Maaf, Aku Bukannya Pelakon Bukan-Bukan

Hi, saya Aishah seorang isteri, telah beberapa tahun berumah tangga masih belum ada rezeki anak. Mempunyai seorang suami yang baik hati. Rajin membaca Quran.

Straight to the point, suami pernah kantoi phone s*x dengan perempuan online. Kantoi setelah perempuan tersebut menghubungi aku dan terus suami memohon maaf.

Suami bijak memadamkan bukti tiada langsung jejak whatsapp atau log telefon. Rasa macam tak percaya sampai ke hari ni. Suami minta maaf dan kami move on.

Tapi sejak dua menjak ni aku sedar suami menonton p*rno hampir setiap hari,

Kebetulan sewaktu saya gunakan telefon suami sementara telefon habis bateri, sebab suami memang tak benarkan saya menyentuh telefon. Mengamuk nanti.

Persoalan sekarang, apa yang boleh saya lakukan? Telah doa, istikharah.

Hati semakin tawar tapi dia cinta hati saya. Perlu berhadapan dengan dia dan kemungkinan besar akan dimarahi dan tidak akan mengaku.

Saya undur diri untuk dia mencari perempuan yang pandai melayan nafsunya dan dikecam hebat orang sekeliling kami yang semuanya sangat sukakan suami yang sangat baik terhadap orang lain?

Memendam rasa dan berdoa?

Buat para suami, kami isteri sanggup tidur beralaskan lantai menjaga bila sakit. Sanggup bertolak ansur sama-sama mencari nafkah.

Sanggup berpenat-lelah melakukan kerja rumah setelah mencari rezeki. Menjaga maruah dan aurat. Sayangi keluarga kamu dalam apa jua keadaan.

Tidak kisah nafkah zahir atau batin kurang malahan tidak kisah jika kamu tak mampu beri zuriat.

Kami hanya mahu dihargai dan sama-sama berusaha ke syurga dunia abadi.

– Aishah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *