Assalamualaikum semua. Tq admin kalau siarkan confession aku. Dah lama aku terfikir benda ni. Banyak kali jugak naik dkt wall FB aku,pasal ni.
Sebelum tu aku nk kenalkan diri aku, aku umur 20-an, masih belajar tahun akhir. Inshaallah tahun ni tamat belajar.
Aku anak kedua dari 5 adik beradik, dan aku boleh dikatakan anak harapan dalam family. Sebab aku sorang je belajar sampai ijazah.
Aku nak cerita pasal ibu aku yang aku gelarkan sebagai Ma. Ma ank keempat dalam adik beradik dia. Datang dari keluarga yang miskin, atuk dan nenek aku penoreh getah je. Tapi family Ma bagi didik agama secukupnya pada Ma,walaupun Ma cuma belajar sampai darjah 6 je. Ma selalu cerita dia dulu selalu masuk pertandingan mengaji al-quran zaman sekolah dulu-dulu.
Masa Ma umur 18, dia dipinang oleh Abah aku *dah arwah. Abah anak orang berada,tapi sebabkan atuk dan nenek bercerai dia bawak haluan sendiri. Dan start bekerja masa umur 15 tahun lagi. Sejak Ma berkahwin dengan abah banyak yang berubah, dari tinggal di kg Hulu, Ma dibawa ke bandar. Sampaikan dibawa ke salon untuk buat rambut ala2 org bandar.
Ma pun dah jarang solat, jarang mengaji kerana terlalu sibuk dengan urusan family. Begitu juga abah, kerja siang malam tanpa mengira waktu solat. Dan lepas kahwin rezeki Ma dan Abah melimpah ruah orang kata, “naik carian”. Rumah kereta semua Ma dapat,balik ke kg bukan sedikit abah hulurkan bt nenek dan atuk. Kalau tak rm 200 sorang masa zaman tu ekonomi stabil dah dikira banyam.Semua puji abah menantu yang baik.
Masa aku kecik dalam umur 5-6 tahun, Ma dan Abah masukkan aku ke kelas Kafa dimasjid. Jadi aku faham tentang dosa tinggalkan solat, mengaji semua tu. Bila aku balik rumah, aku pelik kenapa Ma dan Abah selalu tak solat. Tak takut ke masuk neraka. Ini pemikiran aku masa tu. Pernah sekali tu aku dan family pergi bercuti, aku kata la: “bah,jom berhenti solat asar dah lambat ni”.Tapi abah teruskan perjalanan je tanpa hiraukan aku. Dan Abah hanya solat Subuh bila nenek atau atuk aku datang bermalam dirumah kami. Selain dari tu tak pernah solat subuh.
Kadang2 aku sedih sangat dengan keadaan ni. Sampailah suatu hari kami pindah ke rumah baru. Kwsan rumah tu dekat dengan masjid, jiran2 semua orang masjid. Jadi dkt sini family aku mula berubah sikit. Maksudnya join program masjid pergi dengar ceramah dan kuliah. Tapi Abah dan Ma masih sama ,solat bila mereka rasa nak solat je.
Dipendekkan cerita, di akhir usia abah aku. Sekali je aku nampak dia angkat tangan mintak doa lepas solat masa tu dia sakit, sebelum ni lepas bagi salam terus bangun. Suatu malam tu,aku berdoa sungguh. Aku mintak dekat Allah,bagi la peluang sekali je dalam hidup aku untuk solat berimamkan abah. Alhamdulillah aku dapat peluang tu. Tapi abah tak baca doa lepas solat katanya dia tak reti. Tetiba air mata aku tumpah aku kata” tak pe bah. Kakak baca sendiri je. ”
Lepas Abah aku meninggal, aku jangkakan Ma akan berubah. Maksudnya akan solat lima waktu. Tapi tak jugak. Ma masih sama. Kadang2, setiap 5 waktu aku ingatkan Ma tentang solat. Ada tu Ma solat dah nak masuk waktu solat yang lain. Aku pernah tanya Ma,”dah lama kakak tak nampak Ma mengaji” *sebenarnya aku tak pernah nampak pun, Ma jawab.” Ni mata Ma dah tak nampak baca dekat. Jadi tak kenal huruf apa nanti salah pulak”.Aku pun sarankan Ma untuk buat spek,hasil duit biasiswa JPA aku belanja Ma buat spek dengan harapan Ma akan selalu la mengaji malangnya tak. Spek yang aku buat tu Ma hilangkan. Umm, aku speechless tak tahu nak cakap apa. Oh,lupa pulak. Lepas abah meninggal, family kami jatuh miskin tapi masih mampu hidup. Ma terpaksa bekerja di sebuah kilang makanan dekat dengan rumah kami. Sebab tu aku offer untuk belanja Ma buat spek sebelum Ma bagi alasan tak de duit.
Bila aku dengar pasal “doa seorang ibu” aku pasti akan menangis. Sebabnya aku tak tahu sama ada Ma doakan aku ke? Kadang tu, lepas sudah salam pertama Ma terus bangun tinggalkan sejadah. Setiap kali aku nak exam aku akan call Ma,cakap doakan aku. Ada jugak aku ws adik aku tanya, Ma solat tak magbrib? Dia kata tak,Ma tengok drama pukul 7-8 dari tadi. Tu ayat adik aku, bayangkan perasaan aku masa tu. Teramat la sedih. Sebab sebagai orang yang tengah menuntut ilmu aku amat perlu doa dari sang ibu untuk berjaya.
Ma selalu ke masjid sejak kami pindah rumah,belajar tentang solat,akidah dan lain2. Terkadang aku terfikir bila Ma akan berubah? Tahun ni umur Ma dah masuk 46 tahun. Pernah tak dengar orang kata hidup seseorang tu bermula pada usia 40 tahun? Tapi Ma, diiusia ini Ma masih layan drama pukul 7 tu tanpa gagal. Sampaikan dia ingat semua tentang jalan cerita.
Sebagai anak aku selalu doakan Ma berubah,aku mintak satu je dekat Allah semoga Ma solat 5 waktu. Aku tak bagus tapi Allah aturkan aku masuk ke sekolah agama. Dekat situ aku belajar banyak benda. Dalam family aku paling pendiam. Bila aku dengar adik beradik aku cakap kasar dengan Ma aku jadi sedih. Anak2 hilang hormat pada Ma.
Hari ni aku bergaduh dengan Ma atas sebab tak perlu diceritakan di sini tetiba Ma keluarkan ayat ni dekat aku “tak guna belajar tinggi2,dulu sekolah agama tapi kurang ajar”. Tetiba adik aku menyampuk “Ma pun apa kurangnya, pergi masjid dengar kuliah tapi solat tak cukup ,suka mengumpat orang”. Biarpun aku amat terguris dengan kata2 Ma, tapi aku terkejut adik aku bersikap macam tu pada Ma.
Maaf cerita aku meleret, cuma Aku terfikir “wujud ke doa ibu?”untuk aku. Andai ibu itu tidak taat pada perintah Allah, adakah Allah akan makbulkannya? Doakan Ma aku, dah hampir dua minggu hanya tidur dan makan. Ma jatuh sakit, esok akan ke hospital untuk temujanji Dr.
Pada semua yang membaca, mohon nasihatkan lah aku kalau aku salah. Aku cuma mahukan jawapan pada persoalan yang dah lama aku pendam bukan tujuan membuka aib ibu sendiri.
– Zira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit