Luluskah KKM Produk Anda

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan artikel dari saya. Hm..asalnya saya ingin pendamkan sahaja tetapi kerana rasa bersalah,saya rasa wajib berkongsi perkara ini agar jadi iktibar.

Sudah hampir 4 bulan saya tidak bekerja. Minta sana tak dapat,minta sini tak dapat. Nampaknya belum ada rezeki saya lagi. Suatu hari, saya terbaca paidreview di sebuah ig yang mencari agent. Dek kerana kecewa permohonan kerja direject,saya tekad untuk join. Mungkin rezeki saya pada business pula. Saya terus wassap stokis tersebut selepas usha ig dia. Kenapa saya usha?sebab produk yang bakal saya join ni adalah produk tempatan. Selama ni seboleh-bolehnya saya elakkan dari join menjual produk tempatan disebabkan oleh pelbagai masalah timbul. Saya tak berani. Apa guna saya untung jika produk tersebut memudaratkan pengguna.

Settle proses pembayaran,saya dimasukkan ke dalam satu group. Post mula-mula yang saya baca,kelulusan produk ni takde dalam website NPRA,kena call bahagian ape tah. Allah..saya terus rasa tak sedap hati. Masa saya usha di ig,memang dia tulis diluluskan oleh kkm siap ada no lagi. Tapi dek kerana perasaan tak stabil time tu,saya lupe nak cek dulu no tersebut di website NPRA sama ada betul atau tidak.

Saya terus hold untuk proses pendaftaran agen. Saya bagitahu stokis,saya tak yakin nak jual,saya nak cek dulu no kelulusan tersebut. Cek punya cek memang takde. Tak puas hati,saya call pula. Line busy. Takpe,saya cuba lagi. Makan masa 2 hari baru saya dapat bercakap dengan pegawai. Dia cek,memang takde. Saya cakap penjual cakap ada,jadi pegawai tersebut sambungkan ke bahagian keselamatan dan kualiti makanan.

Pegawai tersebut menjelaskan kepada saya mungkin no kelulusan yang saya sebutkan hanyalah no kelulusan bagi pengkelasan makanan. Bingung. Saya tekad untuk pergi ke pejabat NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency).

Di NPRA,pegawai menjelaskan. Sesuatu produk,perlu di cek dahulu untuk pengkelasan sama ada kategori makanan atau ubatan. Jika ubatan,perlu dikaji dulu baru dapat kelulusan bermula MAL. Jika makanan,perlu juga didaftarkan di bawah bahagian keselamatan dan kualiti makanan.

Produk yang saya bawa memang tiada kelulusan kkm,no yang tertera hanyalah no kelulusan pengkelasan makanan. Dan label/packaging produk tersebut bukanlah label/packaging yang dihantar ke NPRA untuk kelulusan pengkelasan. Maksudnya,masa owner hantar ke NPRA,label/packaging warna laen,tapi yang dikeluarkan ke pasaran warna lain.

Saya tanya,produk ni selamat tak untuk digunakan?pegawai tersebut hanya tersenyum. Belum masuk lab,kita tak tahu kesan masa panjang. Walaupun dia tulis guna bahan semulajadi,tapi dalam bentuk tablet,bermaksud ada dos. Contoh gamat. Gamat bahan semulajadi,tapi kalau berlebihan guna,memudaratkan.

Kecewa. Saya rasa tertipu. Berani betul owner letak diluluskan kkm. Memangla lulus untuk pengkelasan makanan tapi tu bukan kelulusan sebenar. Balik saya terus wassap stokis apa yang saya tahu dan saya minta duit saya dipulangkan. Saya pos balik produk tersebut. Saya nasihatkan stokis agar bagitahu owner,mintalah kelulusan kkm betul-betul. Yelah,setakat ni memanglah ok,tapi tak tahu kesan jangka panjang. Tak rasa berdosa ke buat macam tu?

Saya bukan nak aibkan sesiapa dan anti produk tempatan. Saya seronok dan bangga bila orang tempatan mampu mengeluarkan produk sendiri. Tapi TOLONGLAH buat elok-elok dan jangan menipu pengguna. Jika alasan prosedur rumit, tu adalah untuk kebaikan jangka panjang pengguna. Saya tidak tahu prosedur yang detail,harap pihak NPRA pon dapat memudahkan urusan. Saling membantu antara dua pihak dan janganlah ambil kesempatan sesama pihak. Jangan ada kepentingan tertentu.

Jika saya tersalah dalam penjelasan mengenai pengeluaran produk,harap diperbetulkan. Ini apa yang saya faham dan dengar. Nak tahu lebih lanjut,boleh ke NPRA sendiri. Jom jadi pengguna yang bijak. Start semak produk yang tengah anda gunakan.

Psstt:doakan saya dapat kerja ea..terima kasih semua sudi baca. Maaf salah silap dalam bicara.

– Rasa tertipu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit