingat, tembikai tak perlu bertanggung jawap ke atas anak2 kak ngah, itu tanggungjawab dia dan suami dia.

    You need to live your life. Jangan jadi lilin bakar diri.

  3. Stop what you are doing now. Pergi cari kerja. Bila weekend bawak mak kau jalan-jalan macam dulu. Biarkan je anak² kakak kau tu, pandai² dia la jaga anak sendiri. Cakap kat mak kau keraskan hati, jangan bagi muka jaga cucu² sampai anak dia naik lemak. Bila weekend pergi ikut kau berjalan. Dan bapak kau kena main peranan penting, firm la sikit, tak kesian kat bini ke. Brainwash anak tu dgn laki dia, jgn pandai beranak je tp pemalas jaga anak.

  4. kerja, sis. you need money. kalau mak ayah sakit ke, mak nak g jalan ke… semua tu perlukan duit.
    lagi satu, weekend p je jalan dengan mak, tinggal je kakngah and anak anak dia, pandai2 la dia urus urusan rumah.
    sekali sekali sound je kakngah suruh tolong kerja rumah sekali lagi lagi hari dia cuti, sedap je goyang kaki pastu anak2 buat mak pula jadi bibik free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *