Kejadian ini berlaku semasa aku masih bergelar pelajar di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan. Aku masih ingat lagi ketika itu, aku berada di tahun 4 pengajian di pusat pengajian sains perubatan.
Apabila malam minggu mendatang, aku mempunyai tabiat yang agak pelik iaitu aku selalu akan ke jabatan kecemasan untuk mempelajari prosedur daripada segi praktikaliti sesuatu rawatan penyakit itu.
Jabatan Kecemasan HUSM ni (Emergency Department, ED), tidak kiralah medical student ke, pelajar ILKKM ke atau pelajar kolej swasta, kerja pasti ada dan akan sentiasa ada.
Dengan membantu kakitangan hospital untuk melaksanakan apa-apa pelan rawatan kecemasan, pada fikiran aku, barulah sesuatu prosedur tersebut akan melekat di otak aku buat selama-lamanya.
Maklumlah ilmu perubatan ni bukannya yang tertulis di dalam buku-buku perubatan sahaja yang rata-ratanya ditulis oleh orang luar negara.
Daripada aspek praktikalnya, kebanyakan daripadanya berlainan dengan aspek teori dan itulah sebabnya mengapa Clinical Practice Guideline (CPG) penting kerana rawatan yang ditulis itu semuanya berdasarkan yang paling sesuai untuk pesakit di Malaysia.
ED sentiasa ada kerja dan aku rasa, korang pun tahu; Pesakit yang memerlukan POP cast kerana patah tangan, pesakit yang perlu diambil darah untuk mencapai diagnosis provisional, pesakit yang memerlukan IV drip, pesakit yang memerlukan dressing, resuscitation dan lain-lain.
Emergency department adalah tempat yang baik untuk menimba ilmu pengetahuan daripada segi praktikal.
Apa yang aku nak kongsikan di sini merupakan pengalaman sebenar yang aku alami sewaktu itu. Kejadian ini bermula apabila seorang pesakit yang bernama Pakcik Isa (bukan nama sebenar) dihantar oleh keluarganya apabila dia hampir nak pengsan secara tiba-tiba.
MA yang menjaga kaunter triage terus meletakkan pesakit ini ke zon merah memandangkan denyutan nadinya agak laju di samping tekanan darahnya yang rendah.
Untuk pengetahuan korang, jabatan kecemasan mempunyai tiga zon; Merah iaitu kritikal, kuning iaitu separuh kritikal dan hijau iaitu tidak kritikal. Zon merah cuma ada 3 katil sahaja di sini di mana jumlah stafnya adalah lebih kurang sama dengan staff yang berada di zon kuning.
Jadi korang boleh bayangkan betapa ramainya staf diperlukan untuk merawat pesakit kritikal ini kerana di zon kuning terdapat lebih daripada 10 katil (tidak termasuk extension bed).
Lelaki berumur 68 tahun itu kurus badannya, daripada luaran sahaja pun boleh nampak tulang rusuknya yang bergerak mengikut alunan pernafasannya yang agak laju. Rambutnya putih, berjanggut tetapi tiada misai dan mukanya agak cengkung.
Pakcik Isa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease iaitu penyakit paru-paru kronik akibat merokok), dan pada hari tersebut, dia masih lagi merupakan perokok aktif di mana kali terakhir dia menghisap rokok adalah tengah hari hari kejadian tersebut.
Secara jujurnya, sewaktu medical student, kebanyakan daripada kami nak tahu cerita tentang pesakit atas dasar ingin belajar semata-mata, tiada langsung rasa untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Segalanya dilakukan atas sebab ingin belajar, mendapatkan ilmu sebanyak mungkin, itu sahaja.
Merokok atau tidak, sejarah penyakit, cerita terperinci apa yang berlaku sebelum dia dihantar ke hospital, jumlah pendapatan isi rumah berapa ringgit, anak berapa orang, semuanya ditanya dan adakalanya menyebabkan pesakit malas nak melayan terutama sekali yang bertanya hal-hal yang tidak masuk akal ini yang tidak berkaitan dengan penyakit pesakit.
Naluri seseorang pelajar perubatan untuk menyelamatkan nyawa hanya akan ada ketika dia mula bekerja sebagai doktor kelak. Memang itu adalah hakikatnya. Balik ke cerita asal, pesakit tersebut di triage ke zon merah, dan tekanan darahnya yang rendah, iaitu 90/60mmHg sahaja serta kadar denyutan nadinya yang laju.
Aku segera memasukkan branula hijau di kedua-dua tangan pakcik Isa setelah seorang house officer ini meminta pertolongan daripada aku memandangkan dia masih lagi attend pesakit di katil sebelah.
Setelah jarum dipasang, dengan pantas seorang staff nurse ini memasang intravenous tubing dan dialirkan cecair normal saline memandangkan tekanan darah Pakcik Isa yang rendah. Sebelah lagi jarum bakal digunakan untuk memasukkan ubat-ubatan ataupun mungkin sebotol lagi normal saline andai kata tekanan darah Pakcik Isa semakin rendah.
Keadaan pakcik Isa sangat tenang, dan atmosfera di situ walaupun hiruk piruk, masih aman dan terkawal sehinggalah pakcik Isa tiba-tiba duduk membongkok di atas katil serta memuntahkan darah dengan kuantiti yang banyak. Aku segera memberinya plastik kuning untuk muntah.
Keadaan jadi makin kelam kabut apabila Pakcik Isa termuntah sekali lagi. Darah pekat keluar dan mengalir di bahagian dagunya. Medical Officer (MO) kecemasan datang dan ubat untuk menghentikan darah terus diberi melalui jarum di tangannya.
House officer di situ terus menghubungi bank darah untuk meminta 4 pint packed cell (darah). Normal saline dialirkan sepantas mungkin, dan jarum kedua turut dimasukkan normal saline, iaitu air garam. Hal ini adalah bagi menstabilkan tekanan darahnya yang dijangka akan menjadi semakin rendah andai kata Pakcik Isa termuntah lagi.
Juga, air garam ini diperlukan sementara menunggu beg darah untuk sampai kepada pesakit yang bakal mengambil masa yang agak lama kerana MO di bank darah sana perlu mengesahkan segalanya terlebih dahulu untuk memastikan darah yang diberi itu betul. Kesilapan dalam memberi darah boleh mengakibatkan kem4tian juga.
Darah yang dimuntahkan oleh Pakcik Isa bukanlah darah lama, atau bukanlah coffee-ground vomitus (iaitu darah yang sebahagiannya sudah membeku seakan-akan warna kopi), sebaliknya frank blood iaitu darah merah terang yang mengalir laju keluar daripada mulutnya.
Pakar Jabatan Kecemasan terus ke katil Pakcik Isa. Beberapa differential diagnosis seperti bleeding peptic ulcer atau variceal ulcer menjadi kemungkinan untuk pesakit ini.
Pakcik Isa diskan menggunakan ultrasound di bahagian abdomennya untuk menyingkirkan diagnosis lain dan mengesahkan diagnosis yang betul. Malangnya, benda yang ditakuti kami semua menjadi kenyataan. Pakcik Isa mempunyai bleeding abdominal aortic aneurysm.
AAA atau abdominal aortic aneurysm adalah penyakit di mana terdapat pembengkakkan di bahagian abdominal aorta, iaitu salur darah utama yang terletak di bahagian abdomen kita. Antara risiko dan penyebabnya adalah pesakit yang mempunyai sejarah darah tinggi, tinggi kolesterol dan yang paling utamanya, merokok.
Pembengkakkan salur darah ini menjadikan dinding salur darah tersebut lemah dan pendarahan amat mudah berlaku di bahagian dinding yang bengkak.
Cuba anda bayangkan, salur darah ini berukuran lebih kurang 2 cm (lebar) untuk orang biasa dan pesakit yang mengalami AAA mempunyai salur darah yang sama membengkak melebihi 5 cm, menjadikan dindingnya nipis dan mudah ‘bocor’. Oleh kerana ianya salur darah utama, pendarahan di situ mempunyai kadar kem4tian yang tersangat tinggi.
Pakar bedah on-call segera dihubungi. Pakcik Isa masih sedar walaupun selepas muntah darah yang agak banyak. Dia hanya baring telentang sahaja, bernafas laju, dan tekanan darahnya masih stabil dengan normal saline yang dialirkan dengan pantas.
Pakcik Isa tidak pernah ke hospital sebelum ini dan dia hanya mengetahui dia mempunyai sakit darah tinggi pun kerana dia pernah diperiksa di klinik swasta sebelum ini. Pakcik Isa juga tidak pernah mengambil apa-apa ubat-ubatan kerana dia takut ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor ini boleh merosakkan buah pinggangnya.
Memang pada kebiasaannya, pesakit yang mempunyai darah tinggi ini kadangkala tidak mengambil ubat-ubatan dengan betul. Masakan tidak, penyakit darah tinggi bukan ada apa-apa gejala kecuali jika dah terlalu tinggi.
Dalam hati aku terdetik kerisauan. Aku khuatir inilah kali pertama dan kali terakhir dia ke hospital. Perbincangan rancak berlaku antara pakar bedah dengan pakar kecemasan. Peluang untuk pesakit sihat dan selamat menjalani pembedahan adalah 10% sahaja memandangkan pesakit juga berusia dan mempunyai masalah paru-paru.
Dalam erti kata lain, jika tidak dibedah, dia akan m4ti malam itu juga dan jika dibedah, 9 daripada 10 peluang dia akan m4ti di atas meja pembedahan.
Anak-anak pakcik Isa dipanggil untuk masuk ke zon merah untuk berbincang mengenai bapa mereka. Anak-anaknya membuat keputusan untuk tidak membedah kerana risiko yang sangat tinggi. Anak-anaknya mahukan bapanya pergi dengan tenang.
Tidak sanggup melihat bapanya m4ti di atas meja pembedahan. 5 minit kemudian, Pakcik Isa muntah lagi. Darah merah membasahi bajunya, lencun sehingga menitis di atas lantai katilnya. Aku hulurkan tisu kepadanya, namun tidak cukup. Aku segera ke sinki di Zon kuning untuk mengambil lebih banyak tisu.
Pakcik Isa semakin resah dan gelisah. Aku berdiri di belakang katilnya untuk memberi laluan anak-anak dan cucunya. Pakcik Isa yang tadinya berbaring kini duduk di atas katilnya, nafasnya semakin laju, namun masih berbicara seperti orang biasa. Dia tidak selesa untuk berbaring memandangkan dia berasa semakin loya dalam posisi tersebut.
Dia meminta tolong aku untuk menghulurkan air mineral yang berada di bahagian kaki katilnya. Aku segera membuka botol tersebut dan menghulurkan kepadanya. Pakcik Isa mengambil air tersebut dan minum dengan rakusnya. Maklumlah pesakit kehilangan banyak cecair daripada badannya selalunya akan berasa haus.
“Minta maaf ya adik doktor, kena muntah pokcik pula”
“Eh, takpe pakcik, tak kisah, biasalah tu”, jawab aku sambil memandang mukanya dan cuba untuk senyum di balik surgical mask yang aku pakai. Dia menatap muka aku, dan aku buat perkara yang sama terhadapnya. Mata kami bertentang buat seketika. Aku memandang matanya dalam-dalam.
Dalam hati aku, hanya Allah dan Pakcik Isa sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Perasaan bahawa nyawa akan diambil dalam masa beberapa jam lagi atau mungkin beberapa minit lagi. Aku lihat sahaja muka Pakcik Isa. Aku tidak berasa sedih ketika itu, tetapi aku berasa takut.
Otak aku yang nakal ini mulai terbayang kalau aku berada di tempatnya ketika itu. Ianya sungguh menakutkan. Takut membayangkan bagaimana rupanya alam barzakh, alam kubur dan perasaan kesakitan yang dialami apabila nyawa ditarik atau direntap oleh malaikat maut.
Cuak. S3ksa sakaratulmaut, s3ksa kubur. Takut amalan di dunia yang sedikit, sembahyang yang tidak cukup, puasa yang belum diganti, dosa sesama manusia dan anak-anak yang bakal ditinggalkan. Ya Allah, takutnya hati ini. Muka aku jadi pucat, jantung jadi sebegitu laju melihat kejadian tersebut.
Ya, walaupun semasa aku menulis entri ini, aku masih merasakan perkara dan perasaan yang sama dengan ketika itu.
Pakcik Isa duduk di atas katil, berbual-bual dan memberikan kata-kata akhir, wasiat dan apa yang terbuku di dalam hatinya terhadap waris-warisnya.
Tangisan dan kesedihan memenuhi ruangan kubikel yang menempatkan katil Pakcik Isa. Jam 9.40 malam, anak sulungnya membisikkan kalimah syahadah ke telinga kanannya. 2 minit kemudian, Pakcik Isa mulai tercungap-cungap.
Oksigen diberikan menerusi face mask. Pakcik Isa berbaring semula. Dia mula tidak sedarkan dirinya. Nafasnya semakin dalam, tetapi pendek, ibarat kelemasan. Mulutnya dibasahi darah, mukanya pucat, urat di bahagian dahinya timbul.
Mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah. Aku lihat, itulah mungkin saat-saat terakhir yang Allah kurniakan kepadanya untuk bertaubat buat kali terakhir dan meminta keampunan daripada Allah.
Tiba-tiba matanya terpandang ke atas. Berkerut-kerut dahinya, ibarat menahan sakit yang amat. Aku jadi takut, namun aku beranikan juga diri aku untuk melihat. Berdiri bulu roma aku berada di situ, ibarat merasakan maut bakal menjemput dalam masa beberapa saat lagi.
Aku cuba untuk kelihatan tenang dan cool, tetapi tidak berjaya kerana aku mulai menggeletar disamping wajah aku jadi pucat akibat terlalu takut.
Tekanan darahnya kini menjadi 40/20 mmHg, terlalu rendah. Denyutan nadinya mula perlahan apabila jantungnya sudah mulai kelemasan akibat darah yang berada di seluruh badannya menjadi semakin sedikit dan tidak mampu untuk memberikan oksigen dan glukosa ke organ-organ dalamannya termasuk jantung itu sendiri.
Beep! Beep! Hanya satu denyutan dalam masa beberapa saat dapat dilihat dipaparan cardiac monitornya. Kemudian, alarm daripada mesin lain mula membuat bunyi bising untuk memberitahu bahawa keadaan pesakit dah semakin kritikal.
Staf di situ memadamkan bunyi alarm tersebut kerana dah diketahui nasib pesakit dan tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi.
Tiba-tiba badannya macam tersentap dengan sesuatu.
Mimik muka Pakcik Isa dengan matanya yang dipejam kuat dan kedua-dua belah tangannya yang digenggam dengan kuat sedikit sebanyak memberitahu orang lain bahawa dia berada di dalam keadaan yang amat-amat sakit.
2… 3… 4… 5 saat kemudian, segala-galanya terhenti. Jantungnya berhenti berdegup, tiada lagi pernafasan. Beeeeep! Bunyi mesin Dynamap panjang dan cardiac monitor menunjukkan satu garisan yang lurus. Semua digit yang berada di skrin kini menunjukkan angka kosong.
Semuanya kosong, tekanan darah 0, denyutan nadinya 0. Medical officer mengambil pen torch dan dihalakan pada kedua-dua mata Pakcik Isa. Aku yang berada berdekatan dapat melihat mata hitamnnya mengembang. Badannya keras, kejang dan kaku. Dia diisytihar meninggal dunia pada jam 9.50 malam.
Saat itu, tertutup segalanya untuk Pakcik Isa. Setiap langit tertutup buat namanya. Putus segala hubungannya dengan dunia. Putus segala cara untuk mendapatkan pahala lagi di dunia ini kecuali 3 perkara. Tiada siapa yang tahu apa yang dirasainya. Pendek kata, siapalah kita nak mengadili sama ada dia meninggal dengan cara elok atau tidak.
Apa yang pasti, terasa betapa kerdilnya satu makhluk bernama manusia ini. Apabila saat kem4tian sudah pun tercatat di Luh Mahfuz, tiada satu pun makhluk dapat melewatkan atau menangguhkannya lagi.
Itu adalah pengalaman aku kali pertama melihat bagaimana seorang manusia, yang daripada keadaannya sihat dan normal (relatively) kepada kem4tiannya.
Takut, sangat menakutkan terutama sekali apabila memikirkan apa yang dialami oleh Pakcik Isa pada hari kem4tiannya. Cuba korang bayangkan… Bangun pagi seperti biasa, makan dan minum. Kemudian makan tengahari. Tiba-tiba waktu petang, korang hampir pengsan.
Waktu senja korang berada di hospital dan beberapa jam kemudian, korang dah pun meningalkan alam ini menuju ke alam Barzakh.
Ya Allah, betapa tidak bersedianya hambamu ini untuk menghadapi kem4tian. Melangkah dari alam dunia ke alam barzakh, alam yang tidak diketahui dan tidak terjangkau dek akal fikiran untuk membayangkannya.
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk. Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan s3ksaan hidup di akhirat.”
Al Fatihah kepada pesakit tersebut, semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman, Aamiin.
#MedEx #sct #iMedEx
– Ilzanno Sharky
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit