Luka Di Hati Bertambah

Assalamualaikum pembaca semua.

Hi, saya Mio, harini saya nak berkongsi atau lebih kepada meluah kan apa yang saya rasakan, kerana saya memilih medium perkongsian disini adalah sebab saya tak ada teman yang saya ingin kongsikan.

Saya tidak mahu memberatkan dan menambah keresahan kedua ibu bapa saya dengan perkongsian mengenai apa yang saya rasa, kalau boleh biarlah ibu bapa saya melihat saya dengan baik-baik sahaja.

Perkongsian cerita disini adalah bukan untuk membuka aib sesiapa tapi disinilah medium perantaraan antara pembaca maya yang saya lihat dapat meminjamkan bahu dan telinga untuk saya dan dapat memberi sarnanan dan pendapat yang baik.

Saya mulakan kisah luahan hati saya. Pertama sekli saya merupakan seorang isteri dan mempunyai seorang anak. Saya merasakan sedih kadang-kadang melihat nasib saya sendiri, bukan kerana apa, tapi saya ini bagaikan tempat dia bergantung dari segi kewangan,

Bukanlah saya tidak ingin menolong suami, tapi menolongnya bagaikan macam terlebih, seperti dia bayar kereta, bil tel, undi (roadtax), dan Loan Asb dan yuran taska.

Terkadang ade je lebih baki gaji, sungguh berat bagi dia nak bagi sedikit kat saya, saya selalu jugak tekankan untuk saya (nafkah) tak ada ke?, dia hanya jawab gaji tak cukup.

Saya tak pertikaikan lagi, tetapi bila gaji saya selepas tolak komitmen ade sahaja yang masih belum cukup, saya kena bahagikan duit makan minum saya, suami dan anak.

Pakaian saya dan anak, saya juga kene pikirkan dan tambahan yang tidak dijangka jika sekolah ada mengadakan apa-apa aktiviti. Segala apa2 tambahan barang rumah saya juga yang provide.

Lepastu dia seolah beraksi yang dialah provider dalam keluarga ini di depan ibunya(Mertua saya), jika keluar bersama mereka suami suka kerana dia tak keluarkan duit dan saya pula ada sediakan duit sekiranya anak saya nak beli sesuatu atau makan sesuatu,

Kadang mertua bayar makan minum tetapi seakan diperli semacam kami tak ada duit nak belanja, tapi suami bertingkah semacam tak ada apa-apa, saya rasa nak menangis bila dibuat begitu seolah saya ni miskin tak ada duit.

Perkara yang lain yang menjadi berbekas di hati saya, suami cuti dapat dua hari dalam seminggu, saya pula 1 hari dalam seminggu.

Saya selalu berpesan pada suami manfaatkan 1 cuti untuk tolong saya kemas rumah, tapi kadang dia tak kemas, kalau kemas hanya pada tempat ruang tamu sahaja kerana di situ terdapat perhiasan mainan yang dia minat dan kumpul jadi rasa patut kemas situ sahaja,

Jika ada barang-barang di atas meja ruang tamu, dia hanya meletakan barang tersebut di dapur tanpa susun.. Selepas kemas tidak lah rasa ringan tulang untuk buang sampah.

Saya kadang menyuarakan tentang isu bersih-bersih dan kemas rumah, tetapi seolah-olah dia pikir saya menekan-nekan diri dia untuk melakukan pekerjaan tersebut,

Saya bilang pada dia kerja-kerja kemas rumah sama-sama lah kita buat, saya cuti pun saya buat jugak. Tapi saya hanya banyak makan hati sahaja bila bercakap dengan dia.

Seterusnya pula jika membabitkan hal mertua, saya melihat suami ni jenis suami yang tak lindung isteri bila mana mertua (MIL) membebel, tidak puas hati mengenai hal rumahtangga kami,

Dia seakan membisu dan membiarkan sahaja apa yang diperkatakan mertua, dan kesalahan tersebut terlihat seakan benar pula, saya amat geram sangat-sangat.

Mertua pula sering kali sibuk ingin mencampuri urusan keluarga kami, apa yang saya buat dan lakukan mertua nak kena tahu, apa yang kami lakukan jika cuti sama, mertua nak kena tahu pergi kemana, buat apa,

Dan seringkali nak kena pergi ke rumah mereka yang sangatlah dekat dengan rumah kami, bila saya hendak balik ke rumah ibu bapa saya, dipertikaikan oleh mereka mengapa balik sana kerap,

Demi Allah saya balik ke rumah ibu bapa saya boleh dihitung dengan jari kadang dalam 3 bulan baru saya dapat balik sekali, mesti para pembaca pelik kenapa saya jarang balik.

Saya tak tahulah suami saya ni berat mulut ke apa, kalau nak dengar dari mulut dia ajak balik rumah mak saya sangat lah susah, serigkali saya yang buka mulut ajak balik,sebab saya dah terlalu rindu kerana jarang bali.

Tetapi jika rumah mertua yang sekangkang kera tu bila mertua ajak tidur sana secepat kilat suami ajak tido sana.

Sedih saya memikirkannya, kadangkala bila suami kerja saya seyap-senyap bawa mak ayah saya pergi makan untuk melepaskan rindu saya pada mereka, bukan apa jika saya bawa suami pun saya yang kena keluarkan duit.

Pasal anak saya pun sedih, sebab suami ni seorang ayah, sangatlah susah dia untuk menjaga anak sendiri, sepertimana saya maklumkan saya cuti hanya dapat 1 hari sahaja berbanding suami yang dapat2 cuti dalam seminggu iatu di hari minggu,

Kalau saya bekerja mesti suami nak bawa anak ke rumah mertua dan tinggalkan anak disana dia pulang ke rumah.

Saya bising dekat suami janganlah tingalkan anak selalu di rumah mertua, dia bolehkan jaga?, jawapan yang diberikan kepada saya “ibu nak jaga, tak percaya saya jaga risau”,

Bagaimana lah mertua tak pikir begitu dia tidak menampakkan usaha nak menjaga anak, memanglah mertua jaga, yang dia tahu balik dari hantar anak ke mertua, dia main game dan tidur seolah-olah dia bujang.

Kalau saya kerja pagi, saya akan siapkan anak saya mandi dan bagi makan, tetapi bila suami hantar ke rumah mertua ketika saya pulang kerja, kesian saya tengok anak saya masih berkeadaan sama seperti pagi saya tingalkan, tidak mandi.

Saya harapkan suami, suami harapkan mertua, ke hujungnya saya kena selesaikan semua, kecik hati saya melihat tingkah laku suami dan mertua.

Bila saya tegas kata ke suami tidak perlu hantar ke rumah ibu dia, macam-macam alasan di bagi, kata mertua bising tak hantar, kenapa bising? Sebab mrtua sendiri tak percaya anaknya tak boleh jaga anak sendiri.

Sekarang, suami sering melakukan” Silent Treatment” bila mana, kemahuan atau kehendak dia saya tak dapat penuhkan.

Contohnya hari ini saya di “silent treatment” oleh suami kerana semalam saya terlupa untuk kejutkan dia dari tidur kerana dia ada berpesan untuk bangunkan dia dari lena sekejap,

Pada masa yang sama saya bekerja, waktu sepatutnya saya kena bangunkan dia, saya terlupa kerana waktu itu saya sedang menelefon bank, dan ia memakan masa yang agak lama, jadi saya lupa, suami menelepon saya dan memarahi saya kerana lupa bangunkan dia,

Saya terkejut dan meminta maaf kerana saya betul-betul lupa, hairan dia tidak set jam di telefon ke pada masa yang sama,maka jawapannya tidak hanya harapkan saya untuk kejutkan dia.

Ketika balik rumah dia terus mendiamkan diri, saya sangatlah sedih, besar ke salah saya disebabkan saya lupa bangunkan dia dari tidur saya dapat layanan macamni. saya sangat teramat sedih sehinga hari ni.

Banyak lagi perkonsian saya, tapi cukuplah sekadar sampai disni, saya ingin menyatakan sebenarnya banyak lelaki yang baik diluar sana dan saya tak dinafikan..

Jika seorang lelaki yang akan mendirikan rumahtangga atau pun sudah menjadi suami, jadilah lelaki yang terbaik untuk isteri dan bakal isteri anda, Insyaallah bila mana anda melayan isteri anda dengan baik, maka balasan yang terbaik dapat diberikan oleh seorang perempuan bernama isteri.

Terima kasih kerana meminjamkan bahu dan telinga kepada saya wahai pembaca sekalian.

– Mio (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *