Luka Dan Parut

Assalamualaikum and good day. Terima kasih admin kalau confession(?) aku ni terpilih. Topik ni agak sensitif bagi masyarakat kita. Aku boleh expect mungkin ada yang akan kecam aku, dan mungkin ada yang bagi nasihat suruh aku tabah.

Sedikit pasal diri aku, aku bukanlah pelajar UIA. Aku anak bongsu drpd 4 beradik, dgn 1 kakak dan 2 abang. Jurang umur aku dgn abg sebelum aku jauh berbanding dia dgn yg atas dia.

Suicide and depression. Dua benda yg memang tak boleh dipisahkan. Aku bukanlah clinically proven mengalami depresi, tapi kebanyakan simptom aku ada. Hilang minat pada sesuatu benda, insecure, dan banyak lagi. Aku sebagai Muslim sedar, bunuh diri tu dosa besar yg tak terampun. Of course lah kan, dah mati, nak taubat pun tak boleh dah.

Aku tak adalah sampai tahap attempt suicide, cuma setakat ada suicidal thoughts. Kalau aku nampak bangunan tinggi, aku bayangkan diri aku dekat rooftop bangunan tu, dan terjun. Kalau nampak benda tajam, aku bayangkan benda tu toreh urat darah aku. Dan banyak lagi. Tak payah kut cerita detail.

Aku start rasa “numb” dengan segala benda sejak form 3. Aku mula skip sekolah, stop buat kerja rumah (macam2 alasan aku reka utk selamatkan diri aku), berkurung dalam bilik (keluar cuma bila perlu), dan aku jugak ada kawan imaginasi. Yep, aku cakap sorang2, gelak sorang2. Kalau aku 3 tahun, logik, tapi aku form 3. Mungkin sebab aku lonely? Around masa tu jugak, aku punya perangai berubah. Ya, aku perasan aku berubah. Aku mula jadi panas baran, demanding (aku lupa perkataan melayunya apa), aku mula tinggikan suara walaupun benda tu hal kecil, walhal dgn parents aku sendiri. Rasa bersalah yg amat, tapi ego aku terlampau tinggi utk aku minta maaf.

Pernah sekali, aku bergaduh teruk dgn mak aku. Tak perlulah aku detailkan kisah tu. Tapi pergaduhan tu agak lama. Dalam 2 minggu jugak baru okay. Dipendekkan cerita, lepas kes gaduh tu, aku punya “will to live” memang hilang, lesap. Dan ya, aku ambik jalan mudah; self harm. Aku start toreh tangan aku. Tak dalam, tapi cukup untuk keluarkan setitis darah. Kadang2 tak berdarah pun. Sampai lah aku tengah form 5, aku carry rahsia aku sebagai self harmer sorang2. Of course, aku cuba berhenti. Longest streak of being clean aku 6 months, sebelum aku triggered semula. Benda simple pun boleh trigger aku. Tambah pulak aku student target masa tu. Bayangkan, pressure utk dptkan yg terbaik drpd kawan, cikgu, even keluarga. Kadang2 family aku banding aku dgn kakak aku. Masuk form 5, aku terkantoi dgn tak sengaja oleh kawan aku. Aku biasa pakai baju lengan panjang utk tutup kesan luka tu. (Luka tu ada dekat dgn belah dalam siku aku). Tapi haritu panas, aku lipat lengan baju aku dan kawan aku ternampak. Aku kata, kucing cakar. Dia cuma “hmm, okay” walaupun dia buat muka tak percaya. Aside from cutting, aku akan luah apa aku nak buat pada badan aku dalam kertas. Lukisan dan penulisan. Dan kawan aku ni pernah/selalu nampak hasil luahan aku walaupun aku bagi alasan aku cuma reka. Mungkin sebab tu dia tak percaya aku kata kucing cakar.

And one day, mak ayah aku gaduh teruk, dah lama dah dorang selalu gaduh, tapi malam tu teruk sangat. Aku triggered dan aku start cutting semula. Tapi sungguh aku tak tahan, dan aku ended up cut dalam sampai darah actually mengalir. “I want to die, but I’m scared.” Lebih kurang gitu lah keadaan aku malam tu. Aku chat kawan aku, dan bagitau dia segala yg jadi dgn bunyi parents aku gaduh sebagai background. Dan dia somehow berjaya pujuk aku utk fikir straight.

Aku janji dkt dia utk stop cutting. And I did, till again, aku triggered.

Aku rasa dah panjang sangat ni. So straight to the point je lah. dekat sini aku nak bagitau, bukan semua self harmer bukan attention whore yg dicanang2 dkt beberapa page fb. Aku sendiri, sebolehnya tak nak sape2 tahu aku cut. Kenapa? Sebab parut, luka tu semua merupakan “demon” dalam diri aku. Kelemahan aku. Mustahil aku nak orang tahu.

Aku selalu tengok orang yg bagi komen pasal depression and suicide ni. Dia ada pattern.
1. Sabar/tabah.
2. Ingat tuhan.
3. Gila.
4. Bodoh.
5. Pergi mati.

Bagi aku,
1. Kalau tak ada perasaan sabar dan tabah dalam diri, mungkin ada yg hilang nyawa.
2. “Numbness” tu buatkan diri rasa tak nak buat apa2. We need someone to lead us.
3. Come on, kita dah dalam abad 21, depression bukan kegilaan. Google.
4. Yep, bodoh. Tapi kalau dah benda macam tu je yg put us at ease, nak buat macam mana?
5. Tahu tak, kata2 macam tu lah buatkan kitorang rasa lagi teruk?

Tu je kut drpd aku. Dah banyak aku melalut. Kalau korang nak, or admin approve, aku boleh detailkan kisah hidup aku yg tak seberapa ni.

Maaf kalau ada terkasar bahasa dan bahasa aku tak sedap dibaca. Aku tak biasa menulis luahan perasaan aku dgn bahasa melayu. Assalamualaikum and good day.

– Ray

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit