Luahan Seorang Cucu

Assalammualaikum semua, hai nama aku Lily. Aku berumur awal 20an. Tujuan aku menulis hanya untuk meluahkan perasaan dan meminta pendapat semua.

First of all aku minta maaf jika confession aku boring. Aku ada seorang cousin aku ni, aku namakan dia A, dah bersuami dan ada anak kecik 2 orang.

Nenek aku (aku panggil opah) pulak sangat sayangkan dekat A ni even seteruk mana benda yang A buat, opah aku akan butakan mata dan akan cerita yang baik baik sahaja tentang A.

Bukan niat aku nak cemburu, jauh sekali dengki. Tapi diri aku selalu dipandang buruk kat mata opah. Cerita buruk aku dicanang dekat kawan kawan dia yang datang ke rumah. Sedangkan aku yang selalu bantu dia. Tolong dia.

Kalau ada kenduri atau bacaan yassin dan doa selamat, muka siapa lagi kalau bukan aku yang drive bawa dia beli barang. Muka siapa lagi yang vacuum 6 buah carpet besar besar kat rumah dia tu.

Angkat kerusi kayu, kilatkan sofa. Tapi apa yang aku dapat? terima kasih pun tidak malah dicop PEMALAS. Yang A pulak buat apa? Seronok betul datang datang ambik lauk, bungkus.

Bukan aku nak berkira buat kerja, entahlah. Mungkin aku penat. Aku tengok si A ni kalau bab bawa opah aku berjalan, laju. Tahu tahu dah sampai Langkawi dengan disponsor opah aku.

Tapi mak A sendiri dibuat macam orang gaji. Jaga anak dia yang 2 orang kat rumah. Susu pampers anak dia semua opah aku sponsor. Cucu kesayangan lah katakan.

Bila time beli barang dapur, opah call aku. Suruh ambil dia pergi supermarket. Kenapa tak call A? Kenapa call aku? Rumah A dengan rumah opah aku tak sampai 10 minit dah sampai.

Tapi rumah aku nak ke rumah dia 1 jam setengah ulang alik hmm kalau dah seminggu sekali macamtu… Opah akan perlukan aku bila dia minta tolong sahaja. Tapi apa yang aku dapat?

Pernah satu hari tu, aku terdengar opah aku cakap aku ni pemalas dan tak boleh diharap.

Untunglah A, kereta kena tarik opah aku bayar. Api melambung sebab pasang aircond 2 bijik kat rumah opah aku bayarkan.

Setiap kali birthday dia opah aku buat doa selamat, makan makan. Dialah yang makan, aku tukang basuh periuk. Birthday aku? ingat pun tak.

Aku taknak pun semua tu. Aku cuma nak bahagian terima kasih aku. Kalau taknak cakap pun, jangan burukkan aku.

Semua benda yang aku buat, semua opah aku kata A ni buat lagi bagus. Contohnya, aku buat kek coklat. So opah aku kata, “Bab kek kek ni, A ni pandai”.

Bila aku belikan apa apa untuk opah aku, “A baik, selalu dia telefon tanya aku nak apa apa tak” dan macam macam lagi lah yang boleh panaskan telinga aku.

Aku nak tanya pendapat korang lah, kenapa ya opah aku macamtu? Dan perlu tak aku bantu opah aku lagi?

Sebenarnya dari kecik aku bukan cucu kesayangan pun. Dulu aku dipanggil bodoh, cara layanan aku dengan cucu cucu yang lain pun berbeza.

Tapi sekarang cucu yang lain dah ada kehidupan diorang sendiri, taknak dah jaga opah diorang. Aku pulak duduk satu negeri tapi lain daerah. Opah aku dengan A satu kampung. Haa, mana lagi dekat?

Ayah aku anak ketiga dia. Ayah aku dah lama dah meninggal, tapi ayah aku pesan jaga opah macam jaga ibu aku sendiri. Tapi, bila macam ni. Aku dah malas. Dari ikhlas jadi tak ikhlas.

Cucu baik menjadi tidak baik,

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *