Lukakanlah Hati Anak

Entah apalah tajuk ni. Malas nak fikir. Aku cuma nak luah perasaan. Orang kata jangan cuba puaskan hati orang lain. Dulu aku tak faham tu. Bagi aku parents dan family mesti digembirakan dan semuanya berpahala.

Aku membesar dengan prinsip tu hinggalah aku menjadi anak kesayangan bapak. Bapak suruh aku mengaji, aku turut. Belajar, aku turut. Mengemas, berkebun, aku turut. Result memang cantik setiap kali periksa dari tadika sampai U. Aku takde masalah belajar langsung, Alhamdulillah. Bapak kadang compare2 aku dengan kakak dan abang sampai dorg naik benci dengan aku. Aku tak berniat nak buat diorang dengki pun, aku cuma buat apa yang sepatutnya. Yang aku mampu. Tak cukup compare dengan adik beradik, bapak suka menunjuk dengan orang yang anak dia hafal quran, blabla… Sampai orang kampung muak dengar. Kami adik beradik yang dilelong ni? Lagi la annoyed dan meluat. Seolah2 bapak hantar kami masuk tahfiz untuk dijadikan trofi, nak gain respect orang dan bina self esteem dia sendiri.

Di IPT, abang kakak aku mula rebel. Kakak aku taknak masuk U yg bapak suruh, tak nak ambil course yang bapak nak. Dia berani buat haluan sendiri pergi belajar tempat lain. Abang aku pulak cuba turutkan permintaan bapak suruh ambik master. Dia sanggup berenti kerja hebat dia untuk buat master full-time. Bapak punya pasal. 1st try, drop. Kali kedua drop jugak. Kalau dah tak ada jiwa kat situ kan, apa nak kata. Bapak aku ni yang suka memaksa sangat dan hendak kami hidup dalam mimpi dia. Btw sekarang abang kakak aku dah kahwin beranak pinak, bahagia dan stabil dengan keluarga masing2.

Dugaan aku datang lepas belajar. Habis degree aku fikir aku dah bebas dari percaturan bapak. Aku cuba bawa haluan sendiri, bina cita-cita aku sendiri. Aku suka buku dan berhasrat menceburi industri buku. Aku ambik kursus terjemahan dengan duit sendiri. Dan lepas tu masuk kerja di sebuah syarikat penerbitan. Alhamdulillah rezeki pekerjaan aku mudah, jarang aku mintak kerja tak dapat. Tapi Allah duga aku dengan orang2 tua ni.

Bapak sentiasa membebel mengutuk pekerjaan aku. Dia nak aku mengajar, jadi ustazah supaya dia dapat share pahala. Dia tak percaya konsep pahala yang luas, ingat jadi ustaz-ustazah saja ada pahala. Bapak ni mulut dia tajam. Bila dia tak suka sesuatu tu dia akan kutuk, kondem 24/7 sampai benda tu lenyap. Boleh kata mental abuse gitu la. Aku sedih dengan sikap bapak ni tapi cuba pekakkan telinga. Aku enjoy kerja aku sangat2 and put my all into it. Duit bulan2 wajib hulur. Tapi lama-kelamaan aku mula termakan kutukan bapak. Bila ada masalah di ofis aku mula tepikir ni mesti sebab bapak tak restu. Selama ni memang nature aku mengambil berat pandangan mak bapak. Susah aku nak buat degil. Akhirnya aku berhenti.

Kebetulan mak bapak pun makin uzur, selalu nak pergi appoinment hospital. Jadi aku pindah duduk dekat rumah supaya mudah attend diorang. Aku tak duduk serumah sebab tak tahan mulut puaka bapak aku. Dia memang jenis irritated dan baran mengamuk tak tentu hala. Mungkin kesan saka dia ambik masa zaman askar dulu. Nak cerita bab ni kena buat confession lain.

So pekerjaan terbaru aku ialah cikgu sekolah rendah. Dah masuk line yang bapak nak. Masa kerja pun agak fleksibel dan mudah aku nak minta cuti bila2 diperlukan. Aku tenang la sekejap. Tapi lepas tu bapak berhalusinasi balik. Start balik setan kacau kepala dia suruh cari gaduh dengan aku. Mula dia bising aku mengajar sekolah rendah tak padan dengan degree. Tak sesuai kelayakan. Tak manfaat ilmu yg aku belajar. Tak itu, tak ini. Orang lain stress kerja boleh balik ke pangkuan mak bapak minta nasihat, aku pulak punca stress dari mak bapak. Kadang aku cuba share masalah dengan mak, mak buat pekak je macam aku takde sebelah dia. Dengan bapak memang taklah aku nak share, mintak maki namanya.

Hujung tahun aku apply sekolah menengah swasta. Dapat. Aku fikir habislah cerita. Dah puas la hati bapak tengok aku mengajar sekolah tinggi. Oh tidak. Isu jodoh pulak. Di luar pengetahuan aku, bapak tengah padankan aku dengan sorang lelaki yg dikenali atas kawan dia. Umurnya tua 8 tahun dari aku. Masing2 dah saling berjumpa, dah syok2 nak berkeluarga tapi langsung tak tanya pendapat aku tuan punya badan ni. Aku yg nak tidur sebantal, yang kena surrender kehormatan aku, bapak tak pedulik nak tanya pandangan aku tentang si calon. Apa korang ingat lelaki je berhak pilih pasangan?

Kali ni aku meletup. 33 tahun hidup, tu pertama kali aku melawan bapak depan2 muka dia. Aku tak peduli kalau korang rasa isu ni kecik tapi bagi aku, dari kecik aku hidup takde pilihan, cukup la buat aku macam lembu. Bapak nak atur pengajian aku, pekerjaan aku, yalah aku turutkan. Tapi perkahwinan aku… No.

Aku lambat kahwin ni pun sebab trauma tengok bapak aku yg abusive. Sejak remaja lagi subconscious aku dah buat kesimpulan, buat apa kahwin kalau derita macam ni? Hasilnya hati aku terus tertutup tengok lelaki pun takde rasa tarikan nafsu. Ni pulak bapak nak paksa2 aku kahwin. Aku tak rasa akan bahagia dengan paksaan tu. Bila duk sorang2 kadang aku sedih, rasa berdosa tak ikut cakap bapak. Tapi jujur aku dah tak mampu. Tak mampu lagi nak puaskan hati bapak. Hati aku pedih sangat2, dada aku sempit. Kalau ikut juga kali ni memang aku mampus.

Bapak maki aku kaw2 tak ikut cakap dia. Dari kecik kononnya aku kesayangan dia, terus jadi anak derhaka tak guna (sila sambung sendiri sesedap rasa). Orang kata koyak telinga kena maki. Aku dah takde telinga nak koyak. Perasaan aku mati terus tak rasa apa2 lagi. Numb. Parents tak patut maki anak2. For any reason. Jauh beza dimaki oleh bos dan dimaki oleh parents. Hubungan jiwa tu direct. Umpama ibu mengandung hisap dadah. Dadah beracun tu direct masuk ke badan janin buat dia mati. Begitu la hati anak2 akan mati dengar makian parents.

Actually sebagai bongsu, aku yang paling banyak masa dengan parents. Aku yg paling banyak attend diorang. Masa bapak gastrik teruk muntah bersepah kat surau, aku ok je kemaskan muntah bapak dengan bertelekung. Sebagai anak, dapat melayani kelemahan2 diorang tu adalah kemuliaan bagi aku. Tapi sebab diorang banyak lukakan hati aku, jadi aku takde hati dah pada orang tua ni. Kadang aku anggap mereka cuma sepasang pakcik makcik yang Allah hantar untuk aku jaga. No bonding, no connection. That’s all.

Mungkin korang tertanya apa peranan mak sewaktu aku, abang, kakak melalui semua ni? Mak aku cuma jadi pemerhati setia tanpa buat apa2 untuk protect kami dari suami dia. Mental and physical abuse, let it be. Sebab tu perasaan aku terhadap bapak dan mak sama je. Korang nak kata syurga bawah tapak kaki ibu, sayangi ibu bapa sementara mereka masih ada? Haha. Aku prefer mengaji tepi kubur mereka. Daripada ada depan mata tapi menyesakkan dada dan menambah dosa. Macam mana kalau aku mati dulu? Ya aku prefer mati jugak daripada hidup derhaka macam ni. Tapi sebab Allah masih biar aku hidup, biar mak bapak hidup, aku mampu avoid diorang je la untuk kurangkan konflik. Kurangkan dosa.

Dari dulu tiap kali berkonflik aku akan redakan hati dan reconcile dengan mereka. Tapi kali ni nak redakan hati pun tak boleh sebab hati dah takde. TAKDE. Kalau suami abusive boleh la mintak fasakh. Ni parents beb. Aku gelak je baca berita ada lelaki kat India saman parents sebab lahirkan dia. Sampai macam tu jadinya institusi keluarga.

Aku nak pesan kat pembaca semua. Anak-anak tu tak mintak jadi anak korang. Tapi korang yang nak sangat dia hadir dalam hidup korang. So layan la dengan seimbang. Setiap anak yang lahir ada mission dia untuk jadi hamba Allah. Bukan hamba korang untuk ditentukan segala2nya. Sayang dan respect la anak2 sebagai manusia. Dari situ anak2 akan belajar untuk sayang dan respect korang balik.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *