Luka Si Tua

Assalamualaikum, terima kasih admin kalau post confession ni.

Aku seorang perempuan, degree student berumur 20 an. Cerita ni tentang nenek kesayangan aku. Aku cuma dpt merasakkan kasih sayang dr nenek aku sorg ni je sejak dr kecik dan nenek dan atuk belah ayah aku dah lama xde. Okay berbalik kpd tajuk. Aku ceritakan secara ringkas tentang nenek aku ye. Seorang tua yg telah kematian suami lebih 40 thn lalu semasa dlm pantang anak yg bongsu dan dikurniakan 9 org anak, 2 lelaki dan 7 perempuan. Ramai kan ? Biasalah orang jawa.

Secara dasarnya nenek aku sangat bahagia. Senyum dibibirnya tidak pernah lekang. Tapi.. hidup ni x selalunya indah kan ? Ada satu kejadian yg tlh merampas senyuman bahagia dr wajah nenek aku.

Salah seorang drpd anaknya telah membuang maknya sendiri.

Tergamaknya mak cik aku membuang maknya sendiri. Si tua yg tlh bersusah payah membesarkan kau, menyekolahkan kau sampai kau berjaya. Ini balasan kau ? Kau pindah rumah, kau halang anak2 kau dr jumpa neneknya sendiri. Kau putuskan hubungan kasih seorang nenek terhadap cucunya. Tergamak. Aku xnk ckp lbh2, kau dah tua, kau ada suami, kau seorang cikgu, tp tergamakkan kau ? Kau tahu x si tua sampai ckp ” besok aku dah mati, jgn bg tahu dia, jgn tunjuk kubur aku kt mana.” Kau sebagai anak tergamak buat mak kau sampai dia terasa mcm tu. *maaf agak kasar menggunakan perkataan “kau” atas sebab kemarahan aku terhadap mak cik aku tu.

Kami yg lain ni x pernah sikit pon abaikan dia. Malah kami sentiasa ambil berat tentang nenek setiap hari. Mak aku dan 2 org adik beradik mak aku yg lain amat rapat antara satu sama lain. Kami ni la yg hiburkan hati dia. Kami ni yg susah hati, x tidur malam bila dia sakit, kami ni la yg sanggup bersengkang mata jaga dia bila x sihat. Aku bukan nak berkira, sikit pon x. Tp tolong la faham. Betul lah, seorang mak blh menjaga 10 org anak, tp 10 org anak belum tentu mampu jaga seorang mak. Aku dan keluarga aku anggap ni salah satu cara kami nk balas jasa dia dgn cara membuat nenek kembali senyum.

Ye, nenek kembali senyum. Namun di hati siapa yg tahu.. Setiap hari dia ckp ” aku mati dulu, aku dah tua, aku dah nak mati” perkataan “mati” x pernah lekang dr bibirnya. Namun ajal siapa yg tahu.. Mak cik aku, atas mak aku yg pergi jumpa Allah dulu atas sakit yg kami sendiri tidak jangka.

Perit. Pedih. Sakit.

Ye kami terima dgn redha. Namun nenek aku adalah org yg paling sedih sekali. Selain sbb arwah mak cik aku tu anak dia, sbb utama adalah anak dia yg pergi dulu dr dia. Allah.. betapa hancurnya hati dia.

Aku x kuat nk cerita psl pengalaman aku masa arwah mak cik aku sakit selama 3 minggu sblm dia meninggal. Sbb mak cik aku dua org meninggal dgn beza 5 hari shj. Kalau ada rezeki, aku akan cerita.

Okay, aku dah sedih ni. Kita sambung balik cerita psl nenek aku. Ye, mmg susah dia nk move on. Tp kami sentiasa bg sokongan kt nenek supaya terus kuat. Alhamdulillah, anak2 arwah, family aku dan family pak busu sangat2 rapat dgn dia. Dan alhamdulillah anak2 arwah sikit pon x pernah mengabaikan nenek.

Baru-baru ni, nenek aku sakit. X blh bangun dan x larat buat kerja lbh seminggu dah. Aku sbg seorang cucu, susah hati aku kau xyah ckp la. Hari2 aku dok jenguk dia, suap makan, mandikan dia kalau dia x larat, urut dia dan jaga dia. (rumah aku kawasan kampung dan dekat dgn rumah nenek). Ada satu perangai anak2 dia selain dr family aku, arwah dan pak busu. Iaitu perangai nak marah orang tua yg tgh sakit. Mak long aku blh dtg marah2 nenek aku ckp jgn buat kerja berat2 la semua. Darah aku dah naik, aku bengang la. Kau x jaga dia, dtg2 nak marah2 dia. Makin sakit la org tua. Terluka hati org tua tu dgn perangai2 anak2 dia.

Jadi aku nk selitkan sedikit peringatan buat seorang anak/menantu/cucu. Hati org tua ni lain. Jgn kasar2, marah2, bising2. Even aku sendiri pon kadang2 tegas dgn nenek aku sbb nak suruh dia makan, makan ubat. Bahagiakan la orang tua sekali mereka masih ada. Jgn pernah mengeluh sekiranya kita kena jaga mereka, anggap jela ni salah satu cara nak buat pahala. Esok aku nk bawak nenek aku g ultra sound and next week jumpa doctor pakar. Harap2 xde pape la. Mohon sgt doakan semoga nenek aku cepat sihat. Next week cucu kesayangan dia nak kawen.

Drpd : Cucu yg x pernah rasa susah menjaga mu.

– Cucu yg x pernah rasa susah menjagamu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit