Luahan Si Bujang

Assalamualaikum. Hai, saya salah seorang pembaca setia, tapi kalini saya nak luahkan apa yang terpendam. Saya ada baca confession sebelum ni bertajuk, Orang Bujang bukan Maid.

https://iiumc.com/orang-bujang-bukannya-maid-awak/

https://iiumc.com/orang-bujang-bukannya-maid-awak-ii/

I totally agree dengan confessor tersebut.

Nak dijadikan cerita saya terpaksa mengasuh dua orang anak buah berusia 3 tahun dan setahun lebih. Bukan part time ye, tapi full time almost 6 bulan lebih.

Seperti confessor tersebut saya juga merupakan seorang bujang.

Kakak bekerja shift hour manakala abang ipar bekerja hingga ke malam. Saya bekerja office hour dan masih tinggal dengan kedua orang tua dan adik adik yang lain.

Kakak dan abang ipar tinggal diutara tetapi berlainan negeri manakala kami sekeluarga tinggal di selatan.

Kesulitan keadaan keluarga kakak menyebabkan mereka terpaksa menghantar anak anak di rumah ibubapa saya. Atas persetujuan ibubapa saya, mereka bersetuju untuk menjaga cucu2 sementara waktu.

Namun, kakak dan abang ipar seolah olah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada kami.

Tak dinafikan kakak ada menghulurkan duit untuk membeli pampers dan susu tapi cukup sekadar barangan anaknya sahaja.

Anak sulungnya masih berpampers dan menyusu. Kelakuan anak sulung tidak seperti kanak kanak normal, masih dalam pemerhatian pakar.

Kami terlambat untuk bertemu pakar akibat pkp dan sebagainya. Jadi masih belum diketahui masalah sebenar.

Tujuan menjaga anak-anaknya untuk meringankan beban kakak dan abang ipar sementara kakak baru mendapat kerja namun ibarat tiada kesudahannya bila kakak disahkan mengandung anak ketiga.

Walhal anak kedua terpaksa berpisah diusia setahun dan hanya berjumpa 2-3 bulan sekali. Itupun hanya beberapa hari. Kesian kan adik tak dapat kasih sayang ibu dan bapa secukupnya.

Bagi saya, tidak wajar kakak menambah anak disaat ini ketika anak yang sedia ada pun tak mampu dijaga kenapa perlu menambahkan beban.

Bak kata confessor sebelum ni, anak itu rezeki tapi mengandung itu pilihan.

Kami sekeluarga termasuk ibu dan bapa saya tak mampu bersuara disebabkan kakak merupakan orang yang degil dan pandai menjawab.

Semua dah malas untuk bercakap. Tapi disebabkan tiada siapa bercakap dan berani menegur dia, dia ibarat tidak mengambil endah kesulitan kami.

Saya pernah menyuarakan untuk berterus terang dengan kakak namun dihalangi orang tua saya. Alasannya tidak mahu kakak stress memikirkan anaknya.

Malah jika saya menegur kakak, ibu bapa saya akan backup kakak dan menyalahi saya.

Contohnya saya membangkitkan isu sebab stress kerja atau masalah dengan orang lain bukan disebabkan oleh menjaga anak-anak buah.

Tapi saya stress tidak pula diendahkan. Saya penat menangis sendiri, penat untuk berlakon okay, penat untuk mengalas tanggungjawab orang.

Bukan nak berkira untuk menjaga anaknya, tapi jangka masa yang panjang membuatkan saya penat, serabut, tiada masa sendiri dan lama lama hilang perasaan ikhlas untuk menjaga.

Setiap kali solat saya doakan untuk diberi kesabaran dan ditanamkan keikhlasan untuk menjaga anak anak buah namun sering kali saya hilang sabar dan gagal untuk ikhlaskan hati.

Saya sering menyoal kedua orang tua bila kakak nak mengambil semula anak-anaknya. Namun tiada siapa tahu.

Memandangkan baby yang ketiga bakal dilahirkan beberapa bulan lagi, memang bukan dalam masa yang terdekat.

Kadang sangat susah untuk saya keluar seperti sebelum ni.

Malah nak me time pun tak sempat anak- anak buah akan kacau, bilik saya dah tiada privasi, tak dapat hias seperti sebelum ini, anak buah akan sepahkan dan rosakkan.

Malah nak call partner dan kawan-kawan sendiri pun sering diganggu. Dulu waktu WFH langsung tak boleh nak buat kerja, ada sahaja gangguan. Saya sampai stress bekerja dirumah.

Alhamdulillah sejak masuk office dah boleh focus buat kerja.

Apa yang menyebabkan saya tertekan apa bila barang-barang saya habis dimusnahkan anak-anak buah,

Handphone rosak, tv pecah, spec dah berkali kali terpaksa tukar, barang makeup memang tak dapat diselamatkan. Saya dah buntu tiada lagi tempat selamat nak disimpan.

Dalam almari, laci berkunci, semua dah tak selamat. Laci berkunci pun dirosakkan. Saya stress memikirkan saya terpaksa mengeluarkan duit untuk benda benda begini.

Iye gaji berapa lah sangat. Sampaikan saya dah taknak beli selagi anak anak buah masih tinggal dan tidur dengan saya. Saya terpaksa tahan diri dan terus bersabar.

Saya penat bila saya tak mampu menyuarakan apa yang terbuku dihati. Bila apa yang perlu diluahkan dihalang malah keluarga menyalahi saya.

Pembaca sekalian, tolong beri pendapat untuk saya. Doakan saya diberi kesabaran dan keikhlasan hati.

Semoga apa yang saya lakukan diberi ganjaran pahala. Semoga semua pembaca juga dipermudahkan urusan.

– Bunga Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *