Luka Yang Tersembuhkan

Assalamualaikum semua. Nama aku S. Umur aku dah nak masuk 4series. Maaflah kalau kisah aku ni panjang tapi aku nak share sebagai pengajaran.

Aku kenal dengan A sejak umur aku 18 tahun, waktu tu aku baru habis SPM, dia pula muda setahun dari aku. Lepas tu aku masuk matrik, walaupun kitorang ni duduk taman perumahan yang sama tapi tak selalu jumpa sebab aku jarang balik.

A ni tak pernah putus asa nak ambil hati aku. Dia pernah sanggup cari aku dekat tempat kerja aku zaman aku part time masa belajar dulu.

Tapi waktu tu aku tak layan sebab aku malas nak fikir bab bercinta ni sebab aku pernah kecewa sekali.

Nak dijadikan cerita, aku sambung belajar dekat negara orang. lama jugak lah aku tak balik Malaysia ni, dalam 5 tahun jugak.

Lepas tu aku balik sini, tup-tup aku terjumpa A lagi sekali. Aku pun tak taulaa kebetulan ke ape waktu tu. Kitorang pun tukar-tukar nombor. Tapi waktu ni kitorang kawan jela camtu.

Ada jugak contact-contact tapi takdelah kerap.

Waktu tu aku sambung belajar lagi dan kerja part time jugak dekat KL. Lepas tu waktu nak praktikal aku berhenti kerja sebab jauh nak ulang alik KL, aku pun cari kerja lain dekat area rumah.

Waktu aku kerja dekat tempat baru ni, aku kenal ramai laa jugak orang. Waktu tu umur aku pun dah pertengahan 20an. Tapi aku tetap tak pernah dah bercinta atau ada boyfriend, mak aku sampai bising sebab loner sangat agaknya die nampak anak die ni. hahaha

Aku pendekkan cerita, dekat tempat kerja baru ni aku kenal dengan M. Aku ingat lagi waktu mula-mula dia tegur aku, dekat tempat punch card.

Aku ni walaupun waktu tu umur dah 20++ tapi orang nampak cam aku baru habis sekolah sebab tak cukup tinggi kot, hahaha.

Mula dari tu kitorang kawan, aku pun tak tahu berapa umur die waktu tu. Tapi aku selesa dengan dia, buat pertama kalinya aku rasa macam jatuh cinta kot.

Aku tengok cara dia layan aku, hormat aku, jaga solat dan aku suka cara die protect aku kalau ada budak-budak tempat kerja ni kacau-kacau aku.

Entah lah aku rasa selamat sangat. Waktu tu balik kerja paling lewat pukul 1 ke 2 pagi camtu, die lah yang temankan aku balik, anta sampai depan rumah. Padahal aku dah biasa dah kalau setakat jalan kaki sorang-sorang.

Dalam berapa bulan lepas tu, ada lah dengar orang krik krik pasal kitorang.

Katanya aku ni tak sedar diri nak cari bf muda. Waktu tu aku baru tahu, rupanya M ni die baru habis sekolah. Dia pun tak pernah tanya umur aku dan aku pun tak pernah la pulak tanya umur dia.

M tak tau pasal benda ni sebab aku tak nak die kecil hati. Waktu tu aku rasa sedihlaa jugak pasal aku dah sayang dia, aku pun terfikir. takkan aku nak teruskan hubungan dengan orang yang muda dari aku 8 tahun?

Memang jadi buah mulut orang laa kan.

Lepas tu M kena pergi PLKN jadi dia ambil cuti tanpa gaji 3 bulan. Waktu M tak ada tu, aku memang rasa kehilangan betul. sebab lepas tu budak-budak dok kacau bagai, dia tak ada macam selalu.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba A masuk kerja kat situ. Aku memang terkejut beruklah kan sebab jumpa dia lagi. Rupanya dia memang sengaja mintak kerja situ sebab nak jumpa aku. aduhhh. aku pun tak faham.

First day dia masuk kerja, dia boleh cakap aku ni girlfriend dia. Masaklaa weh. padahal waktu tu semua tahu pasal aku dengan M.

Sejak M cuti tu, aku terpaksa hadap A ni, dia selalu paksa-paksa aku nak hantar balik walaupun aku taknak. Dah orang ingat, aku dengan A ni ada apa-apa.

Selepas 3 bulan, M habis PLKN. Aku memang happy gilerlah sebab boleh jumpa dia lagi. Tapi waktu ni masalah timbul, M ingat aku duakan dia waktu dia cuti tu.

Bagusnya M ni, dia tak pernah tinggikan suara dia dekat aku, kalau die marah pun dia still boleh cakap elok-elok dengan aku.

Aku cakap aku tak ada apa-apa dengan A lagipun waktu tu aku tahu yang A pun ada girlfriend.

Sampailah ada satu malam tu, M suruh aku tunggu dekat tempat biasa aku tunggu dia sebab dia nak temankan aku balik, tiba-tiba kawan M datang jumpa aku.

Dia cakap M dengan A tengah nak bertumbuk dekat bawah, punca pasal aku. Dia siap bagitau aku, baik ko setel baik-baik pilih salah sorang daripada kecoh camni.

Aku pun terkejutlah kan, apehal nak buat kecoh bagai. Aku nak lari pun tak boleh, sebab itu jek laluan kitorang nak keluar masuk building tu.

Last2, aku turun aku terus blah. dah dua-dua dok kejar aku. dah macam cerita drama pulak dah. Malu jangan ceritalah aku waktu tu.

Ramai orang nasihatkan aku pilih jek salah sorang. Dah aku pulak? Padahal aku kan dengan M? Kenapa aku pulak yang kena pilih?

Entah macam mana, aku tiba2 boleh pilih A. Aku tinggalkan M camtu jek weh. Aku tinggalkan dia dengan takde cakap apa. Punya lah kejam aku waktu tu. Aku pun tak tahu apa yang aku nampak dekat A ni sampai aku boleh tinggalkan M.

Lepas kes tu, kitorang 3 orang semua berhenti kerja. Aku pun dah tak tahu ape cerita M lepas tu. A putus dengan girlfriend dia konon sebab nak dengan aku. Lepas setahun aku dengan A, aku suruh dia jumpa ayah aku.

Waktu tu aku tak tahu cerita yang ayah aku tak suka dia, baru aku tahu. waktu aku kenal A waktu aku 18tahun tu, ayah aku pernah pergi jumpa dia bagitahu yang ayah aku tak bagi dia kawan dengan aku tapi A tak pernah cerita pun dekat aku.

Dah namanya ayah aku tak suka kan, memang sampai bila-bila lah dia takkan terima A.

Tapi waktu tu aku protes bila ayah aku tolak A. Aku pun tak tahu kenapa aku hilang kewarasan akal aku waktu tu.

Kalau siapa yang kenal aku, mesti akan cakap aku ni bukan orang yang camtu. Aku lari dari rumah sebab aku kononnya marah dengan ayah aku. Aku ni jahat ye korang, aku lari ikut A.

Aku ajak A nikah dekat Siam sebab aku takut kalau aku duduk dengan dia lama2 nanti jadi benda laen. Tapi A acuh tak acuh jek. Ko tau jeklah kalau dah duduk sekali serumah kan.

Sekali aku termengandung, aku punya down waktu tu memang tak boleh nak cakap. Macam2 aku fikir, camne family aku, anak dalam perut ni, apa nak jadi dengan dia nanti? 9 bulan tu kerja aku menangis jeklah. Memang apa pun aku tak boleh buat.

Waktu aku mengandung tu, aku baru tau yang A ni rupanya pusher. Itupun sebab kantoi aku kemas bilik dia waktu die pegi kerja, selalu dia memang tak bagi aku kemas bilik tu.

Ya allah, waktu tu aku punya kecewa lah. Memang rasa nak terjun bunuh diri dah. Ni laa agaknya sebab ayah aku tak terima dia. Mungkin ayah aku dah tau pasal ni lama dulu. Selama ni dia bagi aku makan minum duit die jual barang haram?

Aku terus tanya dia petang tu, dia mengaku tapi dia cakap kat aku lepas anak dalam perut aku ni lahir dia stop buat semua tu.

Aku ni dengan bodohnya boleh percaya. Anak aku pun lahir tapi benda tu masih berterusan. Waktu anak aku 7 bulan, family aku carik aku. waktu ni dah 3 tahun aku tak pernah balik rumah dah.

Mak aku tahu yang aku dah ada anak dari adik A, mak aku datang jumpa aku kat rumah yang kitorang sewa. Waktu tu aku kurus kering, lebam badan sana sini sebab A dah mula suka pukul aku bila aku lawan dia.

Kemuncak tu aku dah tak tahan dia nak hentam aku dengan tukul besi, mujur aku sempat tutup pintu bilik kalau tak arwah aku dah.

Mak aku bawak aku balik, ayah aku tak percaya tengok anak dia tak serupa orang. ko bayangkanlah. duduk dengan penagih + pusher pakej kene pukul. Mujur dia tak paksa aku pakai barang je. Aku macam orang dah tak ada jiwa. Aku memang bukan aku lah.

Family aku bawak aku pegi berubat. Rupanya aku terkena ilmu penunduk, aku ambik masa jugak nak hadam sebab aku tak percaya. Waktu tu aku mengamuk, aku cakap aku tak bokeh tinggalkan A.

Ayah aku tak nak aku kahwin dengan dia. Tapi dalam aku mengamuk tu, aku dah mula dapat balik kewarasan aku. Aku dah boleh kerja, mak aku jagakan anak aku. Ayah aku dah haramkan A jumpa anak kitorang.

Waktu ni A tak putus asa, dia selalu datang tempat kerja aku. Sampai ayah aku datang jumpa manager aku, kalau A datang kacau aku, suruh call polis.

Entah macam mana, kalau korang baca ni mesti korang kata aku bodoh. aku boleh mengandung sekali lagi selepas 2 tahun.

Waktu aku mengandung kalini, kantoi pulak si A ni banyak perempuan. Ya Allah luluh hati aku ni. aku dah terfikir aku nak buang anak aku ni nanti. Lantaklah apa nak jadik, jadiklah.

Waktu mengandung kalini, aku tak pernah menangis, hati aku mati rasanya. Mak aku tahu tapi mak aku tak marah sebab mak aku takut aku lari lagi.

Aku dah tak ada rasa dengan A, aku betul2 kecewa. Aku tengok muka anak aku yang nombor satu tu, lagilaa aku sedih. Kesian dia dapat mak tak guna cam aku ni.

Waktu aku lahirkan anak aku, semua benda aku buat sorang2. waktu tu anak aku kena warded seminggu.

Aku dah terfikir nak tinggalkan dah dekat hospital. Tapi bila aku tengok dia, aku tak sampai hati. kalau nak buat keras aku, memang aku tak nak pun tengok muka dia.

Lepas seminggu aku bawak dia balik, aku memang nak carik family yang nak anak aku ni. Aku rasa aku takkan mampu nak jaga 2 orang.

Tapi aku tak tahulah kenapa, punya senang nak jaga dia. tak pernah langsung meragam. Aku tak pernah tak cukup tidur. Terus aku rasa sayang nak bagi orang.

A? Dia ada je, masih selalu contact aku. Aku tak tau apa sebenarnya yang aku rasa dengan A. Die sedar, faham yang 2 orang ni anak dia. tapi pada nama jelah.

Aku yang susah payah besarkan anak ni, yang mulanya aku anggap beban tapi doranglah permata hati aku. A tak pernah bagi aku duit nak besarkan anak, semua aku kene fikir sendiri. Itupun kadang siap dia mintak lagi duit aku.

Kalau aku tak bagi mula lah dia maki hamun aku benda-benda yang tak elok.

4 tahun selepas aku lahirkan anak kedua aku, tiba2 M muncul balik. Dia cari aku kat facebook, dia tanya status aku. dia tanya kenapa aku selalu post status aku n anak2 je, suami aku mana? Aku kata aku dah bercerai, aku malu dengan M.

8 tahun lepas aku tinggalkan die camtu jek, die boleh tanya khabar aku macam tak ada ape pun yang berlaku. Waktu ni M bagitahu dia masih tunggu aku, dia tanya aku sudi ke die nak masuk meminang tapi aku abaikan jek semua permintaan dia. Aku tak mampu nak cerita benda sebenarnya.

Kita fast forward, masuk tahun ke-9 aku dengan A. Aku tanya dia, apa cerita kita ni? Apa aku nak kene cakap dengan anak2? A ajak aku kahwin, aku kata okey.

Walaupun waktu tu hati aku dah mati, aku fikirkan anak2. sampai bila nak membesar tanpa ayah? Ayah aku tetap tak setuju, tapi die uruskan jugak semua untuk aku. aku tak ada perasaan, aku cuma fikirkan anak2. sikit pun aku tak fikir pasal aku.

Anak-anak asyik tanya kenapa ayah tak pernah balik, aku buntu nak jawab. Sebab tu aku pilih, ahhh nikah jeklaa.

Nak dijadikan cerita, tarikh nikah yang kitorang pilih tu tiba2 PKP. sepatutnya nikah 9 pagi, tok kadi postponed pukul 3 petang.

Petang tu pulak tiba2 tok kadi kata tak boleh nak nikahkan sebab ada close contact COVID. Waktu tu aku tak tahu nak nangis ke nak happy? Aku pun tak tahu apa perasaan aku.

Waktu tengah2 PKP tu, tiba2 A call aku dia kata motor dia kena angkut dengan polis. Baru aku tau rupanya die masih tak berubah walaupun aku dah bagi peluang banyak kali.

Aku bersyukur sangat aku tak jadik nikah dengan dia haritu, Allah masih lindungi aku dengan anak2.

Sakit jugaklah hati aku sebab dahlaa motor aku belikan, rumah yang dia duduk tu satu sen pun tak bayar, bil api air semua aku tanggung sebab rumah tu konon kitorang nak duduk lepas nikah.

Setahun berlalu, mak ayah aku tanya. kitorang masih nak teruskan ke?

Aku cakap aku dah tawar hati, aku dah tak kisah dah kalau aku kena besarkan sendiri anak2 aku. Aku mintak sangat kat Allah, kalau jodoh aku tu A dekatkanlah. kalau tak jauhkanlah.

Aku nekad aku nak cari suami yang boleh terima aku seadanya, aku cakap kat mak aku. aku nak kahwin 2022 atau 2023.

Aku gigih bukak akaun baituljannah, punya nak carik jodoh. Hahaha. Tapi aku takut jugaklah sebab ada ke orang yang boleh terima aku dan anak-anak aku?

Aku bukan janda. Aku tak pernah nikah dengan siapa-siapa.

A? Aku masih contact lagi dengan dia sebab dia memang without fail akan video call anak-anak setiap hari. Aku dah tak tahu ape hubungan aku dengan dia, apa perasaan aku kat dia.

Sampailah satu hari tu, aku dapat tahu dia kena tahan polis sebab bawak barang. Nangis2 dia call aku suruh aku tunggu dia.

Aku? Aku tak tau apa perasaan aku. Marah ke? Kecewa ke? Sedih ke? Tak ada. aku cuma fikirkan apa aku nak cakap dengan anak2?

Kalau jatuh hukum nanti, apa aku nak bagitahu anak2 siapa ayah dorang? Itu jek yang aku fikir, aku tak ada rasa apa dah. 11 tahun yang aku sia-siakan, camni hujung dia. Padan muka aku.

Waktu aku dah putus harap, aku tak nak apa-apa lagi dah dalam hidup aku. 11 tahun yang sangat panjang ni buat aku rasa lelah sangat.

Tiba-tiba sekali lagi M datang dalam hidup aku. Aku tak tahu lah apa lagi dia ni nak, tak serik-serik ke apa? hahahaha. M tanya aku kenapa aku tinggalkan dia 11 tahun lepas.

Aku kata aku tak ada jawapan, yang aku ingat waktu tu ramai yang pertikai kenapa aku nak dengan lelaki yang jauh lagi muda dari aku.

Dia tanya aku, takkan aku tak ada rasa sayang langsung dekat dia dulu? Aku kata siapa kata aku tak sayang, tapi waktu tu bukan masa yang tepat untuk kitorang berjumpa agaknya.

Dia cakap die tau semua cerita pasal aku, semua pasal kehidupan aku. M cakap die boleh terima semua kekurangan dan keburukan aku.

Kau rasa? Aku ni rasa terpukul gila kot, orang yang aku kecewakan 11 tahun dulu tiba-tiba datang pastu cakap dia boleh terima aku seadanya.

Aku cakap aku dah ada anak, tak sama macam dulu. Anak-anak aku kenal ayah dorang, tak mungkin aku boleh bawak masuk lelaki lain dalam hidup aku.

M mintak aku bagi dia satu peluang. Aku rasa aku yang patut cakap camtu sebab aku yang tinggalkn dia. M cakap dengan aku, dia akan buat sampai anak2 aku terima dia.

Aku kata okey, kalau anak-anak boleh terima dia, aku terima dia dalam hidup aku sebab aku yakin anak-anak aku takkan terima lelaki lain ganti ayah dorang.

2 bulan lepas tu, kitorang set masa, pegi bawak anak-anak bercuti. Mak ayah aku risau sangat sebab dorang tak kenal M, aku cakap kat dorang jangan risau sebab M ni baik.

Ceritanya, waktu tengah holiday, hari pertama, anak-anak kekok jugaklah dengan M sebab dorang tak kenal kan. Masuk hari kedua, anak-anak dah mula berkepit dengan dia.

Jalan pun dah tak nak dengan aku. Ahh sudah. aku dah garu kepala. Dia berdua boleh lupa dah aku mak dorang. hahaha. Waktu M hantar kitorang balik, anak aku yang kecil dah sedih, anak aku ni susah mesra dengan orang.

dia boleh peluk M lepastu nanges sedu sedan sebab M nak balik. Aku pun auto sebak, sebab baru aku perasan dia ni tak pernah rasa kasih sayang ayah.

Malam tu M tanya aku, anak-anak dah terima dia, aku macam mana? Aku tetap nak mengelak, aku cakap belum tentu family aku boleh terima. Lagipun aku dengan dia tetap masih beza 8 tahun.

Dia suruh aku tanya mak ayah aku, apa pendapat mak ayah aku pasal dia. Aku mengelak jugak, sampailah aku naek fedup dia asek tanya ulang2. hahaha.

Aku pun tanyalah mak ayah aku. Dorang cakap syaratnya M kene bagitahu pasal aku dekat family dia. Kalau family dia boleh terima aku, baru aku boleh terima dia.

Taulah kan, aku ni tak pernah kahwin tapi anak 2. Bukan senang tipikal orang Melayu kita ni nak terima. Aku terus bagitahu M, dia cakap okey nanti dia tanya family dia.

Esoknya dia call aku, M kata family die tak kisah dan tak nak tentukan siapa jodoh dia. itu semua terpulang kat diri sendiri. Apa lagi pilihan yang aku ada?

Aku pun tak tahulah ini ke jawapan dari setiap istikharah aku tentang jodoh? Mak ayah aku kata kalau camtu, dorang pun okey. Dorang suruh family M datang.

2 minggu lepas tu, family M datang tanya pasal aku. Aku pun tak taulah antara nyata ke tak nyata gitu. Aku cakap aku tak nak bertunang, aku tak nak duit hantaran, aku tak nak dulang-dulang hantaran, aku cuma nak maskahwin je.

Takde cincin pun tak apa. Aku cakap M dengan family dah boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur sangat, kenapa lagi aku nak mintak banyak-banyak dari dorang. Aku tak boleh nak cakap apa perasaan aku sebenarnya, aku sendiri tak tahu.

Belum 2 bulan M datang semula dalam hidup aku, aku dengan dia dah buat keputusan besar.

Kurang sebulan dari tarikh aku tulis luahan ini, insya Allah aku akan jadi isteri M, orang yang aku tinggalkan camtu je 12 tahun lepas sebab dia muda 8 tahun dari aku, orang yang aku kecewakan sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa.

Mohon korang doakan ye semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah dan jodoh ni berpanjangan sehingga syurgaNya.

Baru aku faham, orang kata cinta tak semestinya memiliki.

Orang kata kalau jodoh tak kemana. Orang yang bertahun-tahun kita setia, pun rupanya bukan jodoh kita. Orang yang kita tak sangka akan jadi jodoh kita rupanya dia lah yang Allah tetapkan untuk kita.

Pengajaran dari kisah aku ni,

1. Jangan teruskan hubungan tanpa restu ibubapa.

2. Jangan sesekali hidup dengan lelaki abuser.

3. Jangan percaya dengan janji seorang pengguna tegar sebab hidup dorang serupa ilusi.

4. Apa-apa keputusan dalam hidup perlu bergantung kepada Allah bukan ikut hati dan perasaan.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *