Luar Ok, Dalam Tak

Assalamualaikum sahabat2.

Kali pertama nk luahkan apa yg dh terbuku kat hati ini.

Ocd – obsessive compulsive disorder. Kalau ikut apa yg aku faham sebab aku bukan doktor, istilah ni untuk penyakit orang yang tak boleh tengok benda bersepah sana sini, persekitaran tak bersih. Benda ni yang aku alami dan hadapi sekarang. Aku dah berkahwin, disebabkan aku tak mampu nak kawal ocd aku, aku dan suami selalu bergaduh sebab aku tak suka tengok benda sepah sana sini. Aku anggap suami aku tak faham aku dan tak kesiankan aku sebab penat mengemas. Contoh, kalau lapik kaki senget sikit kat lantai dapur, aku direct je sound suami aku bab tu. Bengang la suami aku tu. Sebab dia sengetkan lapik kaki, teruk aku membebel marah dia. Terukkan aku? Sofa beralih, siapla suami aku kena bebel. Lama lama suami aku tension. Mujurla dia jenis yang sangat cool dan sebagai anggota badan beruniform, dia pun dah immune dengan makian. Aku dah alami penyakit ni dah bertahun sebelum aku kahwin, benda ni tukar aku jadi seorang yang sangat rajin mengemas dan pembersih tapi dalam masa yang sama boleh transform aku jadi manusia pemarah kalau suami aku/adik beradik sepahkan rumah. Adik aku kat kampung pernah kena tampar dengan aku sebab tak kemas bilik dia bila aku balik kampung dan spotcheck bilik dia. Rasa bersalah dengan adik aku, tapi aku stress tengok bilik sepah kotor sana sini.

Penatnya hadap benda ni Allah sahaja yang tahu. Disebabkan aku ni sakit mata tengok barang dalam rumah berhabuk, aku rela tidur lambat setiap malam. Sebelum tidur aku akan lap2 habuk dengan wet tissue baby dan pembersih habuk. Aku penat sangat, tapi selepas buat perasaan lega tu datang. Lega sangat sangat.

Lagi satu, aku ada satu fobia. Fobia pada benda yang sempit dan gelap. Mula2 aku ingat benda ni normal, tapi lepas aku search kat fb, memang ada fobia untuk tempat yang gelap dan sempit – claustrophobia namanya. Pakar pakar medical tolong betulkan aku kalau silap. Aku pernah trapped dalam lif selama 5 minit, lif tak boleh buka, mujur lampu lif masih ok, tiba tiba aku jadi sesak nafas macam nak semput. Dalam masa yang sama aku berdoa cepatla lif ni buka. Sama jugak dengan drive lalu kat terowong, aku akan elakkan, sebab aku cuak bila lalu tempat sempit dan tertutup. Suami aku pernah sound aku, dia cakap kalau mati nanti camna? Aku diamkan aje. Kalau pegi keje atau pegi mana mana buliding yang perlukan aku naik lif untuk sampai ke satu satu level, aku sangat cuak dan takut. Kepala otak aku asyik fikir adakah lif ni tiba tiba akan rosak, lampu lif terpadam, takde sapa sapa nak tolong aku.

Aku tak pernah share hal ni dengan family aku, tapi aku rasa family aku perasan lama dah. Aku kadang kadang kesiankan family aku lebih lebih lagi suami aku, sebab apa yang aku alami ini selalu buatkan aku jadi manusia pemarah dan stress dengan suami dan finally kami kerap bergaduh, bukan sebab suami aku curang, tapi sebab suami aku tersepahkan rumah.

Setakat ni aku belum nak pegi jumpa pakar kaunseling, cuma aku tengah usaha nak kawal diri aku dengan penyakit ocd dan penyakit takut gelap dan sempit ni.

Mohon jangan kecam aku. Ini bahagian dan ujian untuk aku yang Allah dah tetapkan untuk aku. Aku masih berusaha untuk kawal diri. Aku cuma manusia biasa. Mohon pendapat sahabat sahabat yang mungkin hadap benda yang sama.

– semoga kita semua dipermudahkan urusan..

– Isteri normal tapi macam tak normal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit