Luruskan Niat Sebelum Beramal

Assalamualaikum, saya Nurul.. Terima kasih kepada Admin jika siarkan confession saya ni..

Saya selalu terbaca penulisan mereka yang mengamalkan sekian-sekian amalan, kemudian mereka akan mendapat sekian-sekian yang berupa bentuk habuan dunia seperti pekerjaan, harta, dan sebagainya..

Contohnya, “saya sentiasa istiqamah bangun solat Tahajjud, sebab tulah saya mudah jawab exam.”

“Saya istiqamah mengamalkan solat Dhuha, rezeki semakin bertambah, dulu nak save duit untuk isi minyak kereta pun tak lepas, tapi sekarang dah boleh pergi travel ke luar negara tiap-tiap bulan.”

“Saya rajin bersedeqah, makanya saya dinaikkan pangkat dan gaji juga dah bertambah.” Dan bla bla..

Nampak macam best je kan? Bila kita baca atau dengar cerita-cerita macam ni, terus rasa semangat giler nak amalkan tu semua.. Tak salah untuk jadikan kisah-kisah tersebut sebagai inspirasi untuk istiqamah beramal.. Tapi kena hati-hati dengan niat kita sendiri..

Dalam Malfuzat Maulana Ilyas رحمه الله, (beliau merupakan pengasas Jemaah Tabligh), beliau ada berpesan lebih kurang begini,

1) Setiap amalan yang dilakukan hendaklah bertujuan mendapat redha Allah..

2) Kenalah beramal dengan penuh keyakinan terhadap akhirat.. Kerana, bila kita beramal untuk mendapat redha Allah dan juga keyakinan terhadap akhirat, makanya di akhirat kelak kita akan beroleh manfaat.. Sama ada kita mendapat pahala atau pun dihindar daripada azab seksaan api neraka..

3) Walau amalan apa pun, kita jangan sesekali berniat untuk mendapat duniawi.. Segala manfaat duniawi tersebut, memang dengan sendirinya kita akan dapat di dunia ini.. Itu pasti.. Namun, itu bukan maksud yang sebenarnya kita beramal.. Tak salah kita yakin yang kita akan dapat semua habuan duniawi tersebut, tapi jangan jadikan itu sebagai TUJUAN kita beramal..

Inilah perkara-perkara yang kita wajib betulkan untuk meluruskan niat sebelum kita lakukan apa-apa amalan.. Maulana berpesan lagi, “Jika perlu menceritakan tentang kisah memperolehi manfaat dunia tersebut, bicaralah, tapi jangan dibicarakan di setiap tempat.”

Maksudnya, cerita bila rasa perlu sahaja sebagai galakan untuk orang lain beramal.. Jangan lupa untuk fahamkan mereka tentang TUJUAN sebenar amalan tersebut..

Wallahu’alam.. Semoga bermanfaat..

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit