Hai semua, maaf kalau tulisan aku berbunyi entah apa-apa. Aku bukan jenis yang pandai bercerita, bercakap pun jarang. Aku nak minta padangan.
Aku masih ada seorang opah (mak kepada ibu aku). Sejak arwah atuk meninggal 10 tahun lepas, opah tinggal dirumah anak-anak secara rotation. Balik kampung hanya waktu raya sahaja atau waktu rotation.
Opah ni kiranya mudah jaga. Siapkan air teh o dan nasi putih ikan masin seekor pun dah cukup. Lauk lain dia rejek tak nak makan. Air kosong lagi la dia tak nak minum.
Aku yang cucu ni yang risau sebab opah dah tahap 4 buah pinggang rosak, tambah penyakit lain lagi. Hidup bergantung pada ubat.
Nampak macam senangkan kutip pahala? Opah hanya makan, tidur seharian. Umur baru pertengahan 70an. Kadang aku lupa ingatkan umur dah cecah 90an dari gaya bahasa tubuh dan pembawakkan opah.
Kenapa aku tanya lubuk pahala ke lubuk dosa? Ibu, abah, kakak dan adik lelaki bekerja seperti biasa. Opah hanya nampak aku wfh dan adik student saja kat rumah 24jam. Tapi kami pun busy urusan sendiri.
Tiap pagi sebelum mula kerja, aku/ ibu akan prepare air teh o panas dalam satu jug dan ikan masin untuk opah letak atas meja makan. Nasi saja tak hidang awal sebab opah makan nasi panas saja. Kalau opah nak makan nanti baru dia panggil.
Bermula fasa aku melenting sebab aku dan adik student dah jaga siang hari, mengharap penghuni rumah lain jaga malam hari pulak. Tapi sorang pun hanya pandang sepi. Langsung buat opah tak wujud.
Opah ingat kami yang 24 jam dirumah takde urusan sendiri. Tiap kali nampak muka/ dengar suara kami mesti panggil suruh urut dia.
Ibu? Jangan bagi ibu uruskan opah. Kami anak-anak yang sakit telinga dengar bebelan ibu tak henti. Urut opah 5 minit saja pun. Sekolahkan opah yang lama. Dah la suara sekuat-kuatnya macam kawal 100 murid kat dewan perhimpunan.
Opah kalau ikut umur masih muda, masih boleh uruskan diri sendiri. Mandi sendiri, berjalan, cuma solat saja kena duduk atas kerusi sebab sakit lutur.
Tapi malas opah ni meletihkan mental. Sepanjang hari tidur, kena kejut bangun untuk makan/ mandi. Kena paksa untuk solat. Kadang dia tak bangun walau kena kejut macam mana sekalipun untuk solat.
Tapi kalau sebut pasal makan, panggil nama sekali saja dah bangun. Bab solat paling “liat”. Ada saja alasan sakit, tak larat. Padahal bangun duduk pegi toilet, makan laju saja.
Time nak dekat maghrib dia akan tidur sampai ke isyak. Lepas tu bangun untuk minta makan dan urut belakang mengadu sakit sendi. Setiap hari.
Kalau waktu siang, time dia tak tidur, dia akan merungut “Ya Allah, kenapa tak larat sangat ni. Kenapa sakit belakang sangat ni.” Meminta untuk cucu-cucu urut belakang. Lepas tu sambung baring/ tidur.
Dengar saja orang masak kat dapur, keluar suara happy tak sakit tanya “masak apa tu?”.
Bab makan tak pernah lupa. Siap marah aku kalau lambat masak/ hidang makanan kat dia. Tapi bab ubat yang dah 10 tahun makan tiap hari tu dia buat-buat lupa.
Malasnya opah kalau boleh dia tak nak berganjak dari tempat tidur (depan tv ruang tamu). Air/ makanan/ ubat semua kena hulur kat tangan.
Jangan harap dia nak bangun sendiri ambil padahal semua dah hidang atas meja makan. Dah habis minum/ makan, akan paksa aku ambil bekas dia bawak masuk dapur. Walhal nanti dia akan menyusul basuh tangan jugak.
Opah takut gelap, tidur nak kena ada lampu. Takut sakit, kalau rasa tak selesa sikit saja mengomel tak henti. Takut mati tu lagi la… Tapi dia tak takut Tuhan.
Takkan la tiap kali waktu aku dan ibu kena bebel cerita azab kubur ? Tapi hanya bebelan ibu saja buat opah bangun dan solat. Tapi satu waktu tu saja la. Kadang dia tak buat pun. Duduk dan termenung, lepas tu sambung tidur.
Aku jenis mulut takde insurance. Dengan sapa-sape saja aku boleh tembak kalau aku rasa tak betul. “Ibu, opah ni ada saka ke sampai malas teruk macam ni?”
Kadang aku pasang zikir kat tv, opah suruh tutup sebab ulang benda yang sama saja. Zikir kan kalau sejam tu memang ulang ayat yang sama saja.
Kadang aku pasang surah harian, dengan harapan opah ikut sebab bila aku suruh baca Quran alasannya mata dah kabur. Tapi tahu-tahu opah masuk tidur siap berselimut.
Tapi !!!! Kalau aku bukak lagu sepanjang hari, lagu yang sama berulang, dia tak tegur pun bosan ke suruh tutup ke. Kalau buka cerita Pramlee lagi la dari awal sampai akhir boleh tengok. Tak tidur pun takpe.
Tiap hari ibu tanya aku, “kakak, apa yang kita buat ni berdosa ke? Marah-marah opah. Kita ni dapat pahala ke dapat dosa jaga opah ni?”
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit