M4k Bap4k JAIM

JAIM. Old school betul perkataan tu.

Sebelum pergi urban dictionary, biar aku bagitahu yang JAIM ialah singkatan bagi frasa “jaga imej”. Aku diperkenalkan dengan perkataan JAIM zaman asrama dulu.

JAIM zaman asrama sering merajuk kepada seseorang yang menjaga rapi kemas penampilan dan pakaiannya sehinggakan sedikit kedut pun boleh buat dia marah.

JAIM dalam konteks aku ialah mak bapak aku yang terlalu menjaga imej mereka dimata masyarakat.

Jaga imej untuk keihatan berjaya alim, baik, pemurah, mengambil berat, tapi hakikatnya tidak.

Aku Dahlia (bukan nama sebenar) berusia 24 tahun.

Ini ialah kisah tenang mak bapak aku yang JAIM.

Dari kecik, aku sering dibanding-bandingkan dengan anak kawan-kawan mereka atau makcik dan pak cik aku.

“Mama tengok anak kawan mam tu cantik pandai makeup. Kakak tak macam tu pun.”

“Anak jiran depan dah buat loan beli tanah tepi rumah, kakak kerja pun tak.”

“Anak kawan ayah dah grad kakak bila nak grad?”

“Sepupu kakak belajar kat Jepun kakak belajar dalam Malaysia je.”

Itulah serba sedikit perbandingan dan ungkapan mereka sering lontarkan kepada aku.

Mula-mula sakit hati. Lama-lama hilang sayang dan hormatku kepada mak bapak aku.

Bukan sahaja itu malah kalau boleh segala burukku ingin diceritakan kepada semua.

Kalau mereka boleh tempah slot Berita Awani atau Buletin Utama pasti mereka lakukan untuk menceritakan kesalahan dan aib akh kepada satu Malaysia.

Yang hairannya, perkara ini hanya berlaku kepada aku dalam kalangan adik beradik aku. Mungkin sebab aku satu-satunya anak perempuan.

Walaupun abang dan adik-adikku melakukan kesalahan yang lebih besar, kesalahan ku sahaja yang diceritakan dan digembar-gemburkan kepada orang ramai.

Aku menangis tidak mahu masuk asrama, tetap adik aku yang sama menangis didiamkan pula.

Aku mengalami masalah kesihatan yang teruk dijadikan bahan jenaka mak bapak aku kepada sesiapa yang mereka bersosial.

Aku umpama patung lawak. Mungkin Fool atau Joker seperti dalam istana budaya eropah.

Jika aku buat, salah mesti aku dimarahi dan mereka akan mengatakan bahwa mereka lah manga keadaan atas kezaliman aku.

Kezaliman aku ketika aku hanya ingin mereka mendengarku.

Itu juga diberitahu kepada semua untuk menjaga imej mereka. Mereka lah terpaling sempurna dan mangsa keadaan aku.

Dari muda sampai ke tua tiada perubahan. Daripada tidak mampu pergi umrah sampai bergelar Haji dan Hajjah perangai tetap sama.

Kini hampir tiap tahun pergi umrah, tapi anak-anak ditinggalkan diabaikan.

Orang luar kagum konon tiap tahun beribadah walhal mereka mencipta penjara di rumah.

Kesan mak bapak JAIM aku ni, aku tiada langsung perasaan kasih. Hormat? Jauh sekali.

Aku hanya melayan mereka sesuai dengan perintah Tuhan tanpa perasaan sayang.

Benci? Tidak. Menyampah pun tidak. Aku sudah mati rasa.

Aku tidak menganggap mereka sebagai ibu bapa. Aku hanya menganggap mereka sebagai mak bapak. Mak bapak aku yang JAIM.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *