Lupus 

Salam kepada semua. Nama aku intan. Aku sudah berkahwin . aku seorang penghidap SLE@Systemic lupus erythematosus. Aku rasa 70% daripada rakyat Malaysia tidak pernah dengar akan penyakit ini. Dipedekkan cerita sakit ini seperti antibodi yang sepatutnya lindungi kita serang organ dalam badan kita.

Yang menjadi masalah besar bagi aku adalah kerjaku. Siapa yang nak ambik orang macam aku? Aku ok. Aku boleh buat semuanya? Bila aku bekerja ,tiada siapa faham penyakit ni. Ada masa ia ‘tidur’ . Namun bila penyakit ini ‘bangun’, kau hilang segalanya. Cuti sakit perlu diberi dan ada masanya aku perlu masuk ke wad.

Aku adalah seorang lulusan kejuruteraan. pengalamn dalam bidang ini 4 tahun sudah tapi faham sahaja la orang macam aku tak pernah lama satu company. Sebab apa? sebab penyakit lupus ni. Bila lupus menyerang aku separuh mati. aku terpaksa cuti dan orang tidak selesa dan minta aku berhenti. salahkah aku seorang lupus?

Aku perlu bekerja . cita dan minatku pada kejuruteraan sangat dalam. apa aja aku boleh buat. walaupun aku perempuan. Aku bekerja demi membayar bilku. Ubatan perlu dibeli. Hutang perlu dibayar. Salahkah aku seorang lupus?

Bila tak bekerja aku resah. Namun aku fobia adakah benda berulang bila bekerja nanti. aku benci sakit ini. Berapa kali aku rasa seperti mahu mati.Ya, buat pengetahuan penyakit ini tiada ubat. ubat steroid hanya dimakan untuk mengawal dan tidak payah la cerita pasal kesan ubatnya sahaja. cukup membebankan.

Aku ok. aku kuat. Namun aku begitu sedih bila tak bekerja. citaku besar. rakan lain masa pengajian semua berjaya.

Aku berdoa agar aku pulih. aku taknak mengalah lagi.

Salahkah aku seorang lupus?

– Intan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit