Assalamualaikum.. Alhamdulillah kita semua sihat masih berdaya lagi nak online kan. hehe.
terima kasih team iium kerana adanya page ni. Adakalanya aku, dapat manfaat darinya dan ramai lagi kat luar sana begitu juga.
okay, aku ceritakan serba sedikit mengenai aku. Aku, perempuan, belum berkahwin dan hampir mencecah 30 tahun. Aku juga penghidap depression.Dan aku tak pernah rasa happy kalau orang tau aku ada penyakit ni. apa manfaatnya kalau rajin pulak sebut ayat aku ada depression. Bagiku, tu kekurangan aku. masing-masing ada kekurangan, kan.
..
Aku tak pernah bercinta. Tapi, aku pernah benar-benar suka akan seseorang. Aku dan dia pernah berkawan, keluar dan mesej & call. Tapi, rupanya, aku bertepuk sebelah tangan.
.
Aku graduan ijazah tapi bekerja pakai spm. aku rasa ramai ja macam aku bab ni.
..
aku sebenarnya tulis ni nak bagitau kisah cinta aku, aku nak sangat move on tapi susah ek.
.
tapi niatku tersekat. tengah tulis ni aku teringat nak bagi semangat untuk orang di luar yang berpenyakit seperti aku. Aku sebenarnya pada awalnya didiagnosis skizophrenia. aku bertambah sedih bila dapat tau ni. Didiagnosis macam tu pulak masa aku berumur 21 tahun. Dan bila aku berumur 26, aku mula telan pil untuk masalah depression. Dan sekarang aku ambil kedua-dua jenis ubat penyakit tu.
.
Sedih bila pikir muda-muda dah kena telan ubat setiap hari. Tapi hidup ni bila pikir balik, simple ja.. Aku hamba Allah yang hidup aku sembah Dia dan amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Banyak sunnah Nabi Muhammad SAW yang aku boleh ikut dan buat sementara aku mampu. Bahkan bila difikirkan, urusan kahwin bukan daya aku nak tentukan dengan sapa aku patut berkahwin dan hidup bersama.
.
Sekarang aku bahagia dengan hidup bersama keluarga. Aku masih ada mak ayah yang aku belum puas berbakti dan jaga.
.
Untuk penyakit aku, dulu aku hampir alami sleep paralysis setiap malam. Dan kini, dah tak lagi. Aku selalu ingatkan diriku baca Al-Quran sehelai sehari. Dan surah Al-Waqiah dan Al-Mulk juga aku amalkan. Yassin dan Kahfi kadangkala.
.
Aku bekerja namun setengah pendapatan aku untuk komitmen hidupku termasuk ptptn. Aku suka shopping walaupun window shopping saja. Aku tak kisah keluar shopping sorang. Aku tak berdaya nak ambil hati orang di sekelilingku dan aku agak senyap dengan orang yang aku tak ngam. Aku cuba gembirakan hatiku sendiri kerana itu yang aku mampu. Maksud aku, aku tak kisah kuar shopping atau makan sorang bila rakan sekerja kadangkala tak ajak pon keluar sama. Lagipon niat nak keluar tu tak sama, aku kalau keluar lebih suka tengok baju-baju atau barang mekap. Mereka pula dah bekeluarga kadangkala keluar cari bahan nak masak. Cuma, kadangkala adala aku join.
.
Aku kadangkala ada ja rasa rendah diri. Macam-macam soalan yang aku sendiri tak mampu jawab.
1. Kenapa orang tak suka aku? (my ex)
2. Kenapa aku susah sangat dapat kerja yang sesuai?
3. Kenapa berat aku makin bertambah? (huhu)
yang ni mungkin sebab emosi aku turun naik. kesan ubat.. tapi tula, aku taknakla gemuk sangat sampai baju yang ada tak muat.
4. Kenapa aku sakit?
Tapi, aku sedar dalam aku sakit,,ramai lagi kat luar sana yang menderita yang bagi mereka, nasib aku lebih baik. Aku selalu ingatkan diriku semula untuk bersyukur.
.
Aku sebenarnya teringin sangat nak hidup normal tak perlu telan ubat tiap malam. Aku juga nak rasa yakin dengan diriku.
.
Aku masih lagi simpan keinginan sambung belajar . Salah satu hal yang aku boleh bagitau untuk diri rasa tenang ialah baca Al-Quran dan bersyukur.
.
Rasanya habis setakat ni saja. Karangan aku memang boring dan skema. Lagipon aku minat bahasa. hehe.
.
Akhir kata, untuk yang belum berkahwin dan selalu ditanya atau diacah-acah perihal kahwin, buat taktau jalah ngan mereka. Lagipon yang lalui semua tu kita. Selagi bujang, kita hanya perlu jaga diri dan keluarga agar setiasa lalui hidup ni dengan gembira. Lagipon kita tak tahu apa yang akan datang pada masa hadapan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang dan hargainya.
.
Sentiasalah berdoa setiap masa & luah pada-Nya. Diri akan rasa tenang.
– Yang terbiasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit