Luahkan, Jangan Pendam

Hi, nama aku Nurha. Aku tertarik dengan luahan mengenai sepupu bertopeng syaitan.

https://iiumc.com/sepupu-bertopeng-syaitan/

Aku tak nak mukadimah yang panjang-panjang. Aku just nak share. Mungkin apa yang aku sampaikan ni boleh buka mata untuk orang ramai.

Aku ada terbaca orang yang komen mengenai Ahmad yang si pelaku tu umur masa tu baru 13 tahun (tingkatan 1).

Ada yang cakap Ahmad pun masih muda dan tak tau apa-apa.

Stop la nak cakap macam tu. Kesian dekat tt. Sebab aku pun pernah kena macam tt kena. Cuma, aku baru sedar bila masuk umur 16 & 17 tahun.

Ya, zaman aku dulu tak banyak pendedahan pasal s3ks. Berbanding dengan zaman sekarang.

Nak-nak lagi, aku kena dari darjah 1 – 4. Setiap kali balik kampung. Sampaikan aku takut kalau tiap kali cuti sekolah.

Apa yang tt rasa, aku pernah rasa. Cuma, aku pilih untuk berdiam diri.

Kalau orang cakap kenapa diam? Sebab, dulu aku takut, bodoh. Takut nak beritahu mak ayah tentang benda ni.

Yela, budak-budak lagi time tu. Bila kena, nak buang air pun rasa sakit.

Dan, perlu ke aku bagitau sekarang? Sedangkan, aku dah 34 tahun.

Aku rasa tak perlu. Sebab sepupu aku tu dah berkahwin. Dah ada ramai anak pun. Dan mak cik aku (mak kepada sepupu aku) pun dah meninggal.

Bila masuk umur dah 20, 30 tahun, aku just cuba untuk lupakan.

Tiap tahun raya, aku tak bertegur sapa dengan sepupu aku.

Orang mungkin akan cakap aku bodoh. Ya, memang aku bodoh. Sebab aku tak nak hubungan adik-beradik ayah aku musnah.

Aku tak nak sebabkan benda ni, semua akan bermusuh. Yela, bila dah masuk 34 ni, buat apa lagi nak kenang kisah lampau walaupun benda tu jijik.

Sekarang, aku cuma berdoa supaya sepupu aku jadi seorang ayah yang bertanggungjawab.

Janganlah apa yang aku kena jadi dekat anak-anak dia. Sesungguhnya, budak-budak yang belum baligh, tak ada dosa.

Berbalik kepada adik yang menjadi mangsa tu, jangan jadi macam aku. Just diam, pendam. Mungkin boleh lagi dibendung kalau beritahu parent.

Benda ni sebenarnya makan dalam. Kalau adik orang yang positif, boleh melupakan ok.

Kalau benda ni bawa kepada dendam satu hari nanti, baik LUAHKAN, JANGAN PENDAM!

Dan, untuk yang cakap si Ahmad tu masih lagi muda, tak tau apa-apa, stop la. Budak lelaki yang darjah 6 pun dah baligh cepat sekarang.

Nak-nak lagi, darah tengah panas, semua benda nak cuba.

Kadang, terpengaruh dengan kawan. Kadang, mak ayah tengok movie english yang ada aksi-aksi yang sepatutnya anak-anak tengok.

Tolonglah mak ayah, pantau anak-anak anda. Kesian dekat anak-anak. Sekian sesi luahan. Thanks kalau ada yang sudi baca.

From,

– Nurha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *