Hai. Nama aku Munif (bukan nama sebenar). Terima kasih pada admin IIUM Confession jika cerita aku ni di siarkan.
Apa yang aku nak kongsikan ni mungkin sesuatu yang biasa atau semua suami pernah lalui ketika fasa awal perkahwinan.
Aku berusia pertenghan 20an dan baru mendirikan rumah tangga hampir setahun yang lepas dengan pasangan pilihan hati.
Kami mula bercinta sejak 2015 dan waktu itu kami bersama-sama sedang menghabiskan pengajian di sebuah universiti awam.
Aku grad 2016 manakala isteri pula pada tahun 2018. Selepas grad, kami masing-masing struggle untuk mengumpul duit kahwin.
Alhamdulillah walaupun pelbagai rintangan yang berlaku, kami selamat di ijab qabul pada pertengahan tahun 2021.
Dugaan hidup berdua sangat terasa kerana aku masih bekerja dengan syarikat yang sama sebelum aku kahwin dulu.
Isteri aku pula ditamatkan perkhidmatan 5 bulan sebelum kami kawin sebab company tak dapat survive diwaktu pandemik covid-19 ni.
Dah lebih dua tahun aku bekerja tapi gaji masih sama membuatkan aku runsing memikirkan tentang tanggungjawab seorang suami.
Kalau dulu hidup bujang boleh lah survive dengan gaji begitu + boleh ada saving kawin lagi. Tapi lepas kawin ni serba-serbi memerlukan duit.
Sejujurnya hampir setahun kawin ni, aku tak pernah lagi berjaya buat saving dari gaji bulanan. Adalah sebulan tu aku berjaya simpan rm300, tapi tengah bulan korek balik sebab terpaksa repair motor hahaha.
Sebagai seorang suami, aku cuba untuk membahagiakan isteri aku sebaik mungkin walaupun dengan gaji yang tak seberapa ni. Aku percaya kalau kita bahagiakan isteri kita, rezeki kita akan bertambah.
Cuma kadang-kadang aku jadi terkilan sebab tak dapat tunaikan semua permintaan isteri aku dek kerana ada keperluan lain yang perlu diutamakan.
Boleh dikatakan setiap bulan ada je kecemasan yang memerlukan duit. Motor rosak lah, cermin mata patah lah, laptop rosak lah, kucing sakit lah, eh macam-macam lagi. Semuanya bulan yang berlainan dan memerlukan duit.
Pernah sekali dua duit dalam bank aku tinggal kurang RM50. Aku buntu, aku stress kenapa jadi macam ni. Aku buat kiraan, tengok bank statement, ingat balik kalau-kalau ada yang aku terlebih belanja. Tapi tak ada pulak.
Mungkin ada pembaca yang beranggapan gaya hidup kami mewah. Jawapannya TIDAK. Tidak sama sekali.
Aku cuma ada motor dari zaman belajar dan isteri aku ada kereta terpakai yang ayah dia bagi sebagai hadiah dia habis belajar. Itu je pengangkutan kami.
Kami menyewa di kawasan bandar dengan bayaran RM900 sebulan. Itu dah habis murah aku jumpa di kawasan ni.
Komitmen bulanan aku sekadar bil-bil, insuran medical dan ansuran penapis air. Pendek kata aku dan isteri tiada sebarang komitmen bulanan yang besar dengan bank.
Pernah juga lah bila ada rezeki lebih, sesekali aku bawa isteri keluar berjalan, makan sedap-sedap sikit, staycation, tengok wayang dan sebagainya. Tapi tak semua permintaan dia aku dapat tunaikan.
Even kami belum pergi honeymoon sejak kawin lagi. Itu lagi membuatkan aku rasa down dengan diri sendiri.
Tapi alhamdulillah aku bersyukur kerana mendapat seorang isteri yang memahami. Walaupun dia terima bila aku kata “nanti ada duit lebih abang belikan”,
Tapi jauh di sudut hati ni aku rasa aku ni seorang suami yang tak guna sebab tak dapat tunaikan permintaan isteri. Aku jadi sedih dengan diri sendiri.
Semua ini adalah sekadar luahan aku sebagai seorang suami yang hidup di bandar dengan gaji yang sikit. Segala komen atau cadangan para pembaca sangat aku hargai.
Aku cuma nak bahagiakan isteri aku dengan tunaikan apa yang dia minta.
– Munif (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit