Hi semua. Terpanggil untuk meluah. Lama memendam akhirnya tak tertahan hmm.
Kenapa tajuk luahan ni kucing? Saja aku bagi 1 perkataan ringkas tu. Sebab kisah ku ini sebenarnya adalah tentang aku, keluarga dan kucing.
Kisahnya aku memang sukakan kucing termasuk keluarga aku. Aku cuma ada seekor kucing parsi, bukan dibeli tetapi adik aku yang bawa, diambil dari kawan katanya.
Mula2 kucing tu dapat perhatian ramai, sebab berbaka kan, lepas tu akhirnya aku seorang yang menjaganya. Aku la yang beli makanan dia, jaga kebajikan dia dari segi hantar vet kalau sakit, hantar grooming, layan dia siang malam.
Maintenance? Jangan cakap la, beratus aku habis ke dia sebab dah sayang sangat kan dan kami sangat rapat.
Balik kampung atau travel kemana2 memang aku tak pernah tinggalkan dia. Aku sangat2 menjaga perasaan dan emosi dia. Dia seekor kucing yang agressive pada mulanya tetapi syukur lama2 aku berjaya menjinakkannya.
Tiba2 ada seekor stray bunting datang ke rumah, kami 1 keluarga bagi jela dia makan. Memang banyak kucing selalu datang singgah makan tapi hanya datang dan pergi dan ini adalah perkara biasa bagi kami.
Tapi stray ni tetap juga berada di rumah aku sehinggalah 1 hari dia beranak di bawah longkang tepi rumah aku. Mak aku yang menyedarinya dia kata terdengar suara anak kucing, rupanya di longkang.
Sudahlah masatu musim hujan, nanti basah lemas pula. Mak aku minta tolong ahli keluarga aku untuk ambil mereka tapi diendahkan. Sehingga lah aku dan rakan ku yang ambil kitten2 tu atas dasar prihatin. Kami letakkan di dalam kotak bersama ibu nya.
Lama kelamaan adik2 aku bermain2 dengan kitten tu sampai besar. Ada 4 ekor kesemuanya tapi 2 mati dilanggar kereta.
Tak lama selepas itu, kucing tu beranak lagi untuk kali ke 2. Lokasi kali ini di dalam almari kasut, sebanyak 5 ekor. Kami membiarkan saja kucing2 tu disitu sehinggalah tersedar ada seekor yang mati.
Aku nak pergi kerja masa tu, baru keluar rumah nak kunci pintu tiba2 ada anak kucing di atas lantai. Ibunya bawa untuk tunjuk yang anaknya mati.
Setelah itu lagi 3 ekor yang menyusul mati. Kini tinggal lah 2 ekor dan ianya di bawah penjagaan aku. Jadi secara rasminya aku membela 3 ekor kucing.
Kisahnya seekor tu sakit mata yang sangat teruk. 2 bulan ku berhempas pulas menjaga dia siang dan malam, berulang ke vet, bagi makan ubat, cuci nanah dan darah tanpa give up.
Malangnya mata nya disahkan buta tapi tak apa sebab dia seekor kucing yang bijak, sangat aktif dan tak pernah murung seolah2 dia boleh melihat secara normal.
Aku korbankan masa, tenaga, kos, air mata utk dia sbb dia seperti mengajar aku tentang erti tanggungjawab. Aku dah boleh bangun pagi, cuci bersihkan dia dengan punctual setiap hari.
Doc kata matanya mesti dibuang melalui pembedahan dan kos nya sebanyak RM400 termasuk warded.
Masatu aku agak buntu juga, yelah aku tak pernah spendkan duit aku sebanyak mcm tu (mungkin bagi anda itu biasa. Aku pun redha jelah sebab nak yang terbaik kan.
Tapi dengan kuasa Allah tarikh hampir nak operate tu dah dekat tapi tiba2 mata dia dah sembuh, mengecut ke dalam yang sebelum ni terjojol keluar ok.
Doc terus cakap kes ni tidak perlu buang matanya dan aku sangat lega. Cukup je berat, aku terus hantar 2 ekor tu pergi cucuk vaksin dan deworm. Siap book untuk pakej neuter and spay bila dah cukup umur nanti.
Yang buat aku geram is adik aku ni tak jaga kebajikan kucing dia. Sangkar penuh lah taik dan kencing bertakung sampai pasir tu macam tanah yang terkena hujan tu korang dapat bayangkan tak?
Pukul 12 malam baru dia munculkan muka baru nak menciduk. Tak cukup dengan itu, kucing2nya sakit tak pernah sembuh. Batuk, selsema teruk sampai warna hijau pekat tu. Kalau dia bawa kucing2 tu masuk ke rumah, lantai rumah tu tak sah kalau tak ada kesan hingus hijo tu.
Aku ni memang tak boleh tengok benda2 macam ni. Nak main kucing pun main lah tapi alert lah dengan kebersihan dan kebajikan. Dah lah jantina betina sama jantan, umur pun dah masuk fasa matang, dah mula bising nak mengawan. Meow2 tak berhenti terutamanya malam.
Aksi kejar mengejar of course la kan sampai bergegar sangkar tu. Bila aku cakap diorang ni nak mengawan ni, mak dan adik aku tak percaya, katanya tu nak bergurau2 saja.
Sampai lah ayah aku sendiri tangkap gambar mereka sedang nak mengawan dan send dalam group family. Bila aku cakap apa pun mak dan adik aku taknak percaya.
Sudahnya yang jantan tu berkudis dekat leher, aku percaya itu akibat stress. Kucing kalau tak dapat mengawan, dia akan stress.
Mula tak nak makan, murung dan paling teruk sekali is kencing merata dan berak tersasar dari litter box. Dah jadi macam ni pun masih lagi tak percaya cakap aku.
Ok takpe, nanti kalau betina tu bunting, pandai2 la jaga banyak kucing nak kena tanggung. Dalam masa yang sama, mak aku tu selalu mengeluh bajet burst la penat cuci sangkar la beli pasir la. Habistu kalau taknak tambah kos kenapa taknak hantar mandulkan?
Alasan mak aku is siapa nak jaga penjagaan selepas mandul? Allah. Itu je yang dikisahkan? Korang boleh google mcm mana jaga kucing selepas mandul. Hanya perlu sangkarkan mereka, pakaikan neck collar, cek luka, sapu ubat (jika ada). Itu shj apa yang susahnya?
Nak dijadikan cerita lagi, ibu kucing tu bunting lagi ye semua. Korang dapat bayang kan tak keadaan rumah aku yang dah ada banyak kucing,
Tak nak mandulkan tapi jumlah kucing makin bertambah dan bertambah. Ruang? Dekat porch dah buka 2 sangkar besar, di rumah buka 1 sangkar, di tingkat atas pun ada kucing.
Lagi nak menerima kelahiran yang bakal dilahirkan tak lama lagi ni? Dah sah2 dia akan beranak di rumah aku lagi kan.
Tanpa berfikir panjang aku terus cakap aku nak open adopt kucing bunting ni. Terus aku iklankan dan malam tu juga dapat adopter. Orang dekat2 juga so senang lah dia datang tanpa meredah roadblock di musim pkpb ni.
Semasa dia otw, mak aku tiba2 menentang aku, katanya org tu baik ke jahat ke nak jual kucing ke, penat aku explain padanya.
Aku beri peluang pada mereka pergilah interview adopter tu setibanya dia sampai. Macam2 la soalan yang ditanya, aku tak kisahlah aku beri peluang kan untuk mereka tengok orangnya.
Dan akhirnya kucing itu pun diadopt. Aku siap ambil gambar dia lagi untuk simpanan. Aku pun merasa lega seperti selesai 1 beban. Kenapa aku kata beban? Sebab aku tak suka tengok adik dan mak aku yang tak reti jaga kucing tapi nak jaga juga.
Kebersihan tak dijaga, jadual wakt makan culas, kesihatan taknak dirawat, kebajikan apatah lagi.
Tambahan pula mereka selalu memarahi ibu kucing tu sebab dia kurang faham apa yang manusia cakap mungkin. Selalu panjat grill, tumpang berak di litter box anak2, kencing banyak. Jadi nya dia selalu disepak, dihempuk, diherdik oleh mak dan adik aku.
Kalau mak aku nak keluarkan kereta, nak reverse, kucing tu selalu nak curi perhatian untuk sengaja baring di tepi tayar tu. Lalu membuatkan mak aku naik angin setiap pagi nak pergi kerja.
Jadi aku rasa tindakan aku untuk open adoption tu wajar lah kan. Aku berjaya mencari siapa yang betul2 sudi nak jaga kucing ni bersama anak2 yang bakal lahir nanti.
3 hari telah berlalu. Dan 3 hari ni lah aku tak tenteram. Sebab apa? Sebab mak aku siang malam menangis2 cakap nak kucing tu semula. Puas aku explain adopter tu elok je jaga kucing tu, setiap hari update kat aku, kami memang sentiasa contact.
Tapi mak aku ni sejenis yang over emosi dan memang ini perangai dia yang aku sangat benci. Jenis yang meraung2 tak tentu pasal tu. Dari aku kecil lagi memang dia macam ni, kadang2 kalau bergaduh dengan ayah aku, dibalingnya semua benda, diterbalikkan sofa2, sungguh gila.
Aku sendiri pun tak tenteram dengan perangai mak aku. Bila kucing tu ada, buat macam sampah. Bila dah tak ada tiba2 nak menangis pula? Nak hargai pula? Termasuklah adik aku. Dia kecam aku teruk sebab aku bagi kucing tu pada adopter tu padahal apa salahnya?
Kucing dia sendiri pun tak terjaga tak perlu la nak conquer semua benda di luar kemampuan diri. Nak pergi vet pun kena bebel baru pergi itu pun sekali je, itu pun minta aku bayarkan sebab dalam dompet tak cukup duit, kad debit je ada tapi rejected pulak.
Yelah aku tak claim semula lah anggap jelah sedekah kan. Kebersihan dia sendiri pun tak terjaga apatah lagi kucing2 nya. Bukan banyak pun 2 ekor je. Dia tu mandi pun 3 hari sekali ok tak faham aku. Malam2 tak tidur, dah siang baru tidur sampai malam baru munculkan diri.
Tiba2 adopter tu contact aku meluah dan menyatakan bahawa mak dan adik aku minta semula kucing tu dipulangkan. Aku macam terkejut la what? Aku terus tanya mak aku betul ke dan dia jawab ye. Tiba2 adik aku dah bersiap sambil tanya mak aku on ke tak on.
Maknanya mereka dah berpakat nak buat tindakan ni tanpa pengetahuan aku. Aku tahu pun melalui adopter itu sendiri guys. Aku pun tanya & explain macam2 dkt adopter tu. Adopter tu decide dia takkan pulangkan. Mak aku memulakan drama dan tangisannya.
Seperti mak hilang anak atau bini hilang laki. Macam lah kucing tu diseksa dirogol haih. Aku tak faham kenapa diorang macamni. Bukannya aku berikan pada orang jahat, lagipun mereka buat kucing tu macam sampah. Apalah salahnya aku carikan dia tuan yang boleh terima dia?
Aku pun tak sedap hati, aku ikut juga. Mereka berdua memang nak juga pergi rumah adopter tu malam tu juga. Setibanya disana, mereka tolak aku kedepan suruh pergi ketuk pintu rumah adopter tu.
Eh menyirap pula aku, di rumah tadi bukan main berani dan lagaknya, jalan menuju ke tingkat rumah adopter tu pun melolong laju, dah sampai depan2 aku pula disuruh ketuk.
Yang mereka tu berdiri tercongok menikus ke belakang. Haihh. Aku pun beri la salam beberapa kali dan ketuk pintu. Wife adopter tu yang buka dan jemput kami masuk. Dia cakap kalau makcik nak ambil kucing ni ambil lah, kena lah mengalah dengan orang tua.
Banyak kali dia ulang ayat ni guys. Aku tak tahu apa yang mak dan adik aku whatsapp adopter tu dalam conversation mereka. Mak aku boleh kata takkan 3 hari jaga dah sayang. Bagi aku kita tak boleh cakap macamtu. Aku sendiri rasa kecewa dan malu dengan perangai mak aku.
Aku pun tengok sekeliling rumah tu nampak ok je, aku tengok siap ada tilam khas lagi. Kucing tu tidur dalam bilik lagi.
Ada litter box dekat dapur, ada kotak untuk beranak, ada ayam rebus dekat pinggan. Elok je tengok bukan lah orang jahat kan. Tapi mak aku nak juga ambil kucing tu. Lama juga aku bagi hint2 supaya jangan lah ambil.
Aku banyak mencadangkan supaya kita datang jenguk je sabtu ahad ke kalau rindu. Wife dia siap cakap tak perlu sabtu ahad pun tak apa datang je bila2 sebab dia suri rumah dan tak keluar rumah.
Tapi apa yang aku cakap dan suggest korang ingat dia nak dengar? Semuanya ditentang mentah2 ok.
Dia cuma nak berpakat dengan adik aku tu je. Ok lah aku diamkan diri malas nak cakap apa dah dannnn akhirnya kucing tu diambil semula. Sudahlah tak bawa carrier, adik aku dukung kucing tu macam tu je, mengamuk la kucing tu perutnya diusik macamtu.
Wife adopter tu pun pergi dapur ambil kotak. Tapi kucing tu lompat. Sudahnya adik aku balut pakai sweater dia dan jalan dengan mak aku laju2 sebab konon takut adopter tu balik dan nampak. Sebab dia tak ada guys, dia kerja.
Setibanya di rumah, ayah aku marah kenapa ambil semula kucingnya. Aku cakap la tu ha diorang nak ambil sangat. Ayah aku mengeluh dekat mak aku dan sangat tak setuju. Pertama, sebab kucing dah banyak dekat rumah. Kedua, tak patut buat orang macam tu.
Tapi nak cakap apa lagi kan, kucing pun dah balik semula. Tapi kucing tu jadi aggressive, hissing dekat semua kucing yang ada tanpa henti. Dia menunjukkan tanda2 stress. Mak dan adik aku pun letak dia di dalam sangkar di luar. Buka lagi 1 sangkar di luar guys, rumahku seperti di zoo.
Tak ada ruang untuk lalu lalang muat2 bontot jaa di porch tu. dengan ada motor lagi kereta lagi rumah bukan rumah banglo. Kucing tu bising dan hissing dengan kucing luar pula, dibawa masuk ke rumah semula oleh mereka.
Aku tak mhu ambil tahu aku naik atas dan tidur pandai2 lah mereka settlekan. Esok pagi aku nak pergi kerja, kucing tu meow2 lapar minta makan. Sorang pun tak ada yang bangun bagi kucing makan. Muka ni lah yang asyik bangun pagi bagi kucing makan walaupun nak pergi kerja ni.
Balik dari kerja pula berlambak hingus hijo pula di lantai, bau hancing semerbak tak tahu siapa yang kencing. Aku punya hangin la balik kerja penat2 macamtu. Sah adik aku bawa kucing2 dia masuk ke rumah sampai berhingus macamtu siapa lagi kan.
Tak lama dari tu beranak lah ibu kucing tu. 6 ekor guys. Beranak dimana? Di tepi tv. Kotak letak tepi tv guys. Aku dah cakap jangan letak disitu bising mana ada kucing nak beranak bising2, semua tak endahkan. Penat lah aku nak cakap dah.
Semasa dia beranak pula, adik aku boleh suluh2 dia alahai mana lah boleh buat macamtu. Buatnya dia tak boleh teran kan dah ada komplikasi haih.
Maka keluar lah 6 ekor. Berdarah2 dalam kota tu tak ada siapa pun kemas dan bersihkan. 4 hari kucing tu beranak baru lah adik aku terhegeh nak tukar kain beranak tu dengan kain baru.
Busuk jangan cakap lah. Aku? Memang angkat bendera putih aku terus terang aku tak nak bertanggungjawab pada kucing tu lagi sebab geramkan perangai mak dan adik aku.
Tapi dalam angkat bendera putih aku masih lg beri cadangan supaya alih la kotak tu ke tempat lain nanti dia pindahkan anak2 dia ke tempat lain. Mak aku jawab apa? Tak ada lah elok je di situ. Hmm fine.
Pada suatu hari weh geram aku nak cerita, kucing tu betul pindahkan sekor demi sekor anaknya ke bawah sofa. Aku cakap dah jangan biarkan nanti anaknya kencing berak kat bawah tu.
Mak aku boleh cakap takkan kecik lagi boleh kencing berak. Allahu itu kan benda hidup mestilah kencing berak dah menyusu berkali2 setiap hari. Memang ibu kucing tu akan jilat najis anak dia tapi banyak mana dan sampai bila kan?
Ceritanya lagi gempak, adik2 aku usik dan main anak2 tu. Aku dah cakap nanti mesti dia nak pindahkan naik tingkat atas dekat bahagian ruang tengah. Ada banyak barang terbiar disitu.
Mak aku pun jawab tak ada lah dia dah kemas dan kumpulkan di 1 tempat. Masin mulut aku ni memang kucing tu bawak anak2 dia ke situ ok. Baru lah mak aku marah kucing tu. Ha tak percaya cakap aku kan.
Nak lagi best, dia pindahkan ke bawah katil aku ok. Naik hangin la aku halau dia degil taknak keluar. Menyirap sungguh aku waktu tu. aku geram dengan orang yang pandai melawan cakap dan bodoh sombong ni tak nak ambil tindakan jenis sambil lewa je.
Janji nak jaga betul2 haih. Hidup la mereka sekeluarga di bawah sofa. Aku dah cakap nanti diorang berak kencing bawah ni better pergi angkat ke dalam kotak. Mereka tak endahkan. Sampai lah mak aku balik kerja, tengok ada cirit depan pintu.
Sofa tu depan pintu je. Mak aku pun terus bising cirit siapa ni. Aku diamkan diri aku malas nak argue dengan orang macam ni. Lama kelamaan makin banyak taik cirit bawah tu tapi diorang ni buat2 buta. Anak2 tu pulak dah mula berjalan merayap merata2.
Aku bengang lah weh nasib baik aku tak terpijak. Nak tutup pintu pun nasib baik tak terkepit. Nampak pula ada cirit aku pun apa lagi bising lah cakap berak kat sini la pulak. Mak aku tiba2 menyentap cakap kenapa nak marah itu kan kucing?
Allah memang lah diorang ni kucing takde akal fikiran tapi tuannya mana kenapa nak uruskan? Mula lah dia bebel dekat aku di depan adik aku. Adik aku ni jenis suka kalau situasi macam ni. Dia memang suka menyampuk dan menghangatkan suasana.
Aku jadi geram dengan orang macam ni. Jenis yang diri sendiri kelaut tapi tak sedar diri dan sangat rude. Jenis ayat2 carut tu memang mainan dia. Padahal ni antara mak dan aku yang tengah bercakap tiba2 sibuk pula dia menyampuk lepas tu buat status whatsapp.
Mak aku memang suka menangkan dia. Tapi ayah aku tidak, dia faham aku. Korang faham tak aku kecewa sangat mak aku membeza2kan anaknya. Tapi dia bermatian kata dia tak macam tu.
Tapi sesungguhnya dia tai sedar dengan kelakuan dia. Cara dia selalu nak marah aku depan adik2 aku sambil cakap aku ni kurang ajar dah guriskan hati dia tapi adik aku kalau guriskan hati dia akan minta maaf dan lembutkan semula bukan macam aku. Siap dia tanya aku ni benci dia ke.
Boleh pula dia pernah tuduh aku berpakat dengan adopter tu nak datang culik kucing tu semula sebab kereta sama macam adopter tu pakai parking dan lalu depan rumah padahal bukan adopter tu pun. Sampai dia gertak aku suruh mengaku aku memang betul2 tak boleh brain dengan mak aku.
Aku memang sangat2 stress duduk dalam rumah ni. Aku dah cakap aku nak keluar menyewa di luar sendiri tapi dihalang pula. Kata mak aku apakah orang akan komen bila tahu aku menyewa di luar sedangkan ada keluarga? Alahai aku sangat bencikan fikiran kolot mak aku.
Sangat2 tertekan banyak benda lagi tentang dia. Dia kata dia akan lepaskan aku jika dah berkahwin saja. Habis tu boyfriend aku banyak kali nak berjumpa dia tapi tak diendahkannya. Bagi alasan musim covid tak boleh ziarah rumah.
Aku ni malu tau nak berhadapan dengan boyfriend aku bila dia tanya bila dia boleh jumpa parents aku. Mak aku siap tanya aku lagi boyfriend aku tu nak jumpa tu dah bersedia ke? Alahai mana la sedia lagi dari segi kos tapi salah ke kalau nak berkenalan?
Siap pernah tanya aku dia ada kereta ke kerja apa? Siap pernah bagitahu awal2 yang rm10k tu tak cukup ye. Aku memang kecewa wey ni terjadi masa mula2 dulu la. Sungguh aku down masa tu. Entah nak lepaskan aku kahwin entah tidak.
Maaf panjang sangat. Aku sangat stress. Bagi korang mungkin ni perkara kecil tapi bagiku tidak.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit