Maaf Yang Berat

Hi semua, Baru-baru ni tular drama Melayu Keluarga Itu.

Aku pilih untuk tak tengok drama tu. Hanya melihat video pendek di Tik***. Aku tak tengok sebab fobia. Fobia dengan masa silam aku.

Dulu, aku hampir diperkosa abang aku. Perbuatan dia hanya sampai ke tahap cabul, sebab aku berjaya lari kunci pintu semalaman tak keluar bilik.

Masa kejadian tu, mak ayah aku balik kampung. Tinggal kami berdua ja di rumah sebab aku sekolah.

Bila aku bagitahu mak aku, mak aku cakap “abang melawak ja tu, jangan duk fikir bukan-bukan lah”.

Kejadian ni berlaku masa aku sekolah menengah. Dan kejadian ni buat aku tak bercakap dengan abang aku hampir 3 tahun, sampai lah aku masuk ke universiti.

Lebih 10 tahun dah kejadian ni berlaku, sesekali aku ‘throwback’ kejadian ni masa berborak dengan mak aku.

Surprisingly, mak aku cakap mak aku tak tahu aku cakap benda betul. Mak aku ingat aku menipu masa tu.

Abang aku pun dah beberapa tahun kahwin. Dan dia masih belum dikurniakan anak. Pernah mengandung tapi gugur.

Aku ada teringat, masa kejadian tu berlaku, aku berdoa minta kalau abang aku ada anak nanti, biar anak dia rasa apa yang aku rasa. Dan aku pernah doa yang buruk-buruk untuk dia.

Adakah doa aku termakbul? Sebab tu abang aku takda anak? Salah aku kah doa macam tu?

Mak aku suruh maafkan abang aku je..

Tapi abang aku hadap hidup dia macam biasa je lepas kejadian tu. Aku yang trauma bertahun-tahun. Dan tak pernah sekali pun dia minta maaf dekat aku..

– Joni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *