M4k Mertua Jenis Berangin

Assalamualaikum hai semua. Saja nak meluah kan perasaan dekat sini, saya ni dah berumah tangga selama 10 tahun usia perkahwinan kami.

Selama kahwin ni juga duduk bersama mak mertua. Biasa lah diawal2 perkahwinan tu mesti lah indah kan.

Diawal perkahwinan dulu mak mertua saya siap bagitahu buat lah macam rumah sendiri,

Tapi tu lah ada seperkara lagi siap beritahu saya gelang batal air sembahyang tu cukup lah pakai sampai bila-bila tak payah beli lagi. Korang rasa? Kat situ aku dah terkejut juga..

Mak mertua ni dah pergi haji sembahyang tak tinggal memang keluarga diaorang ni alim lah tapi suami tak berapa alim sangat, biasa-biasa je..

Cuma ada 1 perkara dulu berlaku tau, masa tu aku belum kerja lagi diawal perkahwinan, kami keluar lah petang-petang tengok kalau-kalau ada kerja kosong dimana-mana,

Semasa balik tu terkejut kenapa lampu bilik kami terang sedang kan masa keluar tu tak bukak lampu, rupa-rupanye mak mertua buat sportcheck..

Memang dari situ tiap kali kami tak ada rumah dia akan masuk bilik kami, 1 hari tu barang aku hadiah nak bagi orang terkoyak, memang tu kerja mertua, sebab tak ada orang lain kat rumah tu,

Boleh mertua cakap tu kerja kucing, suami tegur jangan usik barang orang, memang time tu aku dengan suami tengah gaduh kecil. Balik tengok barang aku macam tu. Sape tak geram..

Selama ni aku diam je walau aku tahu selalu mertua masuk bilik time kami kerja sebab tiap kali balik jumpa tudung, cermin mata dia kat bilik kami, mungkin dia terlupa..

Aku ni jenis tak boleh simpan mesti nak tanya depan-depan, sampai lah berlarutan selama perkahwinan kami tu mertua suka masuk bilik,

Bile time aku beli macam-macam, pakai baju baru tudung baru suka perli-perli, sampai 1 tahap dia cerita kat anak perempuan nye aku habis kan duit anak dia.

Mertua aku ni jenis orang nye berjimat tapi jimat tak kena tempat lebih kepada kedekut lah, jenis berkira sampai lauk tak ada kat rumah pun dia buat tak tahu tak ada tolong langsung, aku kesian kat suami sebab dia keje sorang2.

Selepas kami ada anak sorang saya terus berhenti kerja, saya dan mertua pernah gaduh juga sebab benda kecik je, mertua suka perli-perli cakap belakang, aku tanya balik..

Tapi silap dia tapi tak nak mengalah tetap nampak salah saya juga. Puas dah saya makan hati, cerita kat suami pun tetap dia bela mak dia..

Sampai 1 tahap tu saya dah cukup sabar dengan semua ni. Dapat mertua yang jenis mulut cakap lepas,tak boleh ditegur dan tak terima teguran orang.

Saya dihina, dikata salah pilihan anak dia, Allah maha adil tunjuk ape yang dia cakap tu jadi pada anak dia..

Tapi masih tak insaf, ape yang saya boleh cakap serah segalanya pada Allah..

Pesanan saya untuk semua dekat bau taik, jauh bau wangi, biar banyak rumah jangan serumah..

Tak semua indah duduk serumah dengan mertua ni, jika dipertemukan dengan mertua yang baik hargai. Tapi nasib saya sebalik nye, hanya Allah yang tahu..

Mohon doakan untuk saya semoga kuat, sebenarnye saya dah tak kuat untuk bertahan ape yang saya fikir nak pulangkan balik anak dia pada mak nye. Sebab mak nye macam ni anaknye macam tu.

Saya dah penat jaga hati orang..

– Bedah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *