Luka Di Hari Raya

Assalamualaikum wbt… Hi semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri… maaf sekiranya penulisan dan penceritaan aku kurang bagus.

Aku salah kan diri aku sebab aku sendiri yang gagal untuk mencipta kebahagiaan diri aku.

Tapi di hati kecil aku masih terkesan dengan semua yang aku lalui dari aku kecil sampailah ke tua bangka ni, terutama hari raya,

Ibu selalu salahkan aku, sebab aku tak berubah tapi aku diam je dan memendam rasa.

Walaupun keluarga aku kecil, tapi aku teringin waktu raya bergambar hari raya bersama ibu, takda baju raya baru pun, baju lama pun aku dah bersyukur.

Aku teringin nak buat kuih raya dan masak masakan hari lebaran bersama ibu.

Tapi ibu sentiasa bermasam muka pada anak. Dan suka tunjuk emosi seperti diam, tidak mahu berbual dengan anak, merancang untuk buat kuih apa, masak apa?

Mohon maaf di hari raya? Jauh sekali sebab memang tidak pernah.

Memang aku tiada kenangan raya bersama ibu.

Aku rasa ibu tidak hargai aku dan ibu tidak manfaatkan anak perempuan sebaiknya sebab ibu memang tak suka masak. Ibu tidak banyak ajar aku. Aku pun seperti anak anak yang lain.

Aku teringin ibu tahu kuih raya kesukaan aku masakan raya yang paling aku suka seandainya ibu tahu dan ibu memasaknya untuk anak dari dulu alangkah indahnya pengalaman raya aku.

Biarlah aku masak kan untuk ibu. Tahun depan.

Aku tahu kita tidak boleh ubah seseorang tapi kita kene ubah diri dengan redha dengan sikap, perangai dan perbuatan ibu pada aku, walaupun hati aku terluka terlalu dalam.

Tahun ni rasa sangat luka.

Kawan kawan ibu sama umur macam ibu boleh je masak, buat kuih raya kesukaan anak, masak dan memberi pada kawan.

Kalau banyak duit beli je tapi kalau masak kan lebih berbaloi sambil eratkan hubungan ibu dan anak.

Sekiranya aku ada anak perempuan kelak, aku akan jaga anak aku semampu dan sebaik mungkin,

Aku nak anak aku lebih baik dari aku, aku akan bagi hak anak aku seperti kasih sayang. Aku tak kan abaikan anak aku.

Apa pun yang ibu aku buat pada aku, aku berdoa semoga aku tak buat macam tu pada anak aku sebab aku taknak anak aku jadi macam aku.

Cuma, aku terkilan 1, aku dah ajak mak su aku raya pertama dengan kitaorang tapi dia beri alasan kucing dia siapa nak jaga?

Tempat tinggal dia pun area selangor dalam setengah jam atau 1 jam dah sampai.

Bila susah cari ibu aku mintak tolong jadi gerento viva, mak cik aku beri alasan tak boleh datang sebab dah kawin.

Ipar ibu, mak long dah berkahwin tapi boleh je balik kampung dengan adik beradik.

Mak long balik kampung raikan hari raya dengan adik beradik walaupun ibu dan ayah mak long sudah tiada.

Mak su patut hargai dan hormat ibu selagi ibu masih hidup. Mungkin bila ramai di rumah emosi mak saya lebih stabil.

Sekian.. Terima kasih sudi membaca..

– Zila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *