Luahan Seorang Leader

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Sedikit pengenalan, aku Seroja berumur hujung 20-an. Ini cerita tentang aku dan Brand X.

Ok sebelum ni aku banyak jadi dropship untuk macam2 brand pakaian. Sale takde la tinggi tapi alhamdulillah cukup la buat perbelanjaan aku sepanjang dekat universiti.

Satu hari ni aku nampak iklan Brand X dekat tv. Dan aku tertarik untuk jadi dropship memandangkan produk ini agak rare dan jarang ada dekat pasaran. Persaingan masa tu kurang.

Oh ya ini cerita 5-6 tahun lepas. Tak kusangka hari pertama aku promosikan dah ada berduyun duyun yang pm berminat. Alhamdulillah aku berjaya close sale 3 orang.

Pada waktu itu aku rasakan dah cukup banyak. Sebelum ni nak dapat customer seminggu sekali pun susah. Yang lain masih menunggu gaji memandangkan harganya agak mahal.

Hari demi hari aku nampak potensi Brand X. Aku mula menjual secara serius. Buat instagram dan Fb page. Pada masa tu aku tidak menggunakan sebarang iklan berbayar.

Atas kesungguhan aku sehari order aku boleh mencecah 30 order. 30 x RM10 = RM300. Itulah anggaran keuntungan aku setiap hari.

Aku juga antara Top 3 agent kepada Brand X. Macam macam ilmu yang aku dapat.

Keseronokkan aku tidak berpanjangan, setelah hampir 3 tahun berada dalam Brand X, foundernya Puan Z berhasrat untuk merombak sistem.

Dia mula aggresif menambah dropship. Customer aku mula berkurangan kerana kebanyakan dropship yang tidak beretika suka cut harga sesuka hati. Komisen lama pun tidak seperti dulu. Ada 5 level komisen semuanya.

Walaupun level komisen aku paling tinggi tetapi aku harus menepati beberapa syarat tertentu. Antaranya aku harus mempunyai dropship. Ini antara perkara yang mahu elakkan iaitu MLM!

Pening aku memikirkan solusi kepada masalah ini kerana pada masa tu aku sedang berada di tahun akhir university.

Jadi tumpuanku tidak sepenuhnya kepada mereka kerana aku ada tugasan yang banyak. Aku juga mengupah adik aku untuk update page aku dan reply whatsapp customer memandangkan dia baru selesai spm.

Oh ya sebagai leader tugas aku mengajar dropship baru membuat sale dsb. Aku akui aku tidak mampu memberi sepenuh perhatian kepada mereka.

Namun aku cuba untuk sharing at least sebulan sekali. Group pertama dropship aku pada masa itu lebih kurang 30 orang. Yang kurasakan agak ramai bagi aku.

Prinsip aku, aku akan bantu siapa yang mahu dibantu. Anda buat anda dapat, tak buat anda tak dapat. Dan aku tak suka ganggu masa orang.

Dropship aku ada dalam kalangan student dan bekerjaya. Jadi aku sangat faham kesibukan mereka.

Tahun berikutnya Puan Z semakin aggresif kejar sale. Dia mengubah sistem sesuka hati. Kali ini sale dinaikkan sehingga ke 100k untuk naik level pertama.

Bila komisen kami kurang, sekaligus komisen anak2 dropship kami juga berkurang. Dan paling sedih ada anak dropship yang lari ke HQ untuk komisen lebih tinggi. Sedangkan kami guide mereka dari zero.

Untuk mencari dropship kami juga guna modal seperti ads atau review. Rasanya seperti usaha kami bertahun sia2 sahaja.

Dan kami juga dipaksa mengambil lebih ramai dropship. Ada target sehari 100 orang. Kami tertanya2 kalau semua nak jadi dropship siapa mahu jadi pembeli.

Oh ya ada leader yang mengambil kesempatan disini. Dia brainwash anak2 dropship supaya buat sale padahal diri sendiri intagram tidak update berbulan2.

Personal sales tidak sampai 10 order sebulan tapi anak2 dropship sehingga beratus2 order siap bagi tips lagi dalam group. Jadi anda juga harus bijak menilai leader anda. Dia tak buat apa yang dia cakap.

Aku mula tawar hati dengan Brand X. Sesi coaching oleh HQ dibuat hampir 5x seminggu. One to one coaching setiap minggu. Seolah2 aku terikat betul dengan brand X.

Semasa bujang tidak mengapa, untuk siapa yang berkeluarga pasti tertekan. Aku hari2 pening memikirkan anak2 dropship aku kena buat report kepada Puan Z.

Hari2 kena buat non stop. Sekarang aku mempunyai hampir 2 ribu dropship yang bermacam macam ragam. Aku terpaksa menggajikan seorang Admin untuk sama sama handle.

Jujur aku katakan kami tidak terlayan. Layan dropship dari lepas subuh sampai 12 malam. Kalau cuti pun masih sibuk dengan dropship.

Kami tidak seperti hq mampu menggajikan ramai admin. Aku lebih prefer kualiti dari kuantiti. Aku harus zoom dengan dropship aku at least seminggu sekali. Kalau tak buat akan dikenakan penalty atau diturunkan ranking.

Puan Z masih seperti itu entah siapalah mengajarnya. Setiap hari menekan2 sales seolah2 kami ini ini staff dia.

Dalam group tidak boleh berbicara tentang perkara negatif. Walhal hanya tanya kenapa no tracking tak jalan. Nak tahu jugak orang lain mempunyai masalah yang sama. Atau pun branch courrier overload parcel.

Nak bagi idea pun takut walhal ada design yang buruk tak sesuai dengan harga yang mahal.

Tidak boleh komen tentang feedback negatif produk walhal untuk penambahbaikan bukan kami canang kepada orang luar pun.

Yang paling keterlaluan sekali Puan Z nak telefon suami dan ibu bapa kami untuk tujuan brainwash mereka. Aku tidaklah benci kepada produk Brand X. Tetapi aku benci meluat dengan foundernya.

Dalam setahun entah berapa kali aku boleh bercuti dengan tenang. Hari raya pun busy.

Oh ya dan dia menggalakkan bisnes suami isteri. Ada antara kami yang berhenti kerja semata2 nak buat bisnes bersama Puan Z. Entah macam manalah Puan Z brainwash mereka.

Aku kini start menjual barang barang dari china di shopee. Sebagai side bisnes & baru 3 bulan bertapak. Entah macam mana sampai ke pengetahuan Puan Z padahal aku tidak friend denganya di FB.

Aku cuma war2 kan kepada follower aku sahaja. Dia membebel dalam group cakap kami tak fokus kerana kami leader ada tanggungjawab untuk jaga anak dropship.

Puan Z tidak menggalakkan kami buat banyak bisnes dan dia tak suka jika ada dropship yang keluarkan Brand sendiri. Padahal tak sama niche dengan produk dia pun! Kalau nak promote produk lain kena hide status dari dia dan konco-konconya.

Aku sedang mempelbagaikan bisnes. Di kampung ibu ayah juga mertuaku kami membelikan mereka beberapa pasang kambing. Aku menggajikan seorang pekerja. Memandangkan ibu bapa kami dah tua.

Suami aku pula berjaya membuka mini market hasil wang yang kami simpan bersama. Aku tidak mahu hanya bergantung kepada Brand X. Jika ada idea perniagaan lagi tolong komen ya.

Jangan cakap aku tidak bersyukur berada dalam Brand X. Aku bersyukur malah aku antara yang perform dalam brand tu. Namun aku juga manusia tidak boleh 24 jam positive.

Tertekan itu perkara biasa. Jika boleh kawal aku akan cuba kawal. Jika aku terlalu penat aku takkan join zoom. Aku lebih prefer spend time dengan family. Dalam group confirm la ada penjilat Puan Z. Benda salah pun kata betul.

Hujung tahun selalunya waktu aku dan family aku spend time. Aku bercuti hampir 2 minggu tahun lepas. Ada kenduri kahwin family dan family gathering. Puan Z berkali kali call aku. Walhal order aku masih ada seperti biasa. Tanggungjawab leader masih aku buat.

Cuma tak sempat join zoom sahaja. Maaf aku tidak sepositif orang lain cuma ada kalanya aku perlukan ruang. Tahun ini sekali lagi Puan Z akan merombak sistem. Maknanya aku harus bersedia sekali lagi kehilangan dropship.

Yang redha,

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *