Lupa Nak Didik Mulut

Assalamualaikum. Sekadar berkongsi rasa. Jutaaan terima kasih buat admin sekiranya confession aku disiarkan. Aku pernah tinggalkan iium confession ni suatu masa dulu sebab aku benci baca komen2 yang terlalu teruk oleh tukang komen yang merasa terlalu bijaksana.

Memang adakala yang kita baca tu penulisan yang berserabut menggambarkan betapa huru haranya jiwa mereka. Betapa geloranya hati dan mental mereka. Sudahnya yang komen2 penuh sindiran kecaman.

Tapi hari ni aku rasa nak luahkan sesuatu. Aku tak peduli lah nak komen apa. Terserahlah. Okayy. Apa aku nak luah ni berkisar pasal kecaman ni jugak sebenarnya. Bismillah.. aku cuba..

Kalau kita semua peratikan sekarang dah terlalu ramai pakar2 perubatan cuba sedikit sebanyak mendidik masyarakat tentang penggunaan produk kosmetik jamu supplemen bahaya bagai. Syabas dan tahniah. Bila mereka ni semua gigih menyedarkan mendidik masyarakat terpulang pada kita nak terima atau tidak.

Tapi pada masa yang sama kita lupa nak mendidik mulut kita. Cuba buka mata hati lihat sekeliling kita. Apa masyarakat buat. Apa punca kita jadi obses nak putih nak cantik bagai? Obses, kita obses sebab tu kita tolak tepi soal bahaya.

Lihat macamna jurang kita bina antara orang cantik dengan tak cantik? Lihat.. aku tak kecam orang cantik tak cemburu bahagian masing2. Tapi kita masyarakat dah banyak terdidik soal bahaya kosmetik tapi lupa nak mendidik mulut kita.

Soal pilih kasih ni tak perlu pergi jauh dalam keluarga pun dah biasa dengar. Si kakak ni ibu sayang adik nya kurang sikit. Kakak nya cantik kemana2 dipuji2. Usahkan berdepan dengan masyarakat begitulah layanan.

Aku paham itu biasa soal kasih sayang ni susah nak dibagi sama rata. Tapi kita ni masyarakat patut didik mulut kita hentikan segala kejian.. makian pada orang yang kurang . Kata doktor depression tu berlaku bukan dalam masa yang singkat tapi melalui proses penderitaan yang lama. Aku bukan pukul taram sama jenis depression tapi ini satu contoh.

Cuba masyarakat bayangkan macamana dengan jiwa kanak2 yang sering dihina, dimaki, diejek sejak kecil. Mampu kah dia menjadi seorang yang yakin dengan diri atau dia cenderung mengasingkan diri. Setiap kekurangan orang kita jadikan bahan mainan. Inilah kita.

Percayalah sekuat mana ibu bapa menyokong mereka, jauh sudut jiwa mereka hancur sebab apa? Ibu bapa tak selalu ada dengan mereka. Mereka perlu berhadapan dengan masyarakat tapi apa kita buat? Apa yang keluar dari mulut kita?

Selain tu kalau kita peratikan. Kita obses nak sempurna bukan apa sebab nak senang kutuk orang lain. Kita nak kurus sebab boleh kutuk orang gemuk. Kita nak cantik supaya boleh kutuk orang buruk. Perlahan2 kita hentikan perangai suka kutuk orang ni. Sebab bila sudah sebati memang susah nak buang. Sedikit sebanyak insecurities terbit dalam diri. Mulalah kita jadi obses.

Aku masih ingat lagi ada pakar motivasi datang sekolah aku dulu. Dia ada cerita orang yang ada rupa lebih berkeyakinan berbanding mereka yang kurang sikit. Sebab apa? Mereka sering diterima, dilayan baik. Mana mungkin mereka diejek. Dalam jiwa mereka tiada trauma diejek dimalukan dihina berbanding yang kurang.

Jadi sampai bila kita nak buat double standard macam ni? Sampai bila? Sampai anak kita pun lahir kurang dari segi rupa baru kita nak sedar? Jadi sekiranya kita nampak orang yang kurang segi rupa kita pegang tangan paut kemas2 bantu mereka bina keyakinan bukan hina.

Apa yang sebenar2 nya yang aku nak sampaikan jagalah mulut. Pros are struggling to educate about toxic cosmetics but we forgot to educate ourselves what we gonna say to others. Shame on us. Tak salah nak cantikkan diri buat lah apa yang boleh dan diizin syarak supaya yakin diri. Yang penting jangan obses. Obses buat kita buta.

Apa aku luahkan apa mulut masyarakat lemparkan jika seseorang kurang dari segi rupa. Kalu kurang bahagian lain, lain pulak caranya. Janganlah nak relate soal harta, cerdik pandai, skills. Ini contoh kekurangan dari segi rupa. Clear?

Ingat tak cerita seorang wanita ahli ibadah masuk neraka kerana mulut yang sering mencaci jiran.

Lemparkan kata2 yang baik kita tak tahu hati siapa yang sedang menangis. Didik mulut kita tuturkan yang baik2 kerana itu menggambarkan hati kita. Lagi satu apa yang kita kata kat orang kita akan makan semula. Percayalah.

~Akulah masyarakat itu~

– Miss M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit