Assalamualaikum Terima kasih admin sekiranya sudi siarkan confession ini.
Confession ini sekadar meluahkan apa yang sekian lama aku pendamkan. Rasa terpanggil bila baca confession pasal Bukan Sekadar Isteri (https://iiumc.com/bukan-sekadar-isteri/).
Mungkin kisah aku agak berbeza.
Aku kenalkan diri serba sedikit. Aku Nana. Telah berkahwin lebih kurang 10 tahun, mempunyai 4 orang anak.
Suami aku, aku kenalkan sebagai Reez. Kami berkahwin suka sama suka. Confession ini berkisar kisah aku dan Reez.
Tak lama selepas berkahwin dan ada seorang anak, ada waktu tu kami terpaksa menetap di rumah parents untuk sementara. Jadi lebih kurang beberapa bulan masa stay rumah parents ni, aku perasan Reez banyak spend masa dengan handphone.
Masa ni aku terfikir okey mungkin sebab takda apa nak buat sangat kat rumah parents kan so banyak tengok handphone saja lah. And takde apa2 yang memusykilkan aku pun. Semua macam biasa kecuali, hubungan kami, aku kira dah tak macam masa awal perkahwinan.
Tak, aku dan Reez pun memang bukan jenis romantik2 or yang sweet2 terlebih ni, kami memang biasa2 saja. Rumahtangga kami elok saja tak berantakan pun. Tapi entahlah, aku rasa macam terjauh sikit tautan hati kami. Huhu.
Tak lama tu, aku mengandung anak no 3, dan pindah masuk rumah baru. Alhamdulillah. Okey kisah baru bermula selepas dah masuk rumah baru. Yang mana kami dah start duduk sendiri dengan anak2.
Boleh kata, kami tengah adapt dengan situasi baru. Yelah sebab sebelum ni pjj hanya jumpa hujung minggu. Lepas tu duduk rumah parents, lain. Now, dah duduk sendiri dan ada ruang sendiri.
Masa ni, aku dah rasa lain. Walaupun everyday aku dan Reez berbalas wassap(masa waktu kerja) tapi still, lain. Aku rasa macam aku jauhhh sangat dengan Reez. Hati aku rasa jauh, walaupun Reez depan mata aku.
Reez masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan sebagai ayah dengan baik. Reez still tolong buat kerja rumah, tolong jaga anak2. Cuma sebagai isteri, aku rasa aku terabai.
Bila Reez bercakap dengan aku, aku rasa nada nya keras. Tak ikhlas. Rasa macam dia tak suka aku.
Kalau aku tersalah cakap sikit, dia akan badmood or tertinggi suara. Kadang2 macam mendengus atau mengeluh. Kurang eye contact.
Sentuhan apatah lagi. Aku rasa macam susah betul Reez nak pandang aku. Bila bercakap tu, tak pandang aku pun. Kadang mata dekat handphone, kadang dekat tv. Kadang aku bercakap pun dia macam malas nak layan. Its obvious.
Aku pula jenis cepat terasa hati tapi selalunya memang tak luahkan pun. Pendam sendiri. Jarang merajuk sebab Reez memang takkan pujuk pun. Entahlah. Masa ni aku rasa macam Reez dah tak suka aku. Macam dah bosan pandang muka aku.
Apa yang dia buat dalam rumah ni hanya untuk penuhi tanggungjawab dia sebagai ayah kepada anak2 kami. Lepas dia tolong urusan rumah, dia akan menghadap phone/tv. Everyday.
Dan masa ni aku banyak terasa hati. Aku sedih dengan keadaan yang macam ni. Aku rasa hubungan macam ni bukan hubungan yang sihat.
Banyak menangis dalam diam. Hubungan suami isteri juga sangat jarang2.
Terlalu jarang sampai aku terfikir Reez ni memang dah taknak aku ke?
And bila fikir saja, aku akan nangis. Aku betul2 rasa sunyi. Rasa unwanted, unworthy and rasa tak disayangi langsung.
Aku tak rasa aku melebih atau menggedik nak perhatian tapi jujurnya, memang aku sangat2 perlukan perhatian Reez. Banyak masa yang aku terfikir benda tak sepatutnya sampai satu tahap aku pernah fikir, buat apa kalau berkahwin tapi hubungan yang macam ni.
Kalau nak menghadap phone saja, baik tak payah ada isteri. Kahwin saja la dengan phone tu. Daripada aku makan hati setiap hari, baik lah berpisah.
Ya, sampai tahap tu aku fikir sebab entahlah. Aku betul2 rasa jauh sangat.
Reez pula masa ni berkepit dengan handphone 24jam. Kalau aku ambil sekejap phone dia, tak lama tu dia akan minta semula. Sesuatu sangat tapi aku tak pernah fikir apa2 pun.
Sampai satu masa ni, aku betul2 rasa macam benda ni tak boleh dibiarkan. Boleh mental aku kalau hari2 nangis fikir benda ni. Tapi dia elok saja tak tahu pun kesakitan aku masa ni. Bila ada ruang, aku bagitau Reez (melalui wassap) yang aku rasa jauhhh sangat dengan dia.
Rasa macam dah tak sama macam dulu. Rasa macam dia tak sayang aku. Reez hanya jawab takde apa2 pun. Aku bagitau Reez mungkin sebab terpisah tempat tidur (sebab masa ni kami tidur dengan anak2). Boleh tak lepas ni kita arrange supaya kita asing tempat tidur dengan anak2?
Reez setuju. So lepas tu, kami usaha asing tempat tidur dengan anak2. Tapi still, aku rasa lain. Still rasa jauh.
Reez masih kurang eye contact dengan aku. Masih bercakap dengan nada tak sepatutnya dengan aku. Masih ayat2 yang tak sedap didengar. Dan aku? Masih makan hati, terasa hati. Masih menangis.
Aku tak minta pun cakap sweet2 ke apa. Aku just rasa I deserve better treatment from my husband.
Aku doa tiap2 hari Ya Allah, bantu lah aku. Kasihanilah aku. Aku sayang Reez sangat2. Perbaikilah rumah tangga kami. Satukan lah semula hati kami. Tautkanlah semula kasih sayang kami. Hanya Engkau pemegang hati kami.
Masa ni, aku bergantung harap semata dekat Allah. Aku tahu takde sapa boleh tolong aku selain Allah. Huhu. Aku solat hajat setiap hari. Ya Allah, jika aku salah, ilhamkan aku untuk berubah. Jadikan aku isteri yang disayangi.
Sungguh, aku rindu sangat dekat Reez. Aku rindu hubungan rumah tangga kami yang dulu. Aku rindu rasa disayangi oleh Reez. Aku rindu nak gelak bergurau dengan Reez. Walaupun Reez depan mata aku, aku rasa macam ada dinding besar yang menghalang kami.
Sampailah ada satu hari, Allah nak tunjuk. Aku terbaca msg perempuan dekat handphone Reez. Hanya 1 saja msg tu “I busy tadi. Esok I text you ok”
Allah.. hanya Allah saja tahu betapa hancur remuk nya hati aku masa tu..
Terjawablah doa aku masa ni. Air mata aku deras mengalir. Aku panggil Reez and minta dia explain.
Reez kata takda apa2. Kawan biasa. Tak selalu msg pun. Dia yang text perempuan tu dulu just random saja2.
Allah. Masa ni aku hilang kata2. Reez yang aku kenal bukan macam ni. Reez yang aku kenal bukan jenis melayan perempuan tak tentu pasal.
Reez yang aku sayang bukan jenis suka text perempuan suka2. This is another side pasal Reez yang aku tak pernah tau. Aku tak pernah terfikir pun Reez kategori lelaki macam ni. Allah..
Aku boleh terima seribu kekurangan Reez. sebab aku yakin aku pun banyak kekurangan. tapi kalau melibatkan perempuan lain, sungguh.
Aku tak kuat. Aku menangis beberapa hari. Masa ni Reez peluk aku, bagitau yang takda apa2 pun. Dia janji takkan msg perempuan tu lagi.
Dia delete no perempuan tu depan mata aku. Entahlah. Aku menangis lagi. Remuk. Hancur. Sakit.
Sebab ni rupanya aku rasa jauh.
Sebab ni rupanya aku rasa suami aku tak sayang aku. Allah..
Dalam aku tak move on tu, aku berbaik juga dengan Reez. Walaupun hati aku sakit, aku cuba ubat sendiri. Aku sedapkan hati sendiri, mgkn ada kekurangan aku di mana2. Aku kena usaha lebih untuk rumahtangga ni. Jujurnya, aku masih sangat2 sayangkan Reez.
Aku takut Reez tinggalkan aku. Aku takut kalau Reez pandang perempuan lain lebih cantik dari aku. Aku insecure. Aku takut kalau Reez nampak perempuan lain lebih menarik dari aku.
Hari2 aku kelam. tapi depan Reez, aku berlagak biasa. Sekurangnya dia tahu, Allah tunjukkan hal ni dekat aku. Kalau tak, memang aku tak tahu Reez ni orang yang begini.
Beberapa bulan berlalu. Hubungan aku dengan Reez, ada improvement sedikit. But still, aku masih terasa hati. Masih makan hati dengan nada suara Reez bila bercakap dengan aku.
Masih rasa jauh kadang2. Menangis? Masih kerap menangis bila teringat hal tu. sebab aku betul2 rasa dikhianati Reez. Reez, masih banyak dengan handphone dan tv.
Doa aku masih belum putus. Hati aku belum betul2 tenang. Aku terganggu. Aku insecure. Kdg2 aku rasa dia masih ada msg dengan perempuan lain.
Aku doa almost tiap hari.
Ya Allah bantu lah aku ya Allah. Tunjukkan lah aku kebenaran ya Allah. Bantulah rumahtangga kami.
Sekiranya Reez masih berhubungan dengan wanita lain pada kadar yang tidak sepatutnya, kau tunjukkan lah ya Allah andai itu yang terbaik untukku. Kau ilhamkanlah aku dengan perkara dan tindakan yang betul.
Walaupun aku berdoa setiap hari, jauh disudut hati aku, aku takut kalau betul Reez ada berhubungan dengan perempuan lain. Aku takut kemungkinan2 yang terjadi. Aku sayangkan Reez.
Aku sayangkan rumahtangga ni. tapi aku pun sayang diri aku jugak. Aku tak layak dikhianati macam ni. Aku setia dengan Reez selama ni, aku tak rasa aku patut dibalas macam ni.
Dan, untuk kali kedua. Allah tunjukkan lagi. Tanpa sengaja dan tanpa aku duga. Sekali lagi aku terbaca conversation Reez dengan perempuan. Kali ini, conversation yang lebih panjang. Sekali lagi, hati aku remuk seribu.
Conversation diorang taklah seteruk sehingga ke tahap maksiat berat, tapi apa yang aku baca tu, cukup untuk meruntuhkan tembok kepercayaan aku terhadap Reez selama ni.
Cukup untuk hancurkan hati aku sebagai isteri. Jadi betul lah, terjawablah kenapa Reez tak perlu perhatian aku selama ni. Sebab dia mengharapkan perhatian perempuan lain.
Aku? Menangis lagi. Aku tak tahu nak buat apa masa ni. Aku tak tahu samada aku nak confess dengan Reez pasal benda ni atau nak buat tak tahu.
Aku buntu. Esok nya, Reez ada event besar dan aku tahu, kalau aku terus confess pasal benda ni, confirm Reez akan terganggu. Aku menangis semahunya. Aku sendiri tak tahu perlu bagitau Reez atau tak.
Balik dari kerja, Reez seperti biasa. Dia bercerita pasal event dia esok. Aku pandang muka Reez.
Allah, kalau Kau tidak tunjukkan, memang aku tak terjangka Reez seperti ini. Aku tatap muka Reez dalam2. Ini lelaki yang aku sayang sangat. Reez.. kenapa awak tipu saya. Kenapa awak khianati saya.. Aku terus masuk ke bilik air. Habiskan air mata aku. Aku kena kuat.
Malam itu, sewaktu tidur, aku baring sebelah Reez. Aku menangis dan bagitau, aku teringat pasal dia msg perempuan dulu tu (masa pertama kali aku tahu). Aku menangis semahunya. Aku bagitahu yang hati aku remuk sangat2.
Walaupun hakikatnya remuk kali ini lebih dalam, aku pilih untuk tidak bagitahu Reez yang aku terbaca conversation dia siang tadi.
Aku taknak Reez rasa bersalah dengan aku. Aku tahu Reez akan terkejut dan malu sangat2 kalau dia tahu aku baca conversation tu. Aku takut kalau Reez rasa aku dah takkan percayakan dia lagi lepas ni.
Aku taknak Reez rasa macam tu.
Malam itu berlalu macam tu saja. Reez tenangkan aku. tapi aku perasan, mungkin dia pelik kenapa aku boleh bercakap pasal hal ni tiba2.
Esok nya. Lepas habis event Reez.
Selepas anak2 tidur, aku ajak Reez berbual.
Kali ni, bukan berbual biasa. Niat aku, aku nak luahkan semua yang terpendam dalam hati aku selama ni. Aku nak Reez tahu apa yang aku nak dalam perhubungan ni, So malam tu, aku luahkan semua isi hati aku pada Reez.
Aku bagitahu Reez tentang apa yang aku rasa, apa yang aku takut, apa yang aku harapkan dari perkahwinan ni.
Ini kali pertama aku luahkan semua selepas beberapa tahun kami kahwin ni. Aku bagitahu yang aku tak suka hubungan yang dingin macam ni. Aku bagitahu yang aku rasa tak disayangi.
Aku bagitahu yang aku nak perhatian dia. Aku nak dia sentuh aku. Aku bagitahu yang aku nak rasa yang aku ni penting dalam hidup dia.
Aku nak dia jaga aku. Aku bagitahu yang aku bukan sekadar ibu kepada anak2 kami, tapi aku juga isteri dia, jadi aku selayaknya dilayan sebagai seorang isteri. Aku nak rasa disayangi, nak rasa dikasihi.
Aku taknak dia pandang perempuan lain selain aku. Aku bagitahu yang aku nak jadi isteri yang disayangi suami, isteri yang dapat redha suami. Aku bagitahu Reez yang aku nak jadi isteri yang dia sayang, yang dia rindu, yang dia nak peluk cium selalu.
Aku nak jadi isteri yang dia cari waktu dia ada benda happy nak cerita, atau ada benda sedih nak cerita. Aku nak jadi isteri yang dia selesa untuk ceritakan pasal apa-apa pun. Aku nak jadi isteri tempat dia mengadu, tempat dia bermanja.
Aku bagitahu yang aku insecure dengan tubuh badan aku, mgkin aku ada kurangnya selepas 4x mengandung dan bersalin, aku bagitahu yang aku insecure sebab mungkin aku tak pandai bergaya macam kawan2 perempuan dia yang lain.
Malam tu, macam2 yang aku luahkan pada Reez. Tentang kekecewaan aku terhadap dia, harapan aku tentang rumah tangga ni, dan pujuk rayu aku sebagai isteri yang sah dan wajar dikasihi. Aku tanya Reez, part mana yang dia nak aku improve.
Aku sedia untuk improve diri aku untuk dia. Aku sudi berubah ikut yang dia mahu selagi aku mampu. Aku bagitahu Reez yang aku sayang dia sangat2 dan aku takut kalau dia tinggalkan aku.
Sedikit sebanyak, aku lega. Aku luahkan semua, kecuali tentang conversation text yang aku baca hari sebelum itu.
Mungkin jauh di sudut hati aku, walaupun hati aku remuk seribu, aku masih mengharapkan sesuatu yang positive dalam hubungan kami.
Dan, aku harapkan yang postive itu datang berdasarkan apa yang aku luahkan pada Reez malam tu. Aku taknak Reez berubah sebab rasa bersalah pasal conversation tu. sebab bagi aku, kalau berubah sebab bersalah selepas aku tahu, itu bukan sebetulnya berubah kerana hati.
Mungkin berubah sementara kerana dah ketahuan.
Jadi, aku putuskan untuk kekal rahsiakan pasal aku terbaca conversation tu.
Aku luahkan isi hati aku semua tu, sebagai effort dan usaha aku untuk pulihkan rumahtangga ni. Untuk pulihkan kasih sayang Reez terhadap aku. Aku nak Reez sayang aku balik macam dulu-dulu. Aku nak disayangi sebagai isteri. Huhu.
Hati kecil aku berbisik, andai usaha ini tak berjaya, andai Reez masih kekal sama cara nya melayan aku, mungkin sudah tiba masa nya untuk aku tarik diri dari perhubungan ini.
Andai Reez tak pilih aku, aku juga sepatutnya layak bahagia. Sekurang-kurangnya aku tidak pernah tak jujur dalam rumahtangga aku.
Atas kesetiaan aku selama ni, aku rasa aku tak layak dikhianati oleh Reez. Tapi, atas dasar kasih sayang dan cintakan rumahtangga ni, aku rasa tiada salahnya aku mencuba yang terbaik, mencuba ambil hati Reez semula.
Tiada salah aku beri dia satu lagi peluang. Walaupun hakikatnya, Reez taktahu pun yang aku sedang beri dia peluang kedua.
Malam tu berakhir dengan pelukan dan tangisan. Reez kata dia sayangkan aku. Dia minta maaf jika layanan dia kasar selama ni.
Selesai sesi luahan perasaan tu dalam pukul 3-4 pagi. At least, hati aku lapang, dapat luahkan semua! Lega. Dan malam itu, memberi nafas baru pada perhubungan kami sebagai suami isteri.
Alhamdulillah.
Hari ini, sudah lebih kurang dua tahun berlalu dari sesi luahan perasaan aku malam tu. Secara jujurnya, aku sangat2 bersyukur Allah ilhamkan aku untuk luahkan semua pada malam tu.
Aku bersyukur Allah gerakkan hati aku untuk cakap semua benda yang aku pendamkan selama ni kepada Reez malam tu.
Sejak daripada sesi luahan perasaan malam tu, perhubungan aku dan Reez sangat sangat sangat improve.
Aku gembira, bersyukur atas kasih sayang Allah kurniakan untuk hubungan kali ini. Rumah tangga kami melalui fasa refresh yang sangat2 membahagiakan hati aku. Reez betul2 berubah.
Dia layan aku dengan baik, bercakap dengan nada yang baik, melayani aku sebagai isteri juga dengan baik. Aku dapat rasakan aku disayangi, dikasihi oleh lelaki bernama suami.
Reez dah tak menghadap hp/tv lagi macam dulu. Reez banyak bercerita dengan aku tentang maaaacam macam.
Reez dah mula ajak aku join aktiviti dengan kawan-kawan dia. Kalau ada masa terluang, aku dan Reez akan ambil cuti dan curi masa untuk dating sekali sekala.
Kalau dulu, aku akan awkward setiap kali berdua dengan Reez tanpa anak2, tapi sekarang, seronok pula sekali sekala dapat habiskan masa berdua. Makan sambil bercerita perihal anak-anak tanpa gangguan si kecil :)
Kami dah mula bercerita tentang harapan dan expectation kami tentang anak-anak. Bercerita dengan masa depan kami dalam kerjaya masing-masing.
Sungguh, hati aku bahagia dan berbunga sangat saat ni. Rasa mcam cukup sempurna. Allahu. Syukur tak terkira bila Allah beri aku sekali lagi peluang untuk merasa nikmat kasih sayang dalam rumah tangga ni.
Dalam masa yang sama, aku masih tak henti berdoa pada Allah, agar kurniakan kpd aku kebahagiaan. Kebahagiaan hati dan jasmani.
Aku berdoa selalu agar hubungan aku dan Reez sentiasa terpelihara. Semoga kami ditakdirkan untuk satu sama lain sehingga ke akhirnya.
Semoga apa yang dia buat sebelum ni adalah kesalahan dia yang terakhir dah tak mungkin diulang.
Namun… aku sedar, hati Reez bukan aku yang pegang. Kalau nanti suatu hari dia pilih untuk berhubung dengan perempuan lain pada kadar yang tak sepatutnya, aku assume dia dah tak sayang rumah tangga ni saja lah.
Sekurang-kurangnya, aku tau aku takkan terkejut kalau dia ulang lagi pengkhianatan ni.
Aku tau aku dah tak boleh percaya Reez 100% macam mana sebelum ni. Hati aku dah bersedia dengan kemungkinan yang ada.
Sampai sekarang Reez taktahu pun yang aku dah terbaca conversation dia dengan perempuan tu. Biarlah dia tak tahu. Huhu. Cuma sekarang ni, aku enjoy the moment.
Aku focus on diri aku sendiri, aku focus on happykan diri aku.. happykan anak-anak dan happykan Reez. Aku berusaha kekalkan status aku sebagai isteri yang disayangi dan dikasihi. Hehe. Dan aku pun curahkan kasih sayang aku sepenuhnya untuk Reez dan anak-anak.
Aku dah tak kekok nak peluk cium Reez tiba-tiba. Aku dah tak malu nak tukar baju depan Reez. Aku dah tak awkward bila berdua dengan Reez. Aku dah tak kekok nak ucap sayang pada Reez.. Aku dah tak rasa bertepuk sebelah tangan dalam perhubungan ni.
Tapi, andai kata satu hari nanti di masa hadapan, hati Reez berubah atau berpaling, sekurang-kurang nya aku bersyukur Reez pernah sayang aku sebegini rupa.
Aku kumpulkan dan abadikan gambar2 kenangan kami semasa bahagia ni. Andai kata Reez dah tak sudi hidup dengan aku, tak mengapa.
Aku boleh hidup dengan kenangan yang bahagia ni.
Tapi, of course, aku doa selalu semoga hubungan kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Aminn. Korang semua tolong doakan juga, ya?
Doakan kebahagiaan kami berkekalan.
Yang benar,
Nana
Wanita terbahagia,
Meski pernah terluka.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit