Salam… Saya seorang guru dengan tugasan yang sangat banyak tertangguh.
Saya menulis bukan untuk salahkan siapa-siapa, tapi untuk melepaskan tekanan di hati.
Saya rasa sejak saya berkahwin, produktiviti kerja saya menurun.
Sebabnya kami kerap buat hubungan tu. Lepas tu saya rasa letih dan tak mampu fokus pada apa-apa lagi dah. Biasanya kami berdua akan terus tidur.
Esok pagi saya stres sendiri sebab kerja tak siap. Saya stres orang tanya-tanya dalam group. Saya cuba siapkan banyak benda masa waktu sekolah.
Tapi jadual kelas pun dah padat. Banyak benda kena juga buat semasa di rumah.
Saya berkahwin dengan suami setahun lebih dah. Tapi spark antara kami masih sama… sebabnya dia pandai pujuk saya ke arah tu.
Suami saya muda dua tahun dari saya. Jenis happy-go-lucky gitu. Jenis manusia tak ada masalah. Berbeza sangat dengan saya ni. Banyak benda nak kena fikir.
Waktu kerja kami lebih kurang sama ja… waktu kerja dia 7 pagi – 3 petang. Dia kerja di sebuah kilang. Sabtu Ahad dia cuti.
Cuma 6.30 pagi dia pergi kerja dah. Saya biasanya 7 lebih sebab sekolah dekat ja.
Waktu kerja saya lebih kurang tu juga… cuma kadang balik lewat sikit. Dulu saya pernah fikir, nak balik lewat sejam dua untuk settle kerja…
Biasa kalau tak ada meeting ke apa ke, 2.30 habis kerja dah. Tapi saya akan stay sampai pukul 4 ke. Paling-paling 3.30.
Sebab suami 3.30 dah sampai rumah. Apabila dah sampai rumah dia akan text saya.
“Sayang, abang dah sampai rumah ya. Sayang balik pukul berapa hari ni?”
Baca text dia ja saya dah tak keruan. Fikir suami kat rumah sorang. Dia nak makan ke, nak minum ke…
Walaupun suami tahu ja uruskan diri sendiri. Dia nak air ke, nak makan ke… dia tahu ja buat sendiri. Dia tak pernah minta saya buat apa-apa pun.
Tapi entahlah… mungkin saya yang rindukan dia kot.
Ataupun ayat last dia tu seolah-olah satu arahan suruh saya balik ke? Setiap kali baca ayat tu, saya sendiri rasa bersalah… tapi tak tahu kenapa.
Macam ni ke perasaan seorang isteri? Rasa ada tanggungjawab lain yang menanti. Patutlah dulu masa saya bujang, orang asyik bagi kerja kat saya ja…
Kononnya orang bujang tak sama dengan yang dah berkahwin. Mungkin ini maksudnya.
Sebelum balik saya akan bagitahu dia. Apabila saya sampai depan rumah, dia dah buka pintu datang tepi kereta dengan senyuman miang dia tu.
Tolong saya angkat barang semua masih dengan senyuman miang dia.
Suami saya kaki mengusik. Kaki menyakat. Tapi kadang-kadang saya yang sakit hati sendiri walaupun dia tak buat apa pun. Senyuman miang tu dah buat saya sakit hati tanpa sebab.
Selalu saya akan cakap, “Eh tak payah senyum macam tu… menyampah rasa.” Dia akan gelak-gelak ja.
Nanti masuk dalam rumah, dia akan tanya “How was your day?” Saya jawab penat ke, nak berehat ke, nak apa ke.
Saya selalu bercakap dengan nada serius ja. Tak pernah nak lentok ke, manja ke dengan dia. Saya memang jenis serius dan garang.
Tapi dia tetap buat baik ja pada saya… ambilkan air untuk saya… urut-urut bahu saya walaupun saya kata jangan.
Tapi kemudian semua tu berakhir dengan hubungan ranjang. Saya terpaksa akui walaupun rasa malu, benda tu buat saya rasa sangat relaks. Rasa lapang sekejap hati saya.
Tapi saya tak pernah bagitahu dia, dan tak akan bagitahu sampai bila-bila kot… sebab takut nanti makin kuat dia mengusik.
Lepas buat tu, kami cepat betul tidur. Sebab akan rasa sangat mengantuk dan letih. Ye lah, pagi pun kami bangun awal. 5.30 bangun dah.
Petang pun sama. Kadang saya bangun 6 lebih. Kadang 5 lebih.
Biasanya dia akan tidur lagi. Saya akan kelam-kabut nak mandi wajib, nak solat Asar… nak kejut dia lagi.
Saya tak pernah mandi bersama dia macam pasangan lain walaupun dia pernah ja mengajak. Tapi seperti mengusik.
Memang hobi dia mengusik benda yang saya tak suka. Saya pula segan… memang tak mungkin semua tu berlaku.
Kemudian nak fikir nak masak apa… Mujur dia selalu bagi idea… kalau malas sangat dia pergi tapau ja.
Nanti lepas Isyak, dia minta lagi… kadang lepas Maghrib dah minta. Saya kata tunggu la lepas Isyak. Berapa kali nak mandi wajib. Dia akan senyum-senyum. Saja nak bagi saya marah.
Kadang tengah malam 1 ke 2 pagi dia terjaga, dia minta lagi. Tapi saya tak mampu tolak. Macam saya kata, dia pandai pujuk.
Rupanya lepas kahwin, saya pun baru sedar satu benda tentang diri saya sendiri.
Kadang dia tak buat apa-apa pun. Duduk sebelah dia main game, saya buat kerja kat laptop, tapi tiba-tiba saya yang rasa turn on.
Saya pelik dengan perasaan dan diri saya sendiri. Kadang saya sengaja suruh dia duduk jauh. Dia akan tanya kenapa. Saya kata tak ada apa.
Tapi dia kan suka mengusik, dengan senyuman miang tu dia, dia akan tanya, “Rasa stim ke?”
Adoi… stress saya… sebab saya jenis maintain serius dengan dia. Saya ada ego yang tinggi kot untuk benda-benda macam ni.
Saya segan dan malu dengan dia walaupun dah lama bersama. Sampai sekarang pun saya panggil dia “awak, saya” ja. Walaupun dia guna “abang, sayang”.
Saya takut, andai panggilan saya pada dia berubah, sikap dia pun turut berubah.
Saya fikir sebab saya serius garang, dia manja macam ni… kalau saya pun manja gedik macam dia, mungkin dia tak akan suka. Dan mungkin dia pun berubah kan. So better saya maintain macam ni.
Hari tu pergi makan dekat fast food. Tengok menu sama-sama, berdiri rapat-rapat, saya rasa turn on… padahal dia tak buat apa pun kan. Dia fokus tengok menu ja.
Suami jenis suka sembang… sementara tunggu makanan siap, dia khusyuk cerita itu ini.
Walaupun nampak saya fokus pada dia, tapi otak saya dah ke arah lain dah.
Tapi dia tak tahu pun semua tu, mungkin tak berapa perasan sebab saya curi-curi ja tengok bibir dia.
Saya ego untuk cakap semua tu. Malu untuk cakap apa saya nak. Walaupun tak salah pun kan perasaan saya tu. Saya macam ni hanya dengan dia ja.
Tapi saya fikir, saya ke yang kuat nak benda tu sekarang ni walaupun saya tak pernah minta.
Sebab tak perlu minta pun sebenarnya… sehari at least 2 kali confirm dapat. Lepas tu saya akan stress sendiri bila kerja tak siap.
Waktu saya uzur, lagi kuat perasaan saya nak bersama dengan dia tau. Asyik nak mengendeng dengan dia ja.
Lepas tu kalau dia rasa nak, dia suruh layan dengan cara lain… saya rasa nak marah…
Saya rasa tak adil. Sebab dia akan puas, tapi saya masih berperang dengan perasaan sendiri.
Cuti raya baru ni banyak kenduri kahwin. So saya pergi satu majlis ni dengan family saya sekali.
Meja 8 seater. Memang kami 8 orang pun. Suami kira duduk jauh juga la dari saya. Tapi depan saya.
Masa tu ada orang menyanyi kat depan… suami pusing belakang tengok orang menyanyi. Tapi nyanyian orang tu mungkin sumbang, suami pandang depan balik dan spontan terpandang saya.
Saya pun pandang dia juga. Suami senyum, tapi saya faham la maksud dia. Dia senyum sebab dia rasa funny dengan nyanyian orang tu.
Saya tak la senyum. Tapi muka saya mungkin macam smiling face. Tapi maybe ada la beberapa saat kami bertentang mata.
Tiba-tiba adik saya tegur, “Kak Shira tengok Abang Ri macam nak makan ja.”
Terus saya tersentak tau. Suami terus balas, “Dia tak kenyang makan nasi la tu. Makan abang baru kenyang.” Then semua orang gelak. Suami lagi la gelak sakan.
Tapi saya rasa malu sangat. Sebab benda tu tak berhenti di situ ja. Orang asyik mengusik saya suka pandang suami dengan pandangan nakal.
Suami pun naik tocang berganda-ganda usikan dia. “Biasalah saya kan handsome, Kak Shira tak boleh alihkan mata dah.”
Semua orang enjoy dengan usikan tu, tapi saya ja terkulat-kulat macam ayam berak kapur mungkin. Saya pura-pura malas nak layan family dan suami saya.
But seriously saya stress gila. Kenapa? Nampak ketara sangat ke perbuatan saya tu? Padahal saya tak macam tu pun lah.
Saya selalu membalas pandangan mata dia ja. Sebab suami kalau di tempat public, suka pandang saya. So saya macam pandang balik ja lah.
Tapi sekarang rasa macam kena berhati-hati.
Sejak tu saya cuba bersikap protes dan dingin dengan dia… konon tak puas hati. Tapi ye lah, dia tu mana faham perasaan orang.
Saya tengah marah mengamuk pasal isu tu, dia boleh senyum-senyum. Tak pernah ambil serius apa pun. Dia tunggu saya habis mengamuk.
Lepas tu dengan satu perkataan dia, “Sayangg…” terus buat saya terdiam. Ye lah, dia panggil dengan penuh lentok. Lepas tu dia tanya, “Kenapa marah-marah ni?”
Argh stressnya… nak lepas perasaan marah-marah kat dia pun susah lah. Lemah betul iman saya ni.
Suami saya ibarat suka sangat tengok saya marah. Dia boleh duduk satu jam tengok saya mengamuk sambil sengih-sengih macam kerang busuk.
Kadang rasa nak buat dia pula marah… tapi saya tak pernah berjaya. Plus mungkin saya takut juga kalau dia marah. Lagipun muka dia memang tak sesuai langsung kalau marah.
Memang muka dia sesuai miang keladi ja.
Kadang stress dengan diri sendiri. Saya sebenarnya takut untuk menikmati semua kemanisan ni, sebab takut semua ni sementara ja.
Saya takut nak buka ruang tu pada dia, sebab takut dia berubah kalau dia nampak saya macam dah berlembut dengan dia.
Sebab saya tahu, saya dah sangat-sangat cintakan dia, sayang dia dan bergantung pada dia.
Saya takut saya hilang semua tu. Sakit kan perasaan tu… perasaan orang yang kita sayang dah berubah.
Tahu tak kenapa saya menulis kat sini hari ni? Sebab saya bersalah kat dia.
Tadi dia WhatsApp saya gambar lantai rumah dia dah mop. Pagi tadi saya cakap kat dia, “Lantai rasa macam berdebu.”
“Kalau ada masa free tolong mop rumah.” So dia dah buat tadi. Dia ni bagus satu benda, apa kita cakap dia terus buat.
Sebenarnya sengaja bagi kerja banyak kat dia supaya dia penat. So dia kurangkan aktiviti seks. Tapi macam tak ada perubahan pun. Stamina orang muda mungkin. Lagipun kenapa nak salahkan dia, sedangkan saya pun nak sentuhan dia.
Cuma saya dihimpit rasa bersalah. Saya tak hormat dia ke? Saya buli dia ke?
Mentang-mentang dia muda dari saya, saya ambil kesempatan ke? Disebabkan sikap dia pun macam tu. Jenis baik dengan saya, so saya seperti pijak dia ke?
Sekarang ni kerja-kerja sekolah pun dia banyak bantu juga. Benda yang dia tahu… contoh semalam suruh dia edit video.
Tapi satu benda saya terfikir semalam. Ada betul apa yang dia cakap.
Dia nak buat benda tu cincai-cincai ja asalkan siap. Tapi saya tak suka. Sebab tu kualiti kerja saya.
Saya tak suka cincai. Tapi dia cakap, “Kenapa saya nak beriya? Sebab saya kerja kerajaan.”
“Buat kerja ke tak buat kerja ke tetap dapat gaji juga. Bukan orang boleh buang saya semudah swasta.”
Tambahan saya cikgu. Kalau orang nampak kerja saya bagus, orang asyik campak kerja kat saya ja.
Sedangkan orang lain akan tolak kerja dengan alasan tak pandai buat. Kadang-kadang, dalam sektor awam ni kena tunjuk bodoh piang dia kata. Haha.
Baru saya perasan, sekarang penolong kanan letak nama saya untuk tugasan itu ini tanpa tanya saya pun dah. Tak ada perbincangan pun. Terus, “Kerja ni bawah Shira.”
Kalau kita jumpa dia, tetap dia suruh buat… “Kalau nak, lantik assistant siapa-siapa,” dia kata. Tapi arahan tu tak akan tarik balik dah.
Dan, tadi ada meeting pasal majlis Aidilfitri. Actually orang lain kena buat. Tiba-tiba dalam group, orang tu senang ja cakap, “Saya macam tak boleh handle la program ni.”
“Bagi Kak Shira ja la buat. Dia lagi expert benda-benda macam ni. Lagipun dia banyak pengalaman handle program ni.” Penolong kanan pun cakap, “Yes. I also think the same way.”
Bila saya tengok kerja tahun lepas, almost 80% program sekolah aku yang in charge ya.
Okay no more this time… Thank you my husband sedarkan saya. Hari ni hati saya tak ada rasa bersalah pada tugasan sekolah dah.
Yang penting saya sampaikan ilmu pada anak murid saya dengan hati yang ikhlas. Kerja pentadbiran malas nak peduli dah lepas ni. Rasa boleh buat, kita buat. Rasa tak boleh, memang saya tak akan buat dah.
Dah lah saya nak kena fokus pasal pertandingan student saya lagi. Tapi orang atasan tak ambil peduli.
Bab kata suami saya masa edit video penolong kanan berucap, dia kata, “Penolong kanan sayang ni macam syok sendiri ja.”
Hehe…
– Shira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Puan Shira,
Nikmati dan hargailah pasangan hidup sementara dia masih ada di sisi anda.
kekurangan anda dia tampung dengan kelebihannya, kelebihan puan dapat menampung kekurangannya.
Tak sangka benda gini pun orang boleh buat confession. Aku rasa normal je semua org baru kawin pun macam ni. Pergi kerja sekejap rindu, balik kerja rasa berdebar2 nak jumpa, buat hubungan intim sampai 4-5 kali sehari tu normal je org baru kawin. Pantang berlaga terus jadi. Normal sis normal. Benda yang ko nak stress sangat tu
Ingatkan confession pasal lebih kurang confession sebelum ni suami kuat nafsu sampai buat isteri penat dan kacau produktiviti kerja dan isteri tengah consider bagi suami unutk poligami..
Tapi nak cerita si suami yang bunyi macam kuat nafsu sedarkan si isteri jangan jadi rajin sangat kat tempat kerja nanti kena buat semua benda. Lepas tu si isteri dah mula tak stress2 dah pasal kerja. OK faham..
.Cuma tak perlu detailed sangat kot bab2 ke arah atas katil tu.. err nak pitam bace
Nikmati saja masa baru2 kawin tu, kalau nak sweet bagi aje jangan ditahan2. Bila ada anak nanti payah nak jumpa peluang macam itu, letih dan lesu kerana kurang tidur.
Tak malu ke cerita bab dlm kain…
KO nak kongkek 10x sehari pun takda masalah kak asal jgn lupa mandi wajib 10x