Assalammualaikum semua. Apa khabar Ramadhan anda semua tahun ni? Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.
Hari tu, masa aku cakap telefon dengan emak aku, emak ada cerita tentang ‘Lubuk Emas’. Cara aku dengan mak, memang kami masing2 lepas dengar ceramah agama, selalu la share input ceramah yang ada, ‘sharing is caring’ kan.
Aku pun tertanya la, apa lubuk emas tu mak.
“Adik, Ustaz tu kata, Bulan Ramadhan ni lubuk emas adik, tinggal kat kita je ni nak ke tidak kaut emas emas tu. Bayangkan adik, pahala melimpah limpah, tinggal kat kita je ni ha nak buat ke tidak ibadah wajib dan sunat semua tu”.
Emas tu memang aku rasa perbandingan yang paling sesuai la, sebab korang semua pun tahu kan, pahala amalan wajib berganda, pahala amalan sunat jadi sama dengan pahala amalan wajib, bak kata orang, memang patut dijadikan Ramadhan ini pesta ibadah dan jadi medan latihan untuk kita buat amalan sunat supaya dapat diteruskan dalam bulan bulan lain jugak.
Tersentap jugak la aku dengar mak cerita tu, sebab tanpa aku sedar dalam bulan Ramadhan ada je rasa nak buat benda lagha. Tapi memang betul la, benda kalau tak sampai ke jiwa , tak dihargai dan tak difahami betul2 kita takkan pernah hargai bulan Ramadhan tu sendiri.
Aku selalu baca novel Contengan Jalanan Karya Hlovate, setiap kali sebelum nak masuk bulan Ramadhan. Sebab utama dia adalah aku suka baca macam mana Fend dan Chad habiskan masa diorang berpuasa kat luar negara yang sebenarnya semangat menyambut Ramadhan tu beribu kali meriah dari semangat nak sambut Syawal. Tapi tak boleh miss part teresak jugak la setiap kali baca kisah diorang. Nak tahu kenapa boleh teresak? Boleh cuba baca sendiri dan alami.
Aku harap Ramadhan tu bukan sekadar jadi satu budaya dan setakat jadi bulan yang korang cuma berlapar dahaga. Moga moga kita semua dapat memperbaiki amalan dan membuat pecutan ibadah terakhir di malam 10 Ramadhan ini. Kalau boleh tumpu betul betul nak capai redha Allah dan malam Lailatul Qadar. Moga Allah redha dengan kita semua, aamin ya rabbal alamin.
Semoga aku, kau dan kita semua dapat kaut emas banyak banyak dan tak sia siakan setiap nafas Ramadhan ini. Allahuma barikk..
Semoga berjumpa di Syurga Firdausi Al-A’la kawan kawan Insyaa-Allah.
“You know what is the hardest parr about Ramadhan is?
It is not about the long hours of fasting, the attemps of memorising Al-Quran, the standing in Taraweh prayer or even staying up for qiyaam.
The hardest part is realising that we are our biggest enemy. Acknowledging that our nafs is stronger than we think. It’a a very tough and bitter pill to swallow, to know that that we slip in temper, our impatience and laziness in ibadah , is not bacause waswasa, but rather it’s our ownself and the evil that has built with us.
Terima kasih sudi baca moga bermanfaat :)
– Maryam Khadijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit