M4k Aku Curang

Reunion sekolah Mak aku HANCURKAN SEGALA-GALANYAAAA! Kalau boleh aku nak bunuh laki yang musnahkan segalanya!!

– Zaman sekolah –

Mak aku ada crush dengan laki ni pada zaman sekolah dulu. Selepas berpuluh puluh tahun Grup sekolah diorang ni diadakan sampai lah diorang meluah kan kisah kisah dulu.

Sampai satu tahap tetiba kawan sekolah mak aku ni invite lelaki yang mak aku suka dulu ni masuk ke dalam grup.

Automatically lah mak aku tanya siapa owner tu. Then CINTA BERPUTIK LAGI, ya Allah aku nak nangis.

Mak aku setiap hari telefon dia, text dia.. kalau aku datang dekat mak aku je, dia akan suruh aku pegi jauh jauh alasan nak rehat nak rehat nak rehat!!

Until i found out mak aku telefon kawan perempuan dia dengan cakap macam ni…. (ya Allah gugur jantung, tak lalu makan, demam sebab dia)

TELINGA AKU DAH PANAS sampai aku marah mak aku, aku dah lost control aku tumbuk dinding, aku hantuk kepala aku dekat dinding, aku jadi tak tentu arah.

Mama hanya menangis dan minta maaf.

Aku tak rela maafkan mama tapi sebab dialah mama…

Skip pada tahun yang seterusnya 2022.

Mama minta tolong ambilkan phone mama yang sedang charge di atas kabinet.

Semasa aku ambil tetiba naik satu noti jadi aku bergegas liat siapa dan baca smua chat mereka tanpa rasa segan, di facebook jugaa.

Waktu aku baca tu mereka gelarkan diri mereka dengan amat menggelikan.

Aku tanpa malu lagi aku marah mak aku dengan semarah marahnya aku. Aku baling fon aku sampai pecah.

Pada malam tu juga aku cakap dengan mak aku (doakan adik mati malam ni, adik tak sanggup tengok dosa yang mama buat).

Mama minta maaf dan terus peluk aku seeratnya. Mama berjanji tak buat lagi tapi aku tak percaya..

Pada tahun ini 2023 waktu tu Abah, Mama, dan aku di dalam kereta.

Mama suruh aku set up phone dia jadi aku yang di seat belakang pun set up la apa yang patut tetiba naik satu noti lelaki lain (kawan sekolah jugak)

Aku baca semua text diorang sambil menahan marah. Aku tak nak abah tahu tentang ni jadi aku bukak mesej aku spam mesej dan cakap,

“Jangan sampai aku bunuh kau malam ni kau ingat tu”

“Dia ada suami yang hebat dari pada kau dan dia dah ada 2 orang anak”

Dan aku bagi balik handphone tu dekat mama dan aku terus balik ke rumah.

Aku menangis setiba di rumah aku terus telefon abang aku yang berada di KL atas perbuatan mama.

Setiba sampai di rumah, Muka mama dah lain macam (btw abah takde abah pergi keluar ada hal)

Aku pun cakap, “mana phone tadi?” lepas tu mama bagi phone dia dekat aku.

Dengan berani nya aku telefon orang tu, dia angkat lepas aku jerit dekat laki tu dia terus end call.

Lepastu aku sakitian diri aku lagi dengan hantukkan kepala aku dekat dinding, aku terus baling handphone mama keluar rumah.

Aku cakap lagi dengan mama macam ni ,”mama telefon abah sekarang minta cerai! bukan sekali mama buat macam ni! jadi sekarang telefon abah dan minta cerai!”

Mama melihat aku dengan air mata yang mula turun. Aku tak sanggup abah dicurangi oleh isteri yang dia sayang.

Aku tak tentu arah aku minta mama untuk telefon abah dan minta cerai. Dengan perbuatan itu adakah aku anak derhaka?

Aku hanya anak kedua yang ingin membahagiakan keluarga nya, yang ingin menajalankan tanggungjawabnya sebagai anak.

Sekarang macam mana? Aku pun tak tahu lah. Hanya dia dan Allah sahaja.

– Qeenan- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *