Untuk part I, (https://iiumc.com/lumpuh-yang-tak-diduga-gbs/).
Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve post ni. Tujuan utama aku tulis post ni untuk menandakan tanda syukur dan terima kasih banyak2 tak terhingga kepada semua yang mendoakan kesembuhan aku.
Terima kasih juga pada yang share post haritu supaya lebih ramai lagi di luar sana yang mendapat manfaat berkenaan penyakit Guillain Barre Syndrome (GBS) ni.
Aku juga bersyukur kerana dari perkongsian aku tentang penyakit rare ni di IIUM confessions, barulah aku tahu rupanya ada juga rakyat Malaysia yang lain pernah diuji dengan penyakit GBS ni. Setidaknya mereka berkongsi pengalaman dengan aku dan memberikan tips2, nasihat dalam menjalani proses pemulihan serta kesembuhan seperti sediakala.
Bagi pembaca baru, mungkin tertanya2 apa penyakit GBS ni? Secara ringkas, penyakit gbs ni sejenis penyakit rare dan pelik kerana puncanya masih menjadi misteri. Penyakit gbs ni adalah tindakan balas antibodi badan menyerang saraf2 periferal sendiri.
Apa simptom2 dia? Secara ringkas, simptom utamanya kelemahan otot atau lumpuh bermula dari bawah menaik ke atas. Di samping itu, akan mengalami kebas2 kaki atau tangan, bentan urat, serta rasa ketat, berat pada kaki dan hilang keseimbangan badan.
Mesti ramai tertanya2 penyakit ni ada ubat ke? Alhamdulillah Allah jadikan setiap penyakit ada ubatnya melainkan kematian. Penyakit GBS ni ubat dia ada dua yang terbukti berkesan setakat ni. Sama ada suntikan IVIG (kumpulan antibodi2 sihat) atau Plasmapheresis (pengasingan antibodi dari darah). Dua2 ubat ni berfungsi sebagai penstabil antibodi badan yang dah haywire dan terlebih kuat.
Ingin aku kongsikan di sini, rawatan IVIG itu sangat mahal minimum RM35 ribu. Tapi aku ada dengar juga yang ada rawatan di beberapa hospital kerajaan juga memberikan rawatan IVIG instead of Plasmapheresis. Tapi korang jangan risau, dua2 rawatan sama je keberkesanannya dengan izin Allah.
Biasanya dalam tempoh 5 hingga 7 hari antibodi badan akan kembali stabil. Setelah itu, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tiada lagi serangan kepada saraf2 periferal badan.
Adapun ujian dan rintangan selepas itu ialah kesabaran menanti dan mengharungi kesan2 akibat penyakit GBS ni. Dikeranakan saraf2 periferal badan sudah rosak, ia sangatlah mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan terjadi semula.
Kajian mengatakan 1mm saraf terbentuk semula setiap hari. Lantaran itu, pada saat ini kesabaran dan semangat yang kuat memainkan peranan sangat penting. Dalam masa menanti saraf2 yang rosak tu terbentuk semula, senaman bina otot dan rawatan fisioterapi sangat2 membantu bagi menghidupkan semula otot2 yang lemah atau lumpuh.
Hakikat yang perlu kau terima, kau mungkin perlu belajar menggunakan kerusi roda pada peringkat awal mungkin 1 hingga 3 bulan. Selepas itu, beralih kepada tongkat 4 dan tongkat 2. Akhir sekali, barulah kau akan dapat menikmati kembali nikmat berdiri dan berjalan. Itupun, belum sembuh sepenuhnya.
Kau masih kena sabar dengan masa untuk dapat kembali kekuatan dan kecergasan sepenuh badan. Macam aku, walaupun bahagian pinggang sampai kaki je yang diserang sarafnya, tapi kecergasan stamina dan tenaga terkesan juga seluruh badan.
Normal bila kau rasa cepat penat, cepat lenguh, menggigil satu badan dan sebagainya. Ujian2 ni yang pasti ditempuhi oleh setiap pesakit GBS. Tapi satu hari yang pasti akan tiba untuk kau sembuh sepenuhnya. Kena sabar dan yakin dengan Allah.
Okay di kesempatan ini, aku ingin berkongsi progress aku. Asbab dan berkat dari doa ramai pihak, progress aku masuk hari ke 96 ni kembali rapid dan positif. Alhamdulillah, kaki dan pinggang aku semakin kuat. 60% kaki kanan sembuh, 40% kaki kiri improve. Aku dah boleh berdiri dan berjalan lama sedikit dari dulu.
Akhir kata, sekali lagi aku ucapkan ribuan terima kasih kepada yang mendoakan dan terus mendoakan kesembuhan aku supaya aku dapat kembali beribadah dan berbakti kepada mak ayah aku. In shaa Allah, Allah pasti membalas budi dan kebaikan kalian di lain masa.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit