Assalamualaikum. Nama aku Anne (bukan nama sebenar) seorang gadis lewat 20an, seorang yang bekerjaya dan bergaya. Haha. Terlebih dahulu aku nak minta maaf mungkin penulisan ni agak rojak dan tidak formal.
Aku orang baru dekat IIUMC ni. Dan ini adalah penulisan pertama aku selepas aku tertarik dengan cerita sis ni, (https://iiumc.com/bercinta-
Terima kasih kepada sis confessor. Selepas aku baca cerita beliau dan komen-komen, baru aku dapat jawapan yang selama ni aku cari. Dan aku tak keseorangan rupanya.
Sebenarnya aku baru ditinggalkan oleh kekasih “gil4” beberapa hari lepas hanya disebabkan benda yang remeh untuk orang biasa.
Sebelum tu, perkenalkan bf aku yang berumur 30an yang aku kenal sejak 3 tahun lepas aku namakan sebagai D. Kami 1 office.
Selepas bertahun aku berkawan dengan D, lama kelamaan aku rasa macam dia ni tak normal. Seperti confessor sebelum ni cerita, almost everytime apa aku buat aku kena maklum dia.
Contoh nak pegi beli makan, nak buat itu dan ini banyaknya aku kena bagi tahu dia. Mula-mula aku rasa ok saja sebab aku pun nak dia update dia pegi mana dan buat apa. Nampak biasa kan ? Ok jom aku cerita..
Setiap kali aku keluar rumah, sama ada pergi ke kerja mahupun nak keluar pegi makan dari office atau pegi ke mana-mana. Aku dikehendaki share live location di whatsapp. Bergantung berapa jauh aku pegi. Contoh aku pegi kerja mungkin sejam live location.
TAPI kalau kau ada singgah dimana-mana dan ambik masa lebih sejam. Aku kena share lagi live location tu lagi sejam.
Pada mulanya aku rasa benda ni mungkin dia nak tengok aku selamat ke atau tak bila aku kat luar. Tapi tidak ye rakan-rakan. Ada 1 kali aku terlupa untuk share location.
Terus jadi isu besar, bila D tanya aku kenapa tak share location. Then aku cakap aku lupa or kelam kabut. Dia cakap “ke u ada jumpa sapa-sapa kat jalan ? Takut sangat i tengok u” Oh Tuhan tolong aku ….
Aku tak boleh bercakap atau bersembang dengan lelaki tanpa sebab selain dari kerja. HUHU. Mula-mula aku dapat tahu aku cuma beranggapan dia seorang yang kuat cemburu. Dan cemburu buta jugak.
Bayangkan aku cuma senyum-senyum sebab main handphone, tapi sebabkan dia nampak “part” aku senyum sahaja terus dia buat kesimpulan sendiri yang aku sebenarnya tengah sembang sakan gelak ketawa dengan officemate aku.
BTW belakang meja kerja aku seorang lelaki sebaya D juga.
Yang aku pelik masa tu jugak dia nak lintas tengok aku. Hishhh !! Dan benda ni jadi isu besar. Gaduh bagai nak rak. Explain la bagai nak gila pun, dia tetap anggap kau curang sebenarnya. HUHU.
Ya lupa, bagi dia perbuatan aku tu diklasifikasi sebagai curang. Ohh Tuhan tolong aku…
Pernah 1 kali aku dah tak tahan sangat, sebab D suka tuduh aku benda yang aku tak buat. Dan aku terus sound dia “I rasa u ni tak normal la, apa kata u pegi jumpa dokter suruh dia check otak u. i syak u gila kot” HAHAHA.
Untuk pengetahuan korang, aku seorang yang hati kering, cepat naik angin tambah-tambah bila orang tuduh aku bukan-bukan. Haaa memang mendapat la. Apa reaction dia? Dia diam saja dan cuma tembak aku dengan kesalahan-kesalahan aku yang dia cipta tu.
Banyak lagi sebenarnya aku nak cerita. Tapi mungkin panjang sangat. And last aku nak share kenapa dia tinggalkan aku.
BTW putus sambung putus sambung ni biasa dah. Kalau Instagram tu ada rekod, mungkin dia boleh bagi kami award untuk rekod block-unblock-request to follow dan approve terbanyak tempoh setahun.
Boleh dah bagi kami Guinness World Records. HAHAHA. Walaupun kami ni dah dewasa, tapi perangai macam budak-budak kan ?
Ok sambung… So sejak PKP ni biasa la kan semua kedai tutup, makan kat kedai pun tak boleh. So perkara biasa kat office aku ialah bila sorang beli food panda maka sedozen la datang nak selit order jugak.
Nak dijadikan cerita, aku nak order makan untuk bekal aku makan dirumah malam nanti. So aku ajak kawan perempuan aku kalau-kalau dia nak order jugak. Tetapi lain yang aku dapat.
Mamat jiran belakang aku ni nak selit order. Yela nak makan kat luar tak boleh, nak keluar semata-mata nak tapaw lagi la malas.
So selit order saja cara senang. Aku dah mula gelabah. Alahai dah la D tak suka aku berinteraksi dengan mamat tu. Tengok muka pun kau boleh didakwa curang HAHA apa tah lagi kirim makan ni.
Cerita ringkas, Soalan 1 – D tanya aku “u makan apa malam ni ?’ ayat pancing, padahal dia tau dah aku beli panda.
Soalan 2 – “sape lagi beli” jeng jeng jeng ayat penamat. HAHA. Aku pun masih nak cover kata beli untuk aku saja. Tapi dia ni macam anjing pengesan. Boleh hidu aku nervous ke tak. Aduhh !!
Soalan 3 – “betul-betul la, sapa lagi beli?” And aku pun jujur mamat jiran meja beli jugak. Maka RIP Anne. HAHAHA terus aku ditinggalkan atas sebab aku menipu.
Kenapa aku pilih untuk diam dari awal aku beli makakan dengan mamat tu dan menipu untuk kali pertama bila dia tanya, Sebab aku faham sangat dah. Kau bagi tau ke tidak ke, kau tetap kena. HAHA.
So setelah 3 tahun. Baru hari ni aku tau rupanya dia ada “anxiety” . patut la aku rasa dia pelik. Yang bukan-bukan saja dia ni. Sampaikan aku selalu tanya diri sendiri, aku ni pempuan jahat sangat ke ?
Sampai semua perbuatan aku salah. FYI aku sebenarnya masih sayang dengan D. Kalau bukan dia “gil4” everything is perfect. Sebab dia sekepala dengan aku. Apa aku minat semua dia boleh join dan minat jugak.
Akhir kata, manusia tak sempurna kan?
Salam…
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit