Assalamualaikum admin. Saya ada sedikit luahan & ini pertama kali saya beritahu benda ini secara details @ public. Btw saya kenalkan nama saya sebagai Amy.
Hmm.. First of all, kejadian ini berlaku pada 12 tahun lepas tapi saya masih ingat apa yang berlaku. Masa tu saya masih di sekolah rendah dan menduduki darjah 4.
Boleh dikatakan pada awalnya memori kanak-kanak saya waktu itu sungguh bahagia, saya ada kawan yang rapat & saya dapat socialized dengan baik. Tapi segalanya berubah sejak kejadian ni menimpa saya.
Ketika itu saya sedang beratur di luar kelas bersama rakan sekelas utk menulis nama atas borang (saya tak ingat borang apa). Ketika itu bercampur lah barisan murid lelaki & perempuan semasa beratur kan..
Saya tak pasti puncanya macam mana tetapi pada waktu tu ada budak lelaki kacau/usik saya sampai saya marah dia tapi tak ingat sebab apa (yelah kejadian jadi 12 tahun lepas kan..)
Selepas saya marah dia, saya pikirkan dia dah berhenti kacau saya & kembali beratur macam biasa,
Tiba-tiba…. Saya rasa macam ada tangan yang meraba dekat belakang saya. Bahagian punggung. Tangan tu terus pegang tepat dekat bentuk punggung saya.
Saya terkejut. Kaku. Dan perasaan yang terus terlintas waktu tu ialah. Malu.
Saya terus pusing belakang saya nampak classmate saya lelaki (tapi bukan budak yang kacau saya) saya tanya lah dia kenapa kau buat macam tu. Dan dia cakap budak lelaki yang kacau saya tu pegang tangan dia & buat pegang punggung saya.
Maksudnya budak lelaki yang kacau saya awal2 tu, pegang tangan sorang budak laki ni, & buat dia pegang bontot saya.
Waktu tu saya rasa malu sangat rasa nak nangis. Saya masih ingat muka budak lelaki yang pegang tu dengan yang kacau saya. Walaupun masa tu masih budak tapi geram ya Allah.
Saya tak berapa ingat apa yang telah terjadi selepasa itu. Tetapi seingat saya, saya macam ada bagitahu cikgu.. Ataupun kawan saya ada tolong bagitahu cikgu.
Tapi cikgu takde buat apa2 pun. Cikgu buat tak tahu je. Entahlah saya tak ingat sebab saya malu gila. Dahla satu kelas tahu. Mereka semua ejek saya. Lagi2 budak lelaki mengejek saya nangis sebab ada orang pegang bontot.
Bila teringat balik, waktu tu saya memang tak tahu nak buat apa bila berdepan situasi macam ni. Bayangkan budak sekolah rendah mana tahu apa2.
Mak saya pun tak pernah ajar apa saya patut lakukan bila berdepan situasi macam tu. Of course lah saya tak pernah cerita langsung benda ni dekat parents sampai sekarang.
Sejak dari kejadian tu perangai saya terus berubah sampai sekarang. Mula2, saya jadi sangat rebellious kerana saya ingin semua orang takut dekat saya supaya jangan ada orang kacau @ pandang rendah kerana saya tak mahu berdepan situasi yang memalukan.
Kesan daripada perangai nakal saya tu, kawan2 mula menjauhi diri daripada saya. Bagi mereka, saya macam budak jahat. Saya rasa sangat sunyi waktu itu sebab saya tak ada kawan yang rapat untuk saya ceritakan masalah diri sendiri
Dan perangai saya berubah ketika masuk sekolah menengah. Saya jadi sangat pendiam. Saya fikir waktu tu lebih baik saya berubah supaya saya dapat ramai kawan. Tetapi sebaliknya terjadi..
Saya dipulaukan & dibuli kerana perangai saya yang pendiam malah tak reti melawan. Dan adalah lagi masalah yang buat saya depressed sangat. Sejak dari tu saya benci dengan zaman sekolah. Tak ada satu pun kenangan yang baik. Sampai saya cuba nak bunuh diri.
Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah. Walaupun kejadian ni dh berlaku lama sangat tapi kesan dia sampai sekarang masih rasa. Saya tak tahu lah ada orang akan baca ke tak luahan saya ni sampai habis.
Apa yang membuatkan saya nak cerita ni sebab saya rasa depressed sangat. Saya nak jadi happy, saya nak diri saya yang dulu. Bagi dua orang budak laki yang buat macam tu kat saya.
Saya takkan maafkan. Sebab mereka takde pun mintak maaf kat saya & mereka masih hidup bersenang lenang sekarang, entah2 tak ingat pun apa dia pernah buat dkt saya masa dia kecik dulu..
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit