Maaf Saya Tak Beri Hadiah

Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian. Pertama sekali, terima kasih sudi baca dan siarkan (kalau siar lah, hehe) confession aku ni.

Memandangkan sekarang banyak sekolah yang sedang rancak buat sambutan Hari Guru sebelum puasa bermula, aku nak bercerita sikit mengenai pengalamanku pertama kali menyambut Hari Guru (sebagai murid). Cerita lama, waktu Tahun 1, tapi sampai ke hari ini aku tak boleh lupa. Dan bila dikenang balik, masih terasa pahitnya.

Tahun 1… umur baru 7 tahun… tak pernah tahu pasal Hari Guru sebab masa tadika tak ingat pula ada sambutan atau tidak. Beberapa hari sebelum tibanya hari tersebut, guru kelas aku, Puan Abaya (bukan nama sebenar) pun berceritalah serba-sedikit mengenai apa itu sambutan Hari Guru.

Kami dengar dengan penuh khusyuk dan yang paling aku ingat, Puan Abaya ada cakap kebiasaannya pada hari ini, murid-murid akan bawa hadiah untuk guru masing-masing. Tak perlu hadiah mahal-mahal. Kalau tak mampu, buat saja lukisan bagi cikgu. Itu dah memadai. Kami yang mendengar terus rasa teruja. Maklum saja budak-budak, suka sangat nak bagi hadiah pada guru kan?

Aku awal-awal dah bertekad nak buatkan lukisan special untuk cikgu. Aku ni lurus bendul, tak terfikir pun nak minta mak atau ayah belikan hadiah. Yang aku tau, aku tak ada duit, tapi aku boleh melukis. Jadi itulah yang akan aku hadiahkan. Sebuah lukisan tanda penghargaan buat guru yang dihormati.

Maka tibalah hari yang dinanti-nanti. Guys, meja Puan Abaya penuh dengan hadiah! Penuh sampai bertindan-tindan. Bayangkan 40-50 orang murid, kalau semuanya bagi hadiah. Dan memang aku rasa hampir kesemuanya bawa hadiah. Semua kecuali aku, yang hanya bawa sehelai kertas lukisan size A3. Aku pun tak ingat apa yang aku lukis tapi aku masih ingat aku letak lukisan tersebut atas meja Puan Abaya, dan tak lama lepas tu, tenggelam lah lukisan aku dalam timbunan hadiah-hadiah yang berwarna-warni.

Puan Abaya memang seorang guru yang terkenal rajin di sekolah aku. Setiap awal tahun kelas dia lah yang paling happening. Dekorasi kelas sangat menarik dan warna-warni. Aku rasa semua ibu-bapa kalau boleh nak anak dia masuk kelas Puan Abaya tapi tak mungkin lah kan. Maka tak hairanlah , sewaktu Hari Guru pun Puan Abaya bersedia seadanya. Apa yang dia sediakan?

Seolah-olah tahu yang dia akan dapat banyak hadiah (sebab dia dah hint awal2 kan…), Puan Abaya bersiap-sedia dengan “party noisemaker”. Korang tau tak apa benda tu? Alaah… benda yang selalu dapat dalam goody bag masa birthday party tu lah. Benda yang ada gulungan kertas lekat dekat straw, yang bila korang tiup kertas tu akan menjulur ke depan macam lidah katak berserta bunyi preeeetttt!! Hahaha… benda tu lah!

Puan Abaya sediakan benda tu untuk beri pada murid-murid yang bawa hadiah. Sounds unfair kan? What about those yang tak bawa hadiah? Well, that’s just the tip of the iceberg. Sampai satu ketika, kami semua diarah duduk atas lantai depan papan hitam. Puan Abaya nak buka hadiah satu-satu depan semua murid.

Setiap kali buka hadiah, Puan Abaya akan tunjuk pada kelas, ucap terima kasih pada pemberi dan kemudian hadiahkan satu noisemaker padanya. Wahh… punyalah tak sabar aku nak dapat noisemaker tu. Tapi hadiah banyak, jadi kena jugak sabar. Aku bagi hadiah lukisan je kut, tu pun dah terkambus dengan hadiah2 lain.

Aku ni, walaupun baru berumur 7 tahun masa tu, aku taklah terlalu naive. Aku perasan Puan Abaya teruja bila dapat hadiah yang agak besar dan berharga. Sampaikan, ada murid yang dapat 2 noisemakers sebab bagi hadiah besar. Yang bagi hadiah besar2 dan ada harga ni pun memang aku tahu dari golongan yang ada duit. Aku dah nampak favouritisme di situ. Lepas satu, satu hadiah dibuka, aku perasan noisemaker makin susut. Alamak… risaunya kalau aku tak dapat. Dah la ada yang dapat 2.

Dipendekkan cerita, setelah semua hadiah habis di buka, ada lah 3-4 kerat dari kami yang bersisa ni yang masih belum dapat noisemaker. Kami golongan yang bagi lukisan dan yang tak bawa hadiah apa2 langsung. Dan ketika itu noisemaker yang tinggal tak cukup untuk kami semua. Maka Puan Abaya sekadar hulur-hulur je. Siapa cepat, dia dapat. Yang tak dapat kira nasib lah.

Maka berebut2 dan bertolak2lah kami nak dapat saki-baki noisemaker yg tinggal. Dan seperti yang korang agak, aku tak dapat sebab dia hulur ke lain, tak tercapai tangan aku. Lukisan aku? Puan Abaya tak pandang pun. Terbiar sepi atas meja. Tak ada harga pada dia.

And so, I spent the rest of the school day merasa sangat tersisih dan sekadar melihat saja kawan2 memekak tiup noisemaker masing-masing. Yang aku ingat, aku berdua dengan sorang lagi kawan (kalau tak silap nama dia Salwa) yang duduk diam2 atas kerusi sambil perhati kawan2 lain dengan iri hati dan keteringinan yang amat. Ye lah, baru 7 tahun kut… sangat2 rasa tersisih. Mintak nak try tiup kawan punya, dapat la tiup sekali yang dah penuh air lior hahaha. Lepas tu kena bagi balik. Tuan noisemaker nak main hahaha.

Bila dah besar dan boleh berfikir, aku sering termengimbau peristiwa ni dan betul2 terkilan dengan layanan Puan Abaya pada aku masa tu. Dia tak hargai langsung ke usaha aku buat lukisan semata-mata nak berikan sebagai hadiah pada dia? Kalau aku cikgu, pada aku, hadiah macam tu lebih bermakna. The thing is, kejadian tersebut menyentuh emosi aku sangat dalam.

Mungkin sebab tu aku tak boleh lupa kut. Aku masih ingat perasaan kecewa aku tak dapat noisemaker, masih ingat harapan tinggi aku tertunggu2 Puan Abaya tengok lukisan aku dan tunjuk pada kelas macam dia tunjuk hadiah2 yang lain. Masih ingat harapan aku nak dengar dia puji lukisan aku dan ucap terima kasih atas usaha aku. Masih ingat beratnya dada aku menahan tangis sebab jeles kawan2 were having fun but I was merely sitting as a bystander.

Ye, I felt so sorry for my 7-year-old self for what I went through. That was probably my first experience of feeling discriminated. I just remember feeling sangat heavy hearted.

Adoii… psycho ke aku? Dah tua2 pun sedih sebab tak dapat noisemaker hahaha!! But guys, korang paham kan? It’s not about the noisemaker sangat but lebih kepada feeling diketepikan sebab I fell short berbanding orang lain. It’s like you’re the only MU fan dalam segerombolan Everton fans yang sedang joli sebab menang. Haaa… gitulah hahahah!!!

Walau bagaimanapun, aku tetap terhutang budi atas ilmu yang Puan Abaya curahkan. Aku maafkan Puan Abaya sebab tak ada manusia yang sempurna. Dan semoga Puan Abaya juga maafkan aku. Aku tau, sebenarnya dia ada krisis dengan mak aku yang juga guru di sekolah yang sama, maka aku menjadi tempat dia melepas kebenciannya sebab bukan ini saja kejadian yang aku alami. Banyak lagi… cuma satu ni je lah aku share…

Sekian. Terima kasih baca luahan aku. Selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang dedikasi dan ikhlas dalam menyumbangkan bakti. Allah saja yang dapat membalas penat-lelah kalian. Kalian bukan besyer-besyer….

– Asma

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *