Mak

Mak, aku rindu mak. Aku minta maaf tak dapat jadi anak yang baik. Di hujung-hujung usia mak, aku jauh daripada mak.

Maaf mak, disebabkan kesibukkan menguruskan anak-anak dan sikap pentingkan diri dan penat sendiri, aku kurang bertanya khabar, kurang menghubungi mak.

Berbeza ketika usia remajaku yang sentiasa menghabiskan beribu saat untuk menceritakan hari-hariku.

Maafkan semua dosa-dosa aku mak. Aku mesti selalu membuat mak berkecil hati dengan sikap aku.

Macam-macam kenangan kita mak.

Dari usiaku kecil sehingga aku melanjutkan pelajaran ke universiti mak menghadapi sikap-sikapku yang rebel dalam menempuhi alam remajaku. Ada masa baran dan kekurang ajaranku mesti melukai hatimu.

Perkara-perkara jahil yang aku lakukan di belakang pengetahuanmu atas kepercayaanmu, aku sesali mak.

Aku sentiasa meminta kemaafan daripadamu mak. Aku betul-betul memaksudkannya mak. Walaupun kau tidak jelas apa salahku, yang jelas aku memang pendosa.

Pendosa yang sentiasa harap mendapat restu daripadamu dalam menempuh hidup kerana keberkatan doamu, seorang ibu.

Hatiku bahagia dengan kata-katamu ‘yelah mak maafkan semua’

Mak, aku minta maaf mak. Aku menyesali waktu-waktu yang tidak aku manfaatkan untuk membahagiakanmu.

Kau cukup bahagia walaupun dengan waktu-waktu singkat yang aku luangkan untuk menjengukmu.

Maafkan aku mak. Sepanjang aku belajar hidup berkeluarga dan menjadi ibu, aku hanya dapat membahagiakanmu dengan cara yang paling sederhana.

Raya tahun ini raya terakhir kita bersama. Raya terakhir juga aku dapat peluk dirimu yang hangat bernyawa. Raya terakhir dapat kuberikan kucupan di pipimu.

Mak, aku sayang mak. Sumpah mak, aku sayang mak.

Aku harap sebelum mak pergi, mak reda atas diriku, ampunkan dosa-dosaku. Maafkan aku mak. Aku lambat melunaskan impianmu untuk menatap anak kecilku.

Mak, aku betul-betul merasa kehilangan. Hatiku sentiasa berkata-kata kalaulah itu kalaulah ini. Dapatkah kau mendengar suara hati ini mak?

Sayangnya, waktu tidak boleh diputar lagi mak.

Semalam, Jiwa ini hancur mak saat ku kucup pipi dan dahimu yang sejuk tidak bernyawa.

Tiada lagi suara-suaramu tiada lagi kerisauanmu menjengah langkah-langkah yang aku atur dalam hidup.

Tiada lagi doa dan dukunganmu dalam setiap apa yang aku lakukan.

Terlalu banyak pengorbananmu mak untuk aku kenang.

Terlalu banyak yang kau lakukan sebagai orang tuaku.

Setianya kau berkorban untuk anak-anakmu bahkan di sisa-sisa hidupmu, kau sentiasa mengharapkan keadaanmu tidak menyusahkan anak-anak.

Aku berjanji akan setia berbakti untukmu dengan doa-doa dan amal yang mampu aku kirimkan.

Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosamu. Semoga lapang tempat kau berehat.

Semoga syurga tempatmu, mak. Ya Allah berilah ibuku syurgaMu.

Aku sayang mak.

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيرًا

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.

Yang merinduimu,

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *