Hari ini merupakan hari lahir aku. Genap 26 tahun atas rahmat Allah. Alhamdulillah. Tak mudah rupanya nak berada takat ni. Birthday celebration? Takda. Aku biasa setiap tahun birthday umpama hari biasa yg aku lalui.
Tapi kat sini aku bukan nak story pasal birthday. Cuma nak share life aku 26 tahun ni. Aku bujang. Bujang without boy to control me. Biasa aku sangat independent. Semuanya aku handle sendiri, fixed sendiri, harung sendiri. Maybe situ kekuatan aku. Cuma dua benda ni je kelemahan aku. Waktu malam dan air mata. Sangat2 melemahkan aku.
Hari hari aku mintak kat Allah, mudahkan rezeki. Allah bagi aku kenyang hari2. Yes normal things to others tapi aku dah tak berkira soal belanja makanan aku. Kedua, kurniakan pendidikan yang boleh mengubah kehidupan aku. Allah dengar! Now aku nak masuk third year kat uni as part time student.
Ketiga, aku perlukan sangat kereta sendiri untuk survive dalam hidup ni. Banyak hal masa tu nk kuarkan kereta sampai giving up. Ke kl ke melaka pernah lah dgn dua roda je. Aku tak merungut, cuma aku nak bg keselesaan orang tua aku merasa senang atas pengorbanan dorang. Allah dengar time tu. Dapat seketul cinonet yg aku drive pergi kerja hari2. Menangis aku time drive kereta sendiri.
Soal kerja. Banyak pengalaman aku dapat. Aku kerja private sector. Dulu awal2 kerja hidup ngan mesin fotostet je. Now Alhamdulilah aku dalam golongan top management. Banyak kali aku nangis merayu kat Allah nak kerja yang luaskan rezeki aku. Tanak merungut. Guys, bila korang kerja nilah korang sendiri nampak keberkatan gaji tu. Nampak je tak cukup bulan2 tapi tengok cara Allah mudahkan sampai gaji bulan depan tu.
Aku ni bukan lah alim. Ada time tak cukup 5 fardu. Nasib ada kawan selalu ingatkan aku. Lama lama menginjak nak 27 tahun, aku lupa satu perkara. Bukan lah lupa cuma lama dah aku tak ambil berat soal tu. Doa dengan Allah pasal benda tu boleh kira pakai jari. Mungkin aku terlampau sangat dengan susun atur hidup, aku abaikan checklist tu. Entoh, aku pada mula fikir aku tak perlukan sekarang but aku dah mula rasa sunyi.
Untuk ada seorang pasangan. Yes aku jarang doa request benda tu. Sebab dalam beberapa tahun lepas, I had lost someone special dalam hidup aku. But he already married. Sebelum tu, aku doa kat Allah. Kalau betul dia jodoh aku, dekatkanlah kami. Satukan kami. Kalau dia bukan jodoh aku, jauhkan lah dia dari penglihatan dan pemikiran aku.
Allah makbulkan. Dia pun kahwin dengan orang lain. Tipu kata tak frust. Aku rasa masa tu Allah tak adil. Tak jawab request aku. Lama lama aku biasakan hidup aku dengan sendiri. Adelah aku kenal beberapa lelaki yg boleh kira dengan jari. Tapi tak kekal lama. Bukan lah tak menepati ciri cuma aku tak nak berlaku lagi.
Parent aku divorce lama dah. Tapi kiteorg okay cuma aku amat terkesan apa yg jadi. Sampai head of mind tak nak anak aku esok alami macam mana aku kena. Yelah bila esok kita jadi emak mesti sacrifies sume untuk anak tapi even aku ni indepemdemt sekali pun untuk jadi single mother tidaklah.
Tu bila aku balik kerja, aku biasa melepak kat rumah. Kalau kawan2 lain mesti date, atleast keluar dinner dgn partner. Weekend pergi kenduri dengan boyfriend masing2. Aku? Kelas atau tolak trolley sengsorang kat tesco. Rasa itu yang tak serabutkan aku.
Aku mengaku sunyi tu makin terasa. Cuma aku tak rasa nak expose soal perasaan ni. Nak dapat kawan lelaki yg nak baru kenal pun susah. Entahlah, tipu tak kata ada yg nak rapat kenal. Aku ambil jalan tanak deeper issue hal tu. Aku takut. Aku pun malu dengan Allah, nak mintak jodoh sedangkan layak ke aku memiliki seseorang yang boleh jaga aku sampai akhir hayat? Releven lagi ke pikir macam tu?
Maybe readers akan cakap nanti sampai lah jodoh tu, wait and see je. Tapi bagi aku, bukan lah apa yg aku ada ni cukup. Tidaklah. Cuma aku mahu seseorang ada susah senang aku, bersabar, bimbing aku.
Dan aku tahu tak semudah itu yg aku akan dapat….
– Strong Birthday Girl
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit