Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana approve perkongsian aku ni. Semoga, dari perkongsian cerita aku ni, dapat menyuntik kesedaran dalam diri semua agar cakna dan menghargai kesihatan diri masing2.
Aku seorang yang positive minded. Namun aku sedar, kadangkala terlalu positif juga tak bagus. Boleh membawa kesan buruk kepada diri. Kisah aku, aku seorang yang intensif bersukan dan sangat menjaga diet aku.
Pemakanan aku, aku cut semua lauk berkuah. Dan lauk2 berminyak aku kurangkan. Karbohidrat pun aku cut, sumber makanan aku protein dan fibre je. Ini hanya sementara sebab aku tengah intensif nak turunkan berat badan masa tu.
Diringkaskan cerita, suatu hari aku rasa badan dah tak sedap macam nak demam (rasa dedau). Tapi aku tetap gagah kn diri pergi kerja dan continue diet macam biasa. Keesokkan harinya, tiba2 aku tak larat langsung nak bangun dari katil.
Satu badan aku rasa bisa sangat. Memang tak larat lemah, terbaring je. Alhamdulillah esoknya bila aku dah mula sihat sikit, aku pergi klinik minta doktor ubat demam dan antibiotik. Alhamdulillah demam dah baik. Dalam dua hari sihat dah. Namun, keadaan aku jadi makin teruk.
Esoknya, aku dah mula rasa kaki aku kebas2 dan ketat. Aku pelik juga “eh dah kenapa kaki aku ni” . Tapi aku still cuba positif. “Arghh takde apa ni, nanti2 baik la tu”. Ternyata sangkaanku salah. Besok paginya keadaan aku jadi makin teruk.
Aku bangun pagi aku rasa kaki jadi makin teruk. Makin berat, ketat dan kebas. Aku dah mula risau, tapi aku try untuk positive lagi. “Argh takde apa ni.” Selepas makan tengah hari, aku terpaku dan tersentak bila aku berdiri bangun dari kerusi je, lower limb aku terasa macam nak lumpuh.
Dari pinggang sampai kaki aku lemah sangat2. Boleh kata seolah2 macam dah 40% atau 50% lumpuh. Aku dah risau sangat masa tu. Aku jalan pun dah lemah. Since bilik aku kat tingkat 2, aku paksa kaki aku turun juga perlahan2 dan inform mak aku nak pergi klinik.
Sampai je di klinik, aku jatuh. Sebab memang kaki aku makin lemah masa tu. Yang aku sendiri tak tahu apa penyakit aku ni. Doktor pun suruh aku cepat pergi hospital buat ujian darah.
Then, aku terus pergi satu hospital ni. Doktor kat sana check, kaki aku lemah, jari2 kaki dh susah nak gerak, refleks lutut aku hilang, so doktor tu kata ni masalah saraf. Since hospital tu agak baru, jadi diorang takde pakar saraf kat situ.
Diorang terus hantar aku ke hospital lain naik ambulans. Masa tu dah malam. Esoknya baru doktor pakar saraf datang cek aku lagi sekali dan dia buat ujian darah, ujian air tulang belakang dan ujian test saraf guna elektrik.
Ternyata dari keputusan tiga2 ujian tu, aku dikonfirmkan oleh doktor bahawa aku diserang penyakit misteri yang tidak diketahui apa puncanya. Nama penyakit tu, Guillain Barre Syndrome.
Secara ringkas, penyakit ni disebabkan antibodi badan sendiri jadi makin kuat dan dah haywire, so dia serang saraf periferal badan sendiri.
Dan perlu aku nyatakan di sini, penyakit yang aku diuji ni bukan la sebab diet aku yang tak sihat, tapi sebab tindak balas antibodi tu sendiri yang sepatutnya serang virus, tapi dengan saraf2 sekali dia attack.
Alhamdulillah, aku cepat dapatkan rawatan. Jadi saraf lower limb aku je affected dan damaged. Penyakit ni memang makan masa nak fully sembuh. Tempoh 6 bulan hingga 2 tahun juga.
Jadi aku dah 3 bulan dalam recovery process, boleh aku katakan 2 bulan pertama recovery progress aku quite rapid, tapi masuk bulan ketiga ni jadi slow.
Oh lupa, memang awal2 haritu aku guna kerusi roda sebab tak boleh jalan dan berdiri lama. Makin lama kaki makin kuat sikit, aku dah beralih ke tongkat 4. Dan sampai sekarang aku guna tongkat 4 tu lagi.
Kesimpulan aku nak kata kat sini, jangan ambil ringan sangat terhadap kesihatan diri kita. Jangan terlalu positif walaupun badan dah bagi signal untuk pergi dapatkan rawatan.
Tak kisah apa2 sakit pun. Terus pergi klinik atau hospital. Jangan ambil ringan dan abaikan kesihatan diri. Lagi2 sakit yang melibatkan saraf seperti rasa mencucuk2, rasa kebas, rasa berat atau lemah, rasa kejutan elektrik, rasa terbakar pada anggota2 badan dan sebagainya.
Sekian sahaja ringkasan cerita aku ni. Doakan aku semoga cepat sembuh dan dapat kembali beribadah seperti biasa dan tolong mak ayah aku selagi mereka masih ada. Diorang dah tua, dah serba serbi tak larat. Aku pula diuji dengan sakit ni, jadi mak ayah aku penat. Aku tak sanggup tengok mereka penat.
Okay guys. Doakan aku semoga cepat sembuh sepenuhnya dari penyakit ni, dan doakan semoga penyakit ini dan penyakit seperti ini tak berulang lagi kepada diri aku. In shaa Allah, ada doa di antara kalian yang pasti Allah perkenankan. Aamiin. Terima kasih banyak2 semua.
Jika ada yang nak tahu tentang pengalaman aku dengan lebih details, leave down your comment. Nanti aku akan pm korang. Assalamualaikum.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit