Aku terjaga lagi di tengah malam. Sehingga 3.00 pagi kurang lebih, mata bagaikan hilang ngantuk. Rasanya tak ada apa-apa sangat yang kufikirkan.
3 hajat utamaku, kehadrat Ilahi kumohon perkenankan. Kalian doakan ya hajatku tercapai.
Sepanjang siang semalam, kesedihan dan kemarahan beraja di hati. Aku tertipu. Rasa tertipu dan terbodoh buat aku moody seharian. Harap kalian jangan kecam aku. Jangan tambah moody aku. Tolong.
Aku terjebak dengan iklan muka buku yang indah khabar dari rupa. Entah apa-apa boleh aku tekan link order barangan yang dijual.
Memang barangan ni dah lama aku nak beli. Cumanya aku tak ada masa sangat nak ke kedai untuk membeli. Aku sibuk. Macam2 sibuk. Letih minda, letih fizikal dengan kesihatanku yang tak berapa baik. UjianNya untukku.
Ada 3 item barangan yang aku beli. Barang sampai, baru bayar. Antara 3 – 5 hari, baru barang sampai. Aku boleh tak kisah warna apapun yang penting selesa untukku pakai & barangan mestilah seperti yang aku order.
Walaupun dah ada something, indah khabar dari rupa, boleh aku abaikan. Order berkomputer. Tak tahu siapa owner. Selepas dapat call daripada penjual, call balik, tak dapat2. Aku masih tak peka.
Semalam aku letih sangat. Masa dapat call daripada penghantaran barang, aku tiada di rumah. Oleh sebab barangan tersebut perlu bayaran, Penghantar tak tinggal barangan tersebut.
Berbeza dengan Penghantar barangan yang ketiga, meminta aku bayar transfer sahaja. Barangan ditinggalkan dalam pagar rumahku.
Sampai di rumah, suamiku yang ambil barangan tersebut. Memang suamiku peka betul bab virus C19 sekarang ni.
Setiap bungkusan yang sampai memang suamiku yang jadi tukang spray dulu mematikan virus. Beliaulah yang buka dulu bungkusan barangan tersebut. Lain yang aku order, lain yang sampai. Syukur, duit belum bayar.
Tapi dalam wasap, aku kena marah dengan Penghantar barangan sebab aku nak pulangkan order. Aku sangat keletihan semalam. Mujurlah aku ada anak yang rajin melayan wasap tersebut.
Dalam wasap tu pun dah tak beradab cara jawab. Bijak jugalah cara anak aku settle masalah. Bagaimanapun aku tetap terkilan kerana ditipu.
Barangan 1 & 2, Penghantar sanggup datang hantar ke rumahku sekitar 6.00 ptg. Aku perasan anakku ada minta duit untuk barangan 1 & 2.
Anakku yang ambil duit dalam dompetku dengan pengetahuanku. Aku, dah terjelepok atas katil.
Pagi tadi baru aku lihat barang 1 & 2. Ya Allah SWT, sakitnya hatiku. Harga barang RM108.00, barangan yang sampai rasanya paling mahal pun mungkin sekitar RM10.80 sahaja.
Suamiku cadangkan buat hadiah kepada sesiapa pun, aku tak sanggup. Hish geramnya. Entah macam mana aku boleh bodoh bertingkat2 minggu ni?
Sekian..
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit