Assalamualaikum dan terima kasih admin kalau luahan dan kisah saya disiarkan.
Aku cuma minta doa kalian supaya aku dipertemukan jodoh yang baik hormat orang tua dan penyabar. Doakan juga aku dibuka pintu hati untuk menerima lelaki yang ikhlas mahu jadikan aku isteri.
Ceritanya apabila aku sedar aku tak boleh terima siapa2 dalam hidup aku. Aku banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Aku happy.
Ada yang menyatakan hasrat untuk serius dengan aku tapi aku taktau kenapa hati tak pernah nak terima walhal semuanya baik2 ada kerja tetap rupa pun ok. Tapi tiap kali dorang cakap nak serius aku terus tolak tanpa fikir apa2.
Pernah dikecewakan dan hilang berat badan hampir 10 kg (kurus kering) hilang selera makan, hilang fokus semasa kerja dan hampir kemalangan langgar lampu isyarat, aku pernah betul2 lost sampai keluarga bawa aku pergi berubat.
Semangat aku hilang, tidur malam aku akan ketuk pintu mak ayah untuk tidur di lantai bilik mereka baru aku boleh terlelap.
Ye silap aku cintakan lelaki terlalu dalam. Pernah merayu macam orang gila untuk seorang lelaki yangang tak reti hargai.
Setahun aku murung balik kerja berperap dalam bilik aku putuskan semua hubungan dengan kawan2. Aku lebih suka bersendiri. Aku hilang semangat dan aku boleh menangis bila2 masa tengah buat kerja tengah drive. Sedih bila ingat balik.
Ni bukan rekaan ye pembaca. Begitulah teruknya aku terluka. Dalam waktu yang sama aku disahkan sakit, sakit yang memerlukan pembedahan. Pembedahan aku akhir tahun ni. Doakan aku sihat ye.
Alhamdulillah berkat doa dan usaha keluarga dan solat setiap malam yang aku buat, aku beransur sihat. Aku dah tak murung. Aku kembali seperti diriku yang asal. Aku ceria dan mudah ramah dengan orang. Ye silap aku terlalu berharap pada manusia. Aku serik.
Untuk pengetahuan pembaca aku di bidang professional dan rezeki kerjaya aku alhamdulillah. Hampir ke 3series tapi hati aku kosong sekarang.
Ramai yang datang untuk serius dan bertemu mak ayah. Ada kawan satu universiti yang baik2 semuanya. Tapi hati aku tak boleh terima aku akan tolak mereka dengan cara baik.
Bukan aku tak move on, malah jika diberi pilihan untuk berbaik dengan ‘masa lalu’ aku tak ingin pergi kembali dengan dia, memikirkan teruknya cara dia tinggalkan aku.
Aku nak seorang lelaki yang menghormati keluargaku dan senang dibawa berbincang. Aku serik.
Aku mohon doa kalian supaya tuhan buka pintu hati aku untuk terima jodoh yang baik jika direzekikan untuk aku.
Ye aku wanita dan lumrahku untuk mempunyai keluarga sendiri terlalu kuat dalam hati aku. Tapi bagaimana? Hati aku tak terima siapa2.
Segala cerita luka aku dah berakhir hampir 2 tahun. Ajarkan aku untuk terima dan berdamai dengan takdir yang tertulis.
Ajarkan aku cara untuk menerima sosok lelaki yang memang dituliskan untuk aku. Ajarkan aku membuka hati untuk sosok yang ikhlas.
Terima kasih..
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit