Assalamualaikum WBT kepada semua warga IIUMC.
Hari raya makin menjelma, bagi orang lain semestinya sudah hampir menyiapkan persiapan raya. Aku? tetap macam biasa, hidup di perantauan tiada sanak saudara disisi. Aku ingin mengongsikan kisah hidup aku yang mungkin menjadi iktibar kepada semua.
Aku dilahirkan didalam keluarga sederhana. Bongsu dari empat beradik. Sejak kecil lagi aku banyak berdikari sendiri. Walaupun si bongsu, tapi aku bukan seperti si bongsu yang lain. Keluarga banyak abaikan aku. Sekiranya aku ada masalah, jarang sekali mereka berada disisi.
Sejak kecil aku ada dunia aku sendiri, kuat berangan, bercita2 tinggi. Sebab aku tak sabar nak keluar dari kepompong hidup keluarga aku ni. Aku memang tak rapat dengan parents aku. Ayah aku lebih pentingkan orang lain dari perasaan aku. Pernah sekali kaki aku luka, aku mohon untuk dihantar ke klinik tapi tidak diendahkan disebabkan dia busy dengan anak angkat dia.
Ya, kami ada anak angkat, comel, aku pun sayang. Sejak baby kami ambil untuk dijaga. Ayah aku cukup sayangkan dia sampai sanggup balik waktu lunch gara2 nak main dengan anak angkat dia. So, kalau aku demam ke, sakit ke, memang takde sapa nak endah.
Aku heal sendiri sakit aku, dan ini membuatkan aku lebih independent dan kental. Mak aku? Sama je lah. Bagi dia kakak dan abang aku adalah anak emas dia. Kadang aku pikir, kenapa aku dilahirkan sekiranya aku tak disukai? Bukan salah aku untuk lahir dalam family ni.
Aku ada abang dan kakak. Abang tak pernah mengaku aku ni adik dia. Sejak baby lagi dia dah cakap aku bukan adik dia. Apa salah aku pun aku taktahu. Selalu aku berkecil hati dan mengadu dekat emak. Tetapi emak selalu cakap, memang hubungan abang dan adik macamtu. Yeke? Adakah abang2 orang lain pun mcm abang aku sampai tak mengaku adik?
Hingga aku dewasa, aku dah biasa hidup tanpa abang. Aku tetap sayangkan dia, perkahwinan dia aku rai kan, anak2 dia aku jagakan. Tapi sampai satu tahap dia malukan aku didepan orang yang berhajat merisikku, aku sudah tekad. No more! Selama ni aku percaya dia akan berubah, orang bagi racun kita berikan bunga. Tapi aku pun manusia biasa, ada had kesabaran.
Family pun masih anggap perkara tu biasa walaupun sah2 dia malukan aku didepan orang ramai. Kakak aku adalah anak emas keluarga. Sebab sejak dari kecil dia rajin belajar. So dialah anak yang jadi harapan kepada family.
Tapi rezeki lebih kepada aku, tanpa disangka2 aku lebih berjaya dari dia. Kerana aku tiada tempat mengadu, aku banyak berkenalan dengan orang luar. Tapi kebanyakkannya hanya ingin mengambil kesempatan, banyak jugalah duit aku abis kerana manusia2 luar.
Sejak dari hari tu, aku lebih percaya hanya aku yang dapat bantu diri aku sendiri dan tkperlu sesiapa untuk bantu menjadi bahagia. Sama saja kawan baik atau pasangan, masing2 pentingkan diri saja. Bila susah cari aku, bila senang lupa aku.
Kerana aku tak mahu bergaduh dan makan hati, aku terbang ke luar negara. Memang permulaan tiada siapa yakin aku boleh dan mampu bekerja di luar negara. Berkat kesabaran aku, aku berjaya disini. Abang aku bangkrap dan pulang ke rumah family aku. Mungkin itu kifarah untuknya.
Aku anak yang bukan di “target” untuk berjaya, anak ni lah yang banyak menyumbang kepada family. Tapi cerita tak abis disini sahaja. Dua tiga hari lepas, jiwa aku meletup sekali lagi, abang aku curi kereta yang aku amanahkan bagi mak aku pakai sepanjang aku takde dekat malaysia. Sampai sekarang tak tahu dah kemana, family aku boleh buat taktau je sebab kalau report polis nanti abang aku kena jail.
Apa korang rasa bila berhadapan situasi macam aku ni? Punya susah aku cari duit sebab mak aku sakit, walaupun aku bukan anak emas, tapi tetap mak ayah aku. Aku tetap kena hormat. Tapi kalau dah banyak kali sumbangan aku tak dihargai, apalagi yang boleh aku buat?
Hiduplah aku sebatang kara di negara orang. Ibarat yatim piatu. Air mata aku ni dah sampai kering kontang, kentalnya jiwa aku sampai dah takde perasaan sedih. Dengar lagu raya pun dah takde rasa apa2. Aku dah lama tak celebrate raya. Nak cari pasangan pun aku trauma, manusia sekarang kebanyakkannya ambil kesempatan.
Aku tak tahulah sampai bila aku akan merantau macam ni. Aku ingin sangat nak balik Malaysia, aku rindu KLCC, lepak mamak, pegi shopping kat SOGO. Tapi kerana aku dah tkde sesiapa di sana, buat apa lagi aku balik?
Aku tak pernah rasa SYOKNYA raya. Setiap kali raya aku akan off HP. Sebab jeles tenogk kawan2 aku beraya dengan family. Balik kampung, meriahnya aku rasa. Aku teringin nk rasa suasana macam tu. Tapi aku tak dapat sepanjang hidup aku.
Kadang aku berharap dan berdoa ada sesiapa yang dapat selamatkan aku dari perantauan, dapat berikan aku family yang bahagia. Tapi semua tu hanya angan2 je. Sebab diri aku dah tak percaya sesiapa. Hiduplah aku sebagai gadis sebatang kara.
Sekian…
– Nami (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Rupa rupa nya ada yg senasib dgn aku..cuma sekarang tahun 2024 aku baru ada keberanian untuk bagitau family dan betul2 tinggalkan family.tahun ni akan jd tahun ke 3 raya sorang2.aku rasa emotionally numb.pengajarannya..kita tak di lahir kan untuk pilih siapa keluarga kita.tapi kita boleh pilih untuk jauh kan diri dari orang2 yg manipulatif,guilt trip kita,envy dgn kita,discredit kita,yg tak nak tengok kita happy pon.ni bukan salah kita 100%. Kita cuma nak protect kesihatan mental kita je.trust me they actually know what they are doing to us