Luahan Umum

Aku sebenarnya nak luah umum saja sebab tu aku tulis tajuk tu. Aku ada banyak tekanan tapi aku malas nak cerita kali ni sebab aku tak larat. Lagi aku cerita nanti lagi aku tertekan tapi kalau yang umum ni pun aku tak luahkan, lagilah aku merana sebab tu aku luah juga.

Aku tak tahu nak bagi tahu macam mana. Dari dulu sampai sekarang, setiap kali luah mesti berbelah bahagi,

Sebab yang pertamanya ialah bila luah macam buka aib dan orang dah tahu rahsia aku dan keluarga aku walaupun orang tak kenal aku dekat sini sebab anonymous tapi bila tak luah aku rasa stress, murung dan tertekan.

Sebab yang ke 2 pula bila luah dan dapat kecaman, hati lagi resah dan tertekan. Orang yang membaca selalunya tak rasa macam mana penulis rasa.

Orang selalu bagi tahu biasalahkan sosial media, sesiapa pun boleh luah, boleh bagi pandangan dan bagi kecaman. Orang boleh kata yang kecaman tu ikhlas dan tujuan nak betulkan keadaan, bagi pandangan dan macam2 sebab lagi.

Orang boleh kata yang bila confessor tak tahan kecaman maknanya confessor hati tisu, tak gentle, lembik dan macam2 lagilah.

Bagi aku lah kan kalau kami tak tertekan, tak adalah kami luah dan sanggup bagi orang baca sejarah kisah hidup kami. Walaupun anonymous, kami tetap malu, takut dan sebagainya.

Sebab yang ke 3. Kadang2 bila aku confess ataupun bila aku baca confession orang lain, aku jadi tertekan bila nak kena bagi tahu latar belakang macam jantina, umur, tempat tinggal, kelayakan akademik dan sebagainya.

Aku tahu yang latar belakang tu penting untuk memahami jalan cerita dan ada orang dapat ‘feel’ yang sama bila mempunyai latar belakang yang seakan sama tapi sedikit sebanyak dah jadi ‘clue’ pada pembaca sedangkan ada dikalangan pembaca mungkin dari kenalan kami.

Kalau bukan kenalan sekalipun confession yang ditulis mungkin akan di share, di viral atau di copy paste.

Aku sendiri ada terbaca confession aku di copy paste kan di dalam satu page tu tanpa letak langsung sumber dapatannya di mana seolah2 macam dia yang tulis.

Aku tahulah yang aku tulis tu anonymous jadi dia tak tahu nama sebenar aku tapi sekurang2nya tulislah kredit bawah tu dari IIUM Confession ke.

Lega jugalah hati aku kalau macam tu dari diambil bulat2 tanpa ubah langsung gaya bahasa aku. Memanglah ini bukan tulisan ilmiah tapi tetap kerja2 plagiat tu.

Sebab yang ke 4. Aku ni jenis yang selalu tertekan. Ada saja masalah yang tak kena. Macam aku bagi tahu yang aku tak ada sesiapa yang aku percaya untuk aku luahkan masalah aku jadinya aku pilih untuk luah di sini. Tapi yang menjadi masalahnya korang kisah ke aku luah banyak2?

Aku tahu yang kadang2 orang akan menyampah atau benci seseorang sampai minta admin remove confession seseorang hanya kerana korang yang tak suka dan sakit hati bila baca. Sedangkan yang tertekan tu confessor tapi korang pula yang lebih2 panas hati.

Berbalik pada sebab yang ke4 ni, aku takut kalau aku luah banyak2, korang akan kata aku mengada2, attention seeker, macam aku seorang saja yang ada masalah pula.

Aku juga takut kalau aku selalu luah dengan guna latar belakang yang sama, korang dapat detect aku nanti sebab aku rasa latar belakang aku ada satu ciri unik yang jarang orang ada.

Jadinya kalau aku tulis saja benda tu berulang2 mesti korang tahu aku punya. Contohnya kalau aku bagi tahu yang aku seorang perempuan kulit putih, tinggi 180cm dan berjanggut mesti korang kenal aku kan? Ini contoh saja lah tau bukan betul2.

Sebab yang k e5. Sebab yang ke 5 ni berkait sikit dengan sebab yang ke4 tadi tu. Korang rasalah kan patut ke aku guna satu nama samaran yang sama contohnya ‘Melati Putih’ bagi setiap confession aku?

Tujuan aku bukan apa supaya bila aku tulis nama samaran yang sama nanti korang boleh faham kenapa aku jadi macam tu,

Walaupun aku buat banyak2 confession dengan tajuk yang berbeza sebabnya confession aku bukannya bersiri macam yang orang selalu tulis tu tapi aku lebih kepada ber episode.

Kalau bersiri tu selalunya dari topik yang sama tapi aku cuma dari ‘penyebab’ dan latar belakang yang sama. Maknanya aku kalau boleh nak hantar confession aku sebagai diari aku dan pada masa yang sama dapat baca pendapat orang.

Tapi di sudut hati aku rasa tak sesuai buat macam ni atas sebab takut dikenali tadi tu lah.

Sebab yang ke 6. Salah satu sebab aku takut nak confess ialah gaya bahasa.

Aku banyak baca komen yang kadang2 korang suka kecam gaya bahasa confessor seolah2 confessor kena tulis ayat yang puitis tanpa ada sebarang kesalahan pun macam novel walaupun kalau kami ni tiada kelebihan menulis dan cuma menulis ikut emosi.

Aku faham kalau gaya bahasa yang salah, maksudnya tak sampai tapi bagi aku, confession ni sekadar luahan bukannya cerpen.

Selagi confessor tulis boleh difahami dah cukup baik bagi aku. Lainlah kalau confessor asyik tulis salah ejaan, singkatan melampau, tiada perenggan, tiada noktah atau campur adukkan bahasa kalau yang ni aku pun geram bila baca.

Tapi aku tengok korang suka kecam bila ada orang tulis dengan gaya bahasa negatif, gaya bahasa marah. Bagi aku tak salah dia nak tulis macam tu sebab dia tengah luahkan perasaan, lainlah kalau dia melucah.

Aku dulu pernah tulis dalam keadaan marah sebab aku tertekan tapi antara komen yang aku nampak, salah seorang pengomen kata memang patutlah hidup aku malang. Terus murung aku lepas baca tu. Aku tak salahkan korang nak komen tapi tolong berpada2.

Aku nak bagi cadangan ni, kan elok kalau admin buat satu fungsi untuk hide kan komen2 yang negatif macam censored gambar2 menakutkan tu di ruang komen.

Jadinya kalau confessor sanggup dia boleh baca, kalau tak sanggup dia tak payah baca. Agaknya2 ada ke fungsi ni dalam facebook?

6 sebab di atas tu lah yang membuatkan aku takut nak confess dekat sini walaupun aku sebenarnya selalu tertekan.

Kalau aku confess sebelum2 ni pun mungkin sebab aku dah buntu atau stress sangat. Biasalahlah kan selalunya yang confess dekat sini memang tiada kenalan yang sesuai dan pendengar yang baik untuk diluahkan jadi kami pilih sini.

Sebenarnya sebelum luah ni aku baru saja menangis sebab tertekan dengan masalah aku tapi bila luah ni aku jadi lupa pula tekanan aku sebab sibuk nak menaip.

Akhir sekali aku nak tanya, Talian Kasih tu khas tu luahkan sesuatu yang berkaitan keluarga saja ke? Kalau nak luah masalah dan isi hati boleh ke?

Dia layan tak sebab aku nak luah tentang kehidupan aku macam cara orang bersembang dengan kawan2 adik beradik macam tu? Nanti dia ambil butir diri ke sebab aku kalau boleh nak rahsia?

Kalau situ boleh luahkan macam2, tak perlulah aku luah di sini nanti dah.

Ada ke talian2 lain terutamanya untuk luahkan perasaan dan tekanan mental selain Talian Kasih sebab buat masa ni aku memang tak boleh nak jumpa mana2 psikatri atas sebab2 tertentu. Aku kalau boleh nak berkongsi masalah secara menaip sahaja.

Lagi satu Talian Kasih ni memang akan menyelesaikan masalah orang ke? Kalau boleh aku tak nak dia selesaikan masalah aku, aku nak dia dengar luahan aku saja.

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *