M4ti Yang Menghidupkan

First, tajuk mesti gempak. Relate tak relate belakang kira. Aku mungkin boleh diconsidered sebagai ‘graduan’ sakit mental. Kott.

To be honest, aku tak pernah jumpa dengan mana-mana psychiatry lagi untuk diagnosis, tapi almost there.

Aku dah gone through proses dengan kaunselor dan rekomendasi dari doktor klinik kesihatan untuk rujuk ke hospital. Tapi masalah masa tu buat aku tak dapat jumpa doktor. I’m sick of it, but yah I choose to just let it go to make me feel better.

Aku takdelah terseksa sangat. Hidup tidaklah berliku mana macam orang lain yang lebih tragis. Alhamdulillah. Cuma, hidup dalam ketidakberuntungan tapi sedar semuanya.

Semua berpunca dari keluarga. Alhamdulillah setakat harini sempurna semua keperluanku takde kurang. Tapi Allah Maha Adil, dia beri sempuarna dari segi material, tapi dia tarik dari segi spiritual dan mental.

Aku membesar dalam keluarga di mana ibu mendominasi peranan bapa sebab gaji dan position better dari ayah.

Jadi effect dia, as expected by most people, peranan ibu sebagai pembentuk emosi kasih sayang anak-anak hilang. Dia penat bekerja dan sara keluarga, jadi dia selalu marah-marah. Kena bantai tu biasa.

Angin tak menentu dia luar biasa. Kata-kata yang keluar dari mulut dia benar-benar melapah jiwa. Aku faham, ibu penat. Tapi malang, aku baru faham ketika sudah dewasa.

Ketika semua tu terjadi aku masih kecil dan seperti ‘kain putih’. Aku kira marahnya kerana membenciku, sebab dia selalu ungkap ‘aku pukul bukan sebab aku sayang.

Kalau bela lembu lagi faedah, cukup masa boleh sembelih, boleh makan dan jual’… dan ‘kalau kumpul duit dari muda aku kerja sampai sekarang jadi jutawan dah aku dari bela keluarga ni’.

Pedih dan confuse untuk anak 6 tahun mendengarkan itu. Al-hasil aku membesar ‘mempercayai’ dia tak sayang aku.

Semakin dewasa, aku gagal jadi anak yang sempurna rupa paras. Tak reach beauty standard masyarakat kita. Dia malu. Jadi mula episod aku dipalau dari adik beradik yang lain.

Menginjak usia remaja, aku tak ditorture dengan tangan lagi, tapi mulut. Hmm susah nak explain how its feel, hati yang merasa dah mati.

Aku harap ia tak mengurangkan empati. Dari sudut akademik, aku mendominasi, semua anugerah aku gondol bawa balik rumah walau banyak aku berjuang sendiri tanpa ibubapa disisi.

Tapi nantinya yang ditanya, ‘si A tu dapat berapa, gaji si B berapa’…

Haa sudahlah, kalau ada berjuta saingan aku di matanya, aku pula kena tunggu giliran bila boleh dapat penghargaan dari dia sebagai anak kandungnya yang asli. Mungkin dia lupa. Maka jadilah aku si pandai yang miskin. Tersisih lagi.

Dari apa yang aku ceritakan setakat ini, tidaklah membawa maksud ayahku seorang ‘biawak hidup’. Aku nampak dia berusaha sehabis baik dengan tulang 4 keratnya hingga tiba usia senja.

Bayangler umur 60+ boleh bertukang siapkan sebuah rumah sorang-sorang selama 2 bulan. Aku rasa ‘mati’ tengok kesungguhan ayah.

Ayah aku orang baik. Dia tak tinggal jemaah di surau bila dah berusia ni. Hmm. Tapi siapa boleh sangka luka dalam yang dia tanggung. Mulut-mulut puaka adik beradik ibu yang selalu menuduh ayah menumpang senang dan tuah ibu.

Kalau halal, biarku b*n*h mulut-mulut puaka yang kini telah tua tu. Berani disakitkan hati ayah aku. Kalau orang-orang tua tu mati pun, aku gembira.

Ego ayah pun dah lama tercalar sebagai ketua keluarga. Walaupun dari kecil kami adik beradik menyaksikan ibu selalu naik suara dan merendahkan ayah, tapi sikit pun aku tak terpengaruh dengan ucapan ibu. Aku hormat ayah aku.

Dia mungkin tak ada duit yang banyak, tapi kasih sayang dia tak terjangkau. Dan aku faham, ibu penat. Sistem keluarga ini betul-betul menongkah arus kekeluargaan.

Disebabkan kedua ibu bapa aku membanting tulang siang malam, maka kebanyakan masa kecilku tamat di rumah makcik-makcik puaka sebelah ibu.

Ibu menghantar kami kepada mereka untuk membantu mereka. Selain upah, tiap-tiap bulan ibu mesti beri beras dan bantuan tambahan kepada mereka.

Tapi bila mereka terpaksa jaga kami lebih masa, maka carutan, makian dan topeng talam dua muka mereka mula tertanggal. Sadisnya, aku kanak-kanak usia 5-6 tahun kekal menjadi pita rakaman yang tak boleh diformat selamanya.

Sebab tu kebencian aku mencanak. Sikit ihsan pun tidak ada dalam hati aku melihat tua-tua kutuk tu. Sejak tamat sekolah, aku dah tak keluar beraya, jadi aku dah pro untuk jadi kurang ajar dengan tua-tua kutuk tu.

Kadang aku marah kenapa keturunan adik beradik ibu sepuaka ini termasuk ibuku sendiri. Mengenangkan benda tu, aku memang tanam benci pada arwah atuk dan nenek. Apalah yang dibuatnya sampai gagal manusia-manusia ini berbudi bahasa.

Tapi nak buat macam mana, dah mati pun dua orang tu. Semoga rohnya dirahmati, dan kurang azab siksa kubur. Nak marahkan pun, dua orang itulah syurga ibuku. Hmm. Aku mengalah dengan amarahku.

Sekarang kedua ibubapa ku dah injak usia senja. Tapi masih bekerja keras. Aku, baru graduate. Pernah kerja kejap tapi berhenti. Lepas dari berhenti tu, berbulan aku fight dengan dendam masa kecilku ini.

Aku tak dapat menidakkan semua yang terjadi. Birat-birat di badan mungkin sudah hilang, tapi yang dihati dah jadi kanser. Aku buntu berbulan.

Pernahlah aku ter’benci’ orang tuaku sendiri dan mengharapkan kematian sebagai hukuman mereka. Akulah si celaka tu. Dasar gila.

. . . .

Side lembut hati.

Aku graduan aliran agama. Sengaja aku pilih bidang ini walau ramai kata gelap masa depan. Peduli apa, aku tahu apa aku perlu. Aku sedar potensi ‘liar’ku boleh melangkah dengan sangat jauh sebab barah dendam. Jadi perlu aku ikat siap-siap dengan kerohanian.

Setiap kali solat, aku doa Allah lembutkan hati aku. Semoga juga Dia simbah air kepada api marak ini. Aku tak boleh membenci ibubapa lebih lama lagi.

Muka mereka semakin berkedut. Kudrat mereka dah lebih separuh diambil. Tapi masih bekerja menyara anak yang sepatutnya dah boleh tanggung keluarga.

Maafkan aku ibu ayah, aku ambil sedikit masa untuk sembuh dari kesan-kesan yang ditinggalkan jiwa muda kalian yang membara. Ibu dan ayah, dua-dua kaki pukul dan sangat panas baran masa aku kecil dulu. Hmm. Itulah sebabnya.

Tapi aku janji segera kembali sedar dan galas tanggungjawab besar menyara keluarga.

Sekarang aku melihat impak besar kepada jiwaku, aku senang menyiksa binatang. Aku taknak sebut satu-satu disini, silap² diadukan kepada persatuan sayang binatang. Kadang aku suka dengar suara tangisan budak-budak yang dibantai.

Aku rasa puas. Padan muka dia. B0doh aku, itulah aku dulu. Semua ni terhasil tanpa sedar. Aku membesar dalam suasana begitu, tak boleh expect hasil yang berbeza. Apa yang ditanam itulah yang dituai.

Alhamdulillah, aku dah sedar dari dimensi gila aku. Aku tahu mungkin tak bebas sepenuhnya. Tapi akal waras aku melihat big frame kenapa semua ni terjadi.

Kalau boleh aku detailkan betapa dingin tingkah lakuku terhadap orang tuaku sebelum-sebelum ni, mungkin semua terus label aku anak derhaka.

Takpelah, aku terima tittle tu, sebab kedudukan ibu bapa sangat tinggi dalam Islam. Biarlah yang hina itu pada anak. Tapi tetap ini semua tidak menidakkan ibubapa juga buat silap.

Kurang ilmu keibubapaan, maka jalan singkat dipukulnya anak tu. Itulah realiti masyarakat dulu, disangkakan anak dipukul menjadi manusia. Konon kalau tak pukul jadi ‘sazali’. Mazhab mana yang dirujukpun entahlah.

…….

Setiap hari kalau membayangkan moment-moment ibu ayah di akhir hayat, ditambah suasana covid sekarang benar-benar mengembalikan akal warasku. Betul lah apa nabi cakap, orang yang cerdik orang yang mengingati mati.

Aku tak cakap aku cerdik, tapi nak highlight bahawa mengingati mati benar-benar menghidupkan jiwa. Aku taknak menyesal kemudian hari sebab tak sempat berbakti. Aku taknak kesal nanti kerana terlalu banyak membenci.

Aku lenturkan hati keras ni. Maafkan aku, aku anak dan aku buat salah. Setiap kali lepas solat air mata ego ini gugur, betapa banyak rahsia ku bisikkan pada Tuhan.

Semoga ini diperkirakan sebagai tanda kasih sayangku pada ibu ayah. Doaku Syurga buat mereka. Aku akan gembira.

Jika diamati dimensi gila aku dulu, sempat membawa kepada anxiety berbulan. Cemas, jantung berdegup sampai nak gugur. Burn out. Aku bawa kenderaan secara merbahaya dan bermatlamatkan kematian.

Senjata t4j4m sentiasa bersama. Sama ada menyakiti diri atau menyakitkan yang lain. Lebih teruk aku berfikir, aku dah cukup sakit, jadi orang yang membuatku sakit perlu terima kesan daripada senjata t4j4m ini.

Tapi nak bagitahu kat sini aku survive. Survive dari suicidal thought dan dilema waktu kecil. Mungkin yang membaca fikir aku kena segera mendapatkan pertolongan pakar sebab sakit ini mustahil sembuh sendiri.

Nanti-nantilah. Aku takut pakar ingat aku berlakon saja. So malas-lah. Eventhough I got all the syndrome, its ok, I dont want medicine. Mungkin aku masih okey. Doakan aku.

Aku hormat jiwa-jiwa yang sedang berjuang diluar sana, tak kiralah kategori gila apa pun yang korang alami. Aku tahu masa lalu atau trauma kalian teruk, semoga semua cepat sembuh. Kalau rasa nak b*n*h diri, just jangan buat saja.

Jangan. Sebab nanti dahlah tak masuk syurga, lepastu dekat neraka nanti kau ulanglah adegan b*n*h diri kau tu sampai abang jamil mampos. Kan dah rugi. Hmm. Tersiksa di sini dan di sana. At least tolong bertahan disini.

Walaupun kau gila, minta dekat Dia syurga. Semoga bahagia jiwa kau disana. Doa saja.

Walaupun hati tengah keras, kebas. Takde rasa. Mati rasa. Doa saja. Doa tu mungkin makbul tak lama lagi. Ok itu saja. Terima kasih sudi baca.

– JK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *