Luahan Survival Budak Master

Ketika menulis confession ini saya sedang mencari semangat buat diri sendiri. Doakan agar saya kuat. Setiap kita sudah pasti punya struggle masing2. Punya impian dan harapan yang pastinya penuh cabaran.

Aturan takdir Allah tiada siapa yang menduga namun harus mengakui kita harus kuat mendepani segalanya satu untuk memotivasikan diri kita setiap hari saya ada terbaca,

1. Kita sedekahkan Al Fatihah buat diri kita.

2. Sentiasa lakukan perkara yang kita minat .

3. Me time untuk diri sendiri.

4. Fahami limit diri sendiri bagi elakkan burn out.

5. Take a deep breath.

Saya menulis ni saya tengah mencari kekuatan untuk habiskan tesis master saya.

Ya Allah saya rasa burn out kerana sudah sekian lama saya belajar.

Dulu saya ambil master sejarah di sebuah IPTA tapi saya quit sebab saya terlibat dalam kemalangan results saya drop sangat.. Allahu.

Tapi saya kuatkan juga semangat saya untuk terus dapatkan master walau di bidang yang lain. Tapi aturan Allah tu sangat cantik untuk saya, Alhamdulilah.

Saya tengah menulis ni saya tak tahu nak luahkan pada siapa. Sebab sekarang saya sedang mengembalikan mood saya untuk menulis, hehe…

Doakan pembaca sekalian agar saya dapat konvo dengan jayanya ya.

Alhamdulilah saya telah mula berkerja sebab bagi saya perlu sangat as a student master kita cari pengalaman dalam bidang kerjaya walaupun penat tapi pengalaman yang kita dapat tu sangat manis dan berharga untuk diri kita sendiri.

Sebenarnya bila kita sambung master atau phd ia melatih diri kita sendiri untuk lebih matang dan melatih problem solving untuk diri kita sendiri.

Tak kira walau bidang yang kita ambil jauh berbeza dari skop kerja kita. Tapi kita kena juga untuk masuk bidang pekerjaan untuk kita bersaing dan dapat ilmu baru.

Untuk masyarakat hentikanlah mengecam golongan seperti kami yang ingin menambah ilmu banyak sangat pengorbanan dan jerih payah yang kami lalui airmata yang tumpah berkali- kali.

Jika kalian tak mahu sambung dan rasa rugi sebab susah dapat kerja jangan sambung itu pilihan kita masing- masing.

Tapi bagi aku yang dah sambung terus juga berjalan meski payah. Kami juga sedar akan realiti pasaran kerja kami sedar sangat bukan tak tahu sebab tu kami ni belajar sambil kerja grab je apa peluang yang ada janji dapat balas jasa parents.

Buat master atau phd ni satu je kuncinya kena kuat dan kena sabar. Kalau tak kuat jangan sambung dik.

Master or PhD kena berdikari sendiri tak boleh nak harapkan orang spoon feed kau, kena berdiri atas kaki sendiri dan kena positive.

Hidup ni kena kuat hati kena kental mental tak boleh koyak beb. Huhu…

Percayalah Allah itu sebaik2 pergantungan untuk diri kita teruskan bergantung kekuatan pada Allah.

Kadang2 aku suka jadikan Farah Lee dan Najwa Latif tu idola haha tengok kejayaan diorang .

Satu lagi tips aku nak hidup kena kuat sambung master ni aku suka dengar lagu motivasi macam Jalanku Masih Panjang, Bangun, Aman Ra dan lagu Gemuruh, Faizal Tahir.

Ini semua untuk keep myself kekal in positive vibes and lagu Fynn Jamal, Terbang Tunduk tuu.

Sebab piskologi kata lagu yang kita dengar reflect to our emotion condition..

So untuk hidup kena kuat untuk sambung master and struggle hidup yang lain adalah keadaan emosi kita sebenarnya. Tangki emosi kena sentiasa dipenuhkan dengan kasih sayang haha…

Btw, ini je coretan aku kakak master masih lagi mencari mood dan ingat hidup ni banyak cubaan memang kena kuat.

Hugs korang, Bye…

– Miss Puerto amore (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sya doakn agar awk (insha Allah) akn selamat menerima watikah ‘master’ or pHd dan seterusnya ‘berkonvokesyen’ dgn selamat & jayanya.. mmg benar, bkn senang nk menghabiskan pengajian dlm bidang dan tahap pencapaian yg diinginkan.. despite segala usaha yg dibuat sehabis baik (kerana kos utk meraihnya juga bkn lah sedikit), di samping tu kena ‘tahan telinga’ utk menjawab pertanyaan org2 d sekeliling & yg dikenali, “bila lagi nk abis blajar ni..”, “tak abis2 lg blajar. .?”, “bila nk convo..”, “dah ‘viva’ ke..?”, “tak penat ke blajar lma2..?”, dan seribu satu soalan yg diajukan, esp.; masa Raya or berjumpa di kenduri kawen dsb.. itu sebab rse nya pelajar2 master n phd ni klaw bule nk ‘elak’ bertemu saudara mara n kwn2 yg tahu dia amk master or phd.. tak pelah, itulah cabarannya, insha Allah hasil yg dpt di hujung pembelajaran nt, akn terasa lbh manis & berbaloi.. yg penting, selepas mendapat pencapaian yang diidamkan, ianya bkn hanya ‘disimpan’ atau ‘dipamer’ begitu shj.., ada t/jwb lain yg lbh besar; iaitu me’realisasi’kan apa yg dicapai itu secara ‘praktikal’ dlm masyarakat.. dgn kta lain, bkn hanya ‘teori’ di atas kertas shj, tp jalankn dan buktikan bhw apa yg awk tulis or kaji sbelom ini adalah benar dan memberi manfaat kpd semua org & makhluk di dunia ini.. itulah ‘bakti’ sebenar atas apa yg awk korbankan selama ini.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *