Luahan Untuk Si Ipar Bongsu

Assalamualaikum semua. Nama aku Nur. Dah  7 tahun kahwin mempunyai sepasang anak yang comel.

Suami anak yatim piatu. Mempunyai 2 orang adik dan seorang abang.

Adik dua-dua perempuan (berlainan bapak), tak kahwin lagi. Yang kakak masih belajar di ipt, yang bongsu baru habis spm. Yang aku nk cerita ni pasal si bongsu.

Ye, aku bukan la seorang kakak ipar yang baik untuk mereka. Aku akui. Tapi aku sangat tak puas hati dengan adik suami aku yang bongsu.

Bukan dari mula tak suke, tapi selepas apa yang aku lalui. Ceritenye berpunca begini.

Aku dulu rapat dengan dia. Sayang sangat. Aku menatang dia bagai minyak yang penuh sebab dia jadi anak yatim piatu masa dia umur 10tahun. Kalau orang tengok muka dia, memang sangat kasihan.

Memang muka minta di belas. Termasuk aku. Lepas kahwin, kami tinggal berempat dalam rumah pusaka arwah ayah dia.

Sepanjang hidup bersama, mcm biase je horay-horay berempat, pergi mana-mana berempat..

Mase berdua dengan suami hanyalah dalam bilik kami, tu pun kadang-kadang dorang mai join sekali tidur dalam bilik kami (kekadang je).

Aku masih lagi ok.. Honeymoon pun tiada.. Takpe, aku ok sebab sayang sangat dekat husband aku, so automatik akan sayang family dia tambah-tambah dorang baru je kehilangan mak tercinta.

Setelah berbulan dekat kampung, aku dengan suami masih lagi tidak mempunyai kerja yang tetap, kami akhirnya nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki yang baik.

Tinggallah adik-adik dia di kampung bersama abang sulong dan kakak ipar mereka yang lagi sorang.

Pada suatu hari, aku dapat tahu yang si bongsu ni ade masalah disiplin dekat sekolah. Kena gantung sekolah dll.

Hmm. Suami aku ambik si bongsu pindah sekolah dekat tempat tinggal kami. Stay dengan kami.

Mula-mula ok la attitude dia, suruh pape ok je.. Kena suruh baru rajin.  Lama kelamaan, dah keluar dah sifat remaja dia yang ingin mencuba sesuatu yang baru, ‘culture shock’ dan suka memberontak.

Aku dengan emosi tak stabilnya jaga rumah tangga, jaga anak-anak yang masih kecil 2 orang, 24 jam dekat rumah. Perasaan aku sedikit tercalar dengan tindak tanduk dia dekat rumah nie..

Ye, aku pun pernah remaja, aku paham sangat ape yang dia rase.

Aku berkomunikasi dengan dia memang sangat lemah lembut, aku taknak dia tersentap dengan cara teguran aku. Tapi, tak jalan weh…  Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

At last, bukan aku yang hasut, suami aku terpaksa tukarkan balik si bongsu ni bersekolah di kampung dia semula sebab nak elakkan dia daripada terjerumus dengan lebih teruk di sini..

Susah kalau tiada pengawasan dari ibu bapa sendiri, setakat abang dan kakak yang tegur, apala sangat. Dorang berani melawan.

Kehidupan dia kampung, macam biasa lah mula2 ok.. At last dia tunjuk balik taring dia dengan perangai suka memberontak dia tu. Aku dapat info pun daripada biras aku yang jaga dia.

Biras aku dengan laki dia pun surrender dengan perangai si bongsu nie.

Kami menegur bukan nak kongkong, kami pernah remaja. Kami terlebih dulu makan garam dari kamu. Dia keluar dengan lelaki, balik malam-malam.

Bergambar rapat-rapat dengan lelaki. Pergi pulau dengan bukan mahram.

Kami menegur, tapi dia terus hanyut dengan tindakan dia. Fikirnya, kami mengongkong kehidupan dia yang memerlukan kasih sayang dan tempat mengadu.

Sampaikan ayat terakhir dia kepada abang sulong, “jangan masuk campur dalam kehidupan aku”. Sejak itu, abang sulong dia sentap teruk dengan dia. Langsung tak bertegur sapa.

Sekarang, dia dah habis spm. Katenya nak datang ke Kuala Lumpur cari kerja sementara tunggu result. Kerja apa? Pengasuh budak emak kepada kawan dia.

Dia minta izin suami aku, suami fullstop tak bagi. Dah faham sangat perangai adik dia. Sekarang aku tengok profile picture dia dekat contact wasap suami dah tak ada. Dah delete no suami aku kot.

Aku sebenarnya “cannot go” dengan perangai dia. Ibarat, ko dengar boleh kata-kata dia, percaya jangan. Kena siasat.

Satu lagi, dia jenis yang suka jadikan orang lain sebagai mangsa untuk meraih simpati dia. (kami semua pernah terkena)

Aku selalu berdoa, Semoga dia dapat hidayah. Berdoa untuk Tuhan hilangkan perasaan busuk hati aku juga, supaya aku lupakan semua perbuatan buruk dia  dekat kami.

Semoga dia cepat tersedar dengan tindakan dia selama nie yang banyak melukai hati ramai pihak yang sayangkan dia. Nak dia jadi manusia berguna.

Wahai si bongsu, kamu masih muda, banyak lagi dugaan dan ujian yang terpaksa kamu tempuh di dunia ni.

Larang bukan kongkong, bukan benci, tapi nakkan yang terbaik buatmu.

Dengarlah kata orang-orang yang tua darimu kerana kami terlebih dahulu merasai kepahitan dalam kehidupan. Kalau lah masa dapat diputarkan.

Terima kasih. Segala kecaman diterima.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *