Penyondol, pelakor, homewrecker. Ya, tulah panggilan yang sesuai untuk aku. Aku seorang gadis berusia awal 20-an yang terjatuh cinta pada suami orang.
Seringkali aku kecam golongan ini, yang mencari cinta dan menagih kasih pada milik orang, tapi siapa sangka akhirnya aku termasuk dalam golongan itu.
Awalnya, kami hanya ingin menjadi kawan. Tak lebih dari itu. Tapi dari hari ke hari, bulan ke bulan, perasaan itu berubah sikit demi sikit.
Dari persahabatan yang hanya ingin berbual mengenai perniagaan dan minat yang sama, ia menjadi rasa sayang dan cinta.
Kenapa aku boleh jatuh cinta? Kerana perwatakkannya, kerana kata nasihatnya, kerana perangai dia. Dia complete.
Aku tahu, mesti korang nak cakap, dia begitu kerana dia suami orang. Aku hanya mampu tersenyum. Kerana bagi aku, dia begitu kerana jalan hidupnya.
Dahulu aku seorang yang menentang poligami, namun sebabkan rasa ini, hari hari aku mencari artikel dan perbincangan mengenai isu ini.
Itulah orang kata “dont mock others sin, or tomorrow you may commit it”. Tetapi, semakin aku gali mengenai hidup berkongsi ini, tidak satu pun aku jumpa jawapannya bahagia.
Yang sering aku baca adalah, bagaimana isteri kedua akan hidup seorang diri selepas berkahwin kerana yang pertama itu akan menjadi permaisuri selamanya.
Bercinta dengan suami orang tak mudah. Dia ibarat, aku bercinta tapi tahu boyfriend aku ada orang lain yang perlu dijaga hati dan perasaan.
Dan aku pula, bila bila masa boleh ditendang keluar. Banyak kali aku makan hati, bila mana aku happy keluar bersama, tiba tiba dia cakap kita adalah satu kesilapan.
Tapi setiap kali aku cuba melangkah pergi, dia akan tahan aku untuk tetap ada di sisi. Perit. Sedih.
Terkadang, aku termenung. Aku fikirkan isteri dan anak dia. Sanggup ke aku rentap bahagia mereka? Sanggup ke aku bina bahagia aku atas air mata mereka.
Tapi macam mana nak aku buang rasa ni? Semakin aku cuba, semakin aku terjatuh lebih dalam.
Banyak kali si dia mengusulkan untuk jadi yang kedua.
Tapi tiap kali tu aku fikir, bagaimana kalau nanti selepas menjadi yang kedua, aku diabaikan? Bagaimana jika akan ada yang ketiga? Apa aku perlu hidup sendiri walaupun sesudah bergelar isteri?
Jadi bagaimana dengan impian aku yang ingin menghabiskan hari tuaku dengan seseorang yang aku cinta dan yang mencintai aku.
Sebab aku tahu, dalam hubungan ni pasti akan ada yang sakit. Iaitu antara aku atau yang pertama.
Sampai hari ini, kami masih bercinta dalam diam. Dalam diam juga rasa ini membunuh aku. Dan saban hari, aku menjadi buntu dalam pilihan sendiri.
Terima kasih membaca, kerana cerita ini aku pendam sendiri, tak berani aku bercerita pada sesiapa.
– Kaisara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit