Luahan Wanita Akhir Zaman

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih admin sekiranya luahan ini disiarkan.

Saya Mawar (bukan nama sebenar), berumur awal 20an. Saya asal sekolah menengah agama, habis SPM saya sambung belajar bidang agama dan menghafal Al-Quran 30 juzuk.

Sedikit cerita ketika zaman belajar sekolah menengah dulu, saya memang seorang yang aktif persatuan, kepimpinan dan pertandingan-pertandingan melibatkan pentas. Maka saya dikenali oleh guru-guru dan pelajar.

Saya masih ingat ketika saya memegang jawatan sebagai ketua Naqibah disekolah dan Biro kerohanian di asrama.. Banyak kenangan yang pahit saya lalui.. Saya hanyalah menjalankan amanah yang diberikan tetapi saya dibenci oleh segolongan pelajar.

Pelajar menganji*g ketika saya sedang beri tazkirah didalam surau. Menangis saya di depan semua pelajar kerana terluka dengan sikap individu tersebut. Saya kejut pelajar solat subuh berjemaah, tetapi dimarahi sebab menganggu tidur mereka.

Saya ajak pelajar yang melepak di dalam kelas untuk solat waktu zohor tetapi dijeling dan di umpat belakang. Belum kira ada yang tipu ambik wudhuk selepas itu pergi duduk dalam tandas sampai solat dah selesai baru keluar,

Ada juga waktu saya ajak pelajar baca al-mulk di surau selepas prep tetapi mereka dengan sombongnya tidak hiraukan saya dan pergi naik ke bilik dan pelbagai ragam lagi.

Seterusnya ketika saya sambung belajar selepas SPM, Alhamdulillah saya berada di circle yang sangat baik. Kesemua pelajar disana adalah huffaz. Maka suasananya sangat ikhtilat, surau sentiasa hidup. Sahabat-sahabat yang positif.

Disana ada ketenangan dan kehidupan yang berlandaskan Al-Quran. Di sini banyak kenangan indah saya bersama sahabat seperjuangan saya.

Untuk makluman pembaca, saya seorang yang tidak pernah bercouple, tidak berteman dengan lelaki kecuali bermesej urusan penting dan bertujuan.

Bukan tidak ada yang datang namun saya tidak mahu ketenangan dan kebahagiaan yang Allah beri untuk saya ditarik semula, untuk pengetahuan pembaca saya tidak merasa tenang bermesej dengan lelaki.

Sebelum ini saya pernah juga, awalnya mereka bermesej urusan penting tetapi lama lama bila dah nampak ke arah lalai. Saya akan stop. Saya tidak kisah jika mereka tidak suka saya kerana saya strict. Itu memang prinsip saya.

Pernah kawan saya tanya, adakah saya tidak ada perasaan untuk bercouple, berteman dengan lelaki. Jujur saya cakap memang tiada. Sebab saya dah cukup rasa bahagia dengan adanya Allah sampai saya rasa tak perlu kasih sayang lelaki yang tidak halal dalam hidup saya.

Kawan saya tak percaya saya cakap saya memang rasa bahagia dan sangat tenang. Saya hanya senyum. Saya wanita normal yang menjaga diri untuk jodoh yang terbaik dari Allah, waktu saya sudah bersedia pasti Allah hadirkan.

Sejak dari dulu hingga sekarang, saya tetapkan dalam hati saya untuk yakin dengan Allah, Allah is the best planner.

Alhamdulillah sehingga harini saya mampu menjaga kehormatan saya, solat saya, pengisian hidup saya, semoga Allah kurniakan saya sifat istiqamah untuk kekal dalam keadaan ini.

Namun pastilah ada ujiannya juga, betapa saya merasa sedih, kecewa, dan berdosa dengan diri saya kerana setelah saya memasuki dunia kerjaya saya tidak mampu menegur orang yang melakukan dosa dihadapan mata saya.

Lemahnya iman saya kerana hanya mampu berdoa, sedangkan Allah beri ilmu, untuk saya cegah kemungkaran.

Golongan orang yang saya temui itu adalah orang yang tidak solat, tidak berpuasa, melakukan kemaksiatan secara terbuka, dan suka mengumpat.

Salah satunya pernah saya terserempak dengan roommate saya, beliau berada di mall bersama tunangnya tetapi berpegangan tangan. Beliau juga solatnya hanyalah sebulan dua tiga kali.

Alhamdulillah bab aurat beliau jaga kerana sentiasa pakai khimar atau tudung labuh, kadang sampai kelutut, jubah besar2 beliau pakai. Tetapi alangkahnya indahnya jika beliau turut menjaga solat dan ikhtilatnya.

Ya Allah maafkan hambamu ini kerana terlalu lemah imannya hanya mampu berdoa setelah melihat kemaksiatan tersebut.

Saya tidak rapat dengan beliau. Beliau lebih tua dari saya kerana itu beliau meletakkan gap, beliau banyak buat hal sendiri dan bersikap tertutup walaupun saya sebilik dengannya. Borak kalau saya tanya sepatah jawab sepatah.

Paling saya sedih ada juga orang yang saya kenali sejak beliau masih umur 20 sekarang dah nak 30 tapi masih tak solat. Saya kecewa dengan diri saya kerana hanya mampu berdoa untuk mereka kembali ke jalan yang benar.

Hari ini saya masih lemah, tidak mampu berdakwah dengan lisan. Semoga suatu hari nanti Allah berikan kekuatan untuk saya berdakwah dengan lisan walaupun dicaci dihina seperti mana kuatnya Rasulullah SAW menyampaikan dakwah.

Saya juga menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idola saya untuk menjadi muslimah sejati.

Setelah melalui sedikit pengalaman ragam manusia di alam kerjaya, saya membuat keputusan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan pengetahuan. Sekarang saya sedang berusaha untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih semua pembaca kerana sudi membaca luahan saya yang masih jagung ini. Doakan saya dapat sambung belajar dan menjadi manusia yang bermanfaat untuk Ummah.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semoga Mawar kekal istiqamah.. akak pun macam Mawar juga dari zaman sekolah hingga
    uia suka amar makruf nahi mungkar dan tidak berkomunikasi dengan orang lelaki ajnabi. Kalau ada pasangan yang bercinta/bercouple memang akak akan tegur sama ada berdepan atau bersurat (dengan ayat yang baik). Pada non muslim memang nak sgt ajak diorang masuk Islam.. Habis uia alhamdulillah berkahwin dengan lelaki yang memang tak dikenali, dan hanya bercinta selepas kahwin. Tapi bila dah berkahwin dan ramai anak, kurang masa untuk beribadat sperti zaman single dulu. Sedih dengan diri sendiri.. Akak doakan Mawar istiqamah sebab bila dah berkeluarga dan berkerja, susah untuk kita istiqamah beramal.. semoga Mawar sentiasa bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *